Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Jumaat, 27 Februari 2009

Sayang Aisyah


Anak sulungku seorang puteri
Melati Aisyah nama diberi
Becok bercakap tak nak berhenti
Namun sepatah langsung tak difahami

Giginya cantik tersusun rapi
Berambut panjang, nak dipotong tapi tak diberi
Tingkah laku kita sumenya pandai nak diikuti
Lagak seperti 'orang besar' tapi minum botol susu lagi

Tersangatlah manja dgn papa, tak boleh dikongsi
Baguslah adik imran yang sentiasa memahami
Papa, papa, papa ayat pertama diucapi
Setiap kali bangun tido memanglah pasti

Rancangan kartun sangatlah digemari
Baik SpongeBob, Dora, Sin Chan, upin ipin sumenye dilayani
Itulah teman sepermainannya setiap hari
Sehingga dapat menghafal 'part' mane yang tidak digemari

Kalu menjerit tuh suara memanglah tinggi
Terutama sekali pabila dia menyanyi
Disuruh berhenti dia buat tak fahami
Takpelah, asalkan besar nanti dia tak jadi penyanyi

Sejak duduk UK, memang terkenal dgn kuat menangisnya
Minta perhatian daripada papa dan ibunya
Setiap 'request' menangislah pendekatannya
Kadangkala sakit telinga dibuatnya
Entah kenapalah begitu jadinya...

Adakah kerana kawan-kawan tiada
Dan juga kerana tiada saudara mara
Dulu kakak intan, nyah, abang arif, abg yap, abg lang menjadi penceria hidupnya
Uwan dan uncle pula menjadi buah hatinya

Dulu 'nak uwan, nak uwan' menjadi ucapan biasa
Sanggup lari keluar imigresen sbb taknak meninggalkan uwannya,
Monyok beno dia 13 jam lamanya
Sebab uwan kesayangannya tidak mengikutinya

Pernah dulu menelefon mak pengasuhnya
Aisyah begitu sedih, sehinggalah mengeluarkan air mata
Hendak bercakap tapi belum menjadi kepakarannya
'Nak mak, nak mak' menjadi bahasa perantaraannya

Tapi kini aisyah seperti buat-buat lupa
Masa awal2 dulu memang dia minta
Merajukkah dia ataupun perubahan masa
Rasanya mungkin sebab dia tak pandai nak menjawab dalam perbualannya

Tapi kini dia sibuk dgn dunia permainannya
Hinggakan minta masukkannya ke dalam rancangan TV kegemarannya
Mungkin kerana dia nampak ada banyak kawan-kawan menunggu didalamnya
Sebagai pengganti kawan-kawannya yang dahulu telah tiada
Di bumi UK yang lama lagi, papa dan ibu nak meninggalkannya

Ada masanya dia mengingati insan-insan yang merinduinya
pada masa dia dah boring dgn permainannya
Minta ditelefon, tapi salahlah masa
Kerana tengah malam waktu di Malaysia

Akhir tahun ni, sekolah dah wajib aisyah pergi
Harapnye dia dah pandai untuk bercakap dan berdikari
Kalu tidak pening kepala papa, ibu dan cikgu untuk melayani
Kerana umur 3 tahun dah dikira 'big girl' di sini

Melati Aisyah

Aisyah berambut pendek masa di M'sia.

Melati a.k.a Aisyah a.k.a Kakak, puteri sulung aku yang kian membesar. Baru berumur 2 tahun 8 bulan tapi petah betul bercakap dalam bahasa Melayu dan bahasa yang tidak difahami oleh papa dan ibu, bahasa campuran German-France-Thai-Tamil-Cina-English. Entah apa yang dicakapkan Aisyah. Siap boleh menyanyi lagi dengan bahasa tu. Dari mana dia belajar pun tak tahu. Sekarang ni, Aisyah dah pandai macam-macam. Kakak la katakan. Ada adik kesayangan lagi. Tapi ketiak papa juga tempat tidurnya, hihi :)

Dah berambut panjang lani. Baru lepas nangis kot ni.

Suka benar dia menonton kartun. Bangun-bangun terus mintak kartun, sampai la ke malamnya. Selagi tidak ditutup kartun tu, selagi tu la dia tak tidur. Rasanya semua rancangan kartun dalam TV On-Demand dah dihafal Aisyah. Daripada Ben-10, SpongeBob Squarepant, Dora The Explorer, Avatar dan bermacam lagi. Ye la, mana tidaknya. Boleh je dia tahu mana part yang dia takut, part yang dia suka, part yang dia tak nak. Semuanya macam dia dah tahu. Suka benar dia bila papa or ibu bukak kartun, tetapi kekadang dia tak tengok mana pun, just nak dengar suara kartun tu. Bila dia tahu kartun dah nak habis, cepat2 dia mintak suruh bukak lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi sehinggalah sebelum dia tidur. "Nak kartun, Papa", suara manja Aisyah kedengaran baru seketika tadi meminta kartun lagi, ketika aku tengah 'khusyuk' menaip ni, hihi. Alahai anak kesayangan papa ni.


Satu ketika, papa ke ofis (Loughborough), ibu dan adik kat atas. Masa tu dia tengah tidur sorang2 kat bawah. Biasanya kalau dia bangun, dia akan menangis dan akan naik ke atas mencari ibu or papa. Tetapi, pelik pulak hari tu. Agaknya Aisyah ingat papa, ibu dan adik dah tinggalkan dia, boleh dia bangun, menangis then cari kerusi kecik letak kat sebelah pintu, cuba nak bukak pintu rumah. Pasal tak cukup tinggi lagi, dia boleh pulak letak kotak kat atas kerusi tu dan cuba nak bukak kunci. Ibu dan adik yang duduk kat atas turun masa tu pun dia tak perasan pasal dia ingat semua orang dah takde. Kesian anak papa ye. Mana ada papa, ibu dan adik nak tinggalkan kakak...


Next time insyaAllah bersambung lagi...

Selasa, 24 Februari 2009

Sayang Imran


Imran memang anak yang baik
Nama manjanya Iman atau Imyan
Umur Imran sudah setahun 4 bulan
Mempunyai 8 batang gigi

Sudah pandai berjalan walaupun tidak sepantas mana
Sekali kakak tolak, terbalik lah dia
Walaupun tidak pandai bercakap, selain 'papa'
Dia pandai tergelak apabila menonton kartun, favourite kakak
Entah aksi mane yang menyebabkan Imran begitu gembira
Aksi kakak turut membuat Imran ceria
Memang Imran seorang yang mudah ketawa


Apabila kene marah, Imran akan mencebik sedih
Selimut busuknyalah menjadi teman rapatnya
Apabila nak tido, atas keta atau di tempat asing
Asalkan ada selimut busuk, terasa selamatlah dia

Sejak lahir memang tak banyak kerenah
Walaupun perut kembung, diaper basah, tetap biasa
Hanya bile perut lapar sahaja dia akan minta dimanja

Dan minta dimanja pada waktu tidurnya
Bukan dengan menangis minta didakap
Tapi dia sendiri akan pergi mencari
Mak Teh dan Mak Lang selalu menjadi mangsa
Sebab itu mak teh dan mak lang sayang pada Imran

Apatah lagi mak pengasuh Imyan
Sungguh sedih apabila hendak meninggalkan mereka
Teringat lagi pada malam terakhir Imran di rumah sana
Sanggup mak pengasuh Imran datang membantu mengemas rumah
Dan tidak sanggup pulang selagi tidak menidurkan Imran


Makcik-makcik dan pakcik-pakcik Imyan pun sayang padanya
Tak lupe juga Tokmi, Uwan dan juga Atuk
Teringat dulu Atuk mencari Imran setiap kali balik kerja
'Amroji' sentiasa menjadi panggilan mesra


Tapi di sini, mereka tiada
tiada sesiapa yang akan menyayangi Imran,
Selain papa dan ibu...
dan kakak.

Jumaat, 20 Februari 2009

Cabaran2 bagi pasangan yang kedua-duanya belajar

Sebagai salah seorang yang ber"tuah" kerana dipilih untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama isteri tercinta (yang juga belajar), di sini aku senaraikan antara cabaran-cabaran yang telah kami lalui setakat ini.

1. Penjagaan anak-anak
Disebabkan kami mempunyai 2 orang anak tersayang yang masih kecil (kerana kedua-duanya di bawah 3 tahun), maka mereka masih bergantung sepenuhnya kepada kami. Ke mana saja kami pergi (even nak ke tandas pun), mereka nak ikut... so, agak susah hendak meninggalkan mereka sendirian di ruang tamu or dalam bilik if kami hendak study or melakukan apa2 aktiviti di luar daripada pandangan mereka. Kebanyakan masa di rumah dihabiskan bersama anak2 di ruang tamu, menonton rancangan kartun On-Demand yang telah diulang lebih 20 kali sehari (rasanya).... apa nak buat? Nak study, mereka lak tukang tolong ajar, laptop kita pun nak main... hihi...

Sebenarnya, anak2 boleh dihantar ke Nursery or rumah pengasuh, tetapi apa la daya kami, mana mungkin mampu untuk menanggung perbelanjaan itu. Cuba bayangkan, untuk nursery, seorang anak dicaj ~£470 (setelah mendapat diskaun £100 utk student), maka untuk 2 orang anak, kira la kalau berani... hihi, ~£940 = ~RM4935 (if dikira £1 = RM5.25, £ dah rendah sikit berbanding masa mula2 sampai dulu, £1 = RM7). Lebih kurang RM5000 sebulan, wow... gaji aku kat Msia pun tak sampai tahap ni... Elaun yang kami dapat sebulan lebih kurang £1200, if tolak £940, berapa lagi yang tinggal ye? £260.... nak bayar sewa rumah pun tak mampu... sewa rumah kami £325 sebulan. Ini pun dikira sebagai sewa yang agak murah if dibandingkan dengan sewa di Loughborough (sebelum ni kami menyewa rumah di L'boro £485).

So, cara senang, jaga sendiri anak-anak.


2. Pembahagian Masa
Tujuan utama datang ke UK adalah untuk mendapatkan PhD. Walaubagaimanapun, disebabkan kami di sini bukannya bersendirian tetapi bersama isteri dan anak2, maka keluarga juga adalah perkara utama di samping PhD. Lebih2 lagi jika isteri juga belajar dan anak2 masih kecil. Disebabkan itu, maka pembahagian masa terlalu penting.

Dalam kes aku, aku belajar di Loughborough dan wife pula belajar di Nottingham. Dua tempat yang berbeza, jaraknya dalam 20 miles (32 km) dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Oleh kerana jaraknya kurang 100km, maka kami tidak mendapat dua elaun.

Dalam seminggu, hanya 2 hari atau maksimum 3 hari aku akan ke Loughborough. Hari lainnya, aku terpaksa membuat rotation dengan wife untuk menjaga sendiri anak2 yang masih kecil. Baru aku tahu betapa susahnya menjaga anak2... hihi. If di Malaysia, boleh je aku hantar anak2 ke rumah pengasuh dan bayarannya pun dalam RM200/seorang.

If wife tak belajar or salah seorang yang belajar, ramai yang mencari kerja part time untuk menampung keluarga. Tetapi, bagi aku, sememangnya mengharapkan duit daripada elaun yang aku dapat dan sedikit gaji di Msia.

Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Saksama.

Akan bersambung lagi, insyaAllah......

Kepada kekawan yang tiada apa2 halangan untuk belajar dengan aman dan tenteram, gunakanlah peluang yang ada ini untuk menghabiskan PhD anda sepantas mungkin. Peluang kita hanyalah sekali. Andalah orang2 yang lebih bertuah daripada kami. Ingatlah, PhD bukannya kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan Nobel Prizes.

Blog Widget by LinkWithin