Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Rabu, 2 April 2008

Pictures have a thousand words....

Setelah rasa sukar nak menulis semula setelah rehat yang lama dan badan pun kurang sihat dengan batuk dan demamnya, harap gambar-gambar ini akan menjelaskan semua peristiwa sebelum dan semasa.... takde apa yang menariknya hidup di UK ni selagi isteri dan anak-anak tiada di sini.... rindu ibu dan anak-anak... (KLIK pada gambar untuk Zoom)...



Mercu tanda Lboro... patung duduk sambil kaki sebelah kebas...

Aktiviti hari Ahad...

TNC(P) UTM dtg Lboro...

Proton dipandu di UK... hem..

Abg Aede dan rakan-rakan di Birmingham...

Abg Zaid tgh prepare nak present...

Harga minyak makin-makin naik...

'Kastam' tengah buat pemeriksaan...

Holywell Park...

Bukti 'mee kari special' pagi-pagi my officemate (nama dirahsiakan)... hihi

Kereta apa ni?

Spring dah tiba?

Kenangan bersama abg Azhar sekeluarga di UK...

Tok Penghulu jadi presenter ni...

Matahari hampir terbenam...

Dah terbenam pun... dari tingkap bilik rumah lama...

Warga MML bergotong-royong...

Barang-barang kontena abg Azhar...

Orang kuat di sebalik tabir...

Bukan muka yang difokus, tapi kereta tu sebenarnya...

Pakar susun barang yang jugak dah nak balik...

No kunci abg Azhar...

Safuan datang ke Lboro...

Apa ada pada logo?

Seumur hidup, first time bawak lori...

First time gak bawak Merc... boleh tahan...

Le tour de Lboro...

Lakha mana punya ni?

Keretapi lama...

Benda yang susah nak dilihat di UK, bawak KAPCAI siap pakai suit tu...

Angkat barang di rumah pakar susun barang...

Tu dia... masuk-masuk selagi boleh muat...

Lebih dari sebuah rumah ni...

Tersesat ke Sileby...

Nak duduk pun susah, ada orang kacau dengan bola tu...

Jumaat, 28 Mac 2008

"Ask a Muslim" - your questions answered

Fifth day during Islamic Awareness Week

Khamis, 27 Mac 2008

Love, Marriage and Women in Islam 2

Third day talk during Islamic Awareness Week

Love, Marriage and Women in Islam 1

Third day talk during Islamic Awareness Week

Islam and Terrorism Part 2

Second day talk during Islamic Awareness Week

Rabu, 26 Mac 2008

Islam and Terrorism Part 1

Second day talk in Islamic Awareness Week

Ahad, 16 Mac 2008

New videos... sempena Islamic Awareness Week

Sebenarnya banyak video yang aku rakam sempena Islamic Awareness Week.... amat berguna kepada kita semua...

Untuk permulaan ni, sila saksikan video ini, talk yang disampaikan oleh Harun Yahya group...

Tajuknya : Today's Sc and Evolution Theory
(Sila download VeohTV untuk mendapatkan full video)

Part 1



Part 2



Harap bermanfaat kepada semua.... Nantikan 3 lagi tajuk yang menarik...

Selasa, 11 Mac 2008

Mana entry baru?

Agak lama rasanya aku tidak update blog ni... sebenarnya banyak peristiwa, perkara dan majlis yang berlangsung, tetapi disebabkan aku tidak melapangkan masa untuk menulis dan mengarang, maka entry yang sama je memanjang. Harap maaf kepada yang selalu menjenguk ke sini...

Antara peristiwa yang aku tidak sempat nak explain:
1) Kembalinya abang ipar (abg Ngah) aku ke rahmatullah... Al-Fatihah
2) Minggu Islamic Awareness dengan video-video menarik dari ceramah yang diadakan.
3) Gotong-royong angkat barang ke kontena abg Azhar dengan gambar-gambar yang menarik....
4) Kisah kaki carboot...
5) Pilihanraya... macam takde kaitan pun... dah semua orang bercerita, rasa macam nak bercerita gak... hihi
6) Kursus creative thinking...
7)dan macam-macam lagi kisah mengenai diri, keluarga dan PhD....

Sebenarnya ideanya macam-macam, cuma agak pening nak siapkan monthly report dan minit mesyuarat... InsyaAllah, aku akan cuba melapangkan masa men'update' blog ini seadanya....

Tunggu yea...

Ahad, 2 Mac 2008

Majlis bersama TNC(P&I) di Loughborough, UK

Pada 23/02/2008 (Sabtu) yang lepas, Yang Berbahagia Dato' TNC(P&I) telah berkunjung ke Loughborough, untuk mendekati para staf UTM yang sedang bercuti belajar di sini. Ikuti video dari taklimat ini:
(Sila install VeohTV untuk mendapatkan full video.... TQ)


Jumaat, 15 Februari 2008

Perlawanan Persahabatan Badminton MML - NMC 2008

Sebenarnya video ini pun sudah lama siap, cuma tidak dapat diupload kerana masalah hackers....

Walau bagaimanapun, saksikan sendiri bagaimana kehebatan warga MML bertarung di Nottingham.... dengan keputusannya, kemenangan besar kepada lawan :P

Video bermula dari perjalanan ke Notts dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah...
(Versi Veoh setelah Stage6 shut down.....)

Ahad, 10 Februari 2008

Sembang-sembang Berisi Dr Narimah

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada kekawan yang tidak berkesempatan menghadiri SSB Dr Narimah tempoh hari, saksikan di sini:



Video Taklimat KPT dan MSD akan menyusul nanti... insyaAllah.

Rindunya Papa dengan Ibu dan anak-anak

Gambar-gambar kenangan yang selalu papa tengok sebagai pengubat rindu....


Kenangan ketika Raya 2007. Sedih papa tgk gambar ni, ibu. Rindunya ibu dan anak-anak.


Anak perempuan kesayangan papa....


Anak lelaki kesayangan papa...


Anak lelaki macho papa bersama kakak tersayang....

Isnin, 4 Februari 2008

Setengah hari di Sheffield

Kisah setengah hari di Sheffield... bermula dengan SALJI... alhamdulillah akhirnya aku dapat merasai salji dengan tangan sendiri... di Lboro susah benar nak turun salji ni...

Sekejap betul aku datang ke Sheffield, insyaAllah lain kali akan lebih lama... Sheffield ni berbeza dengan Lboro, bandar besar, ada trem dan bermacam lagi... Kebetulan masa pagi ni, ada turun salji pula, mmg rezeki merasa main salji rini... alhmadulillah.





Perjalanan ke Sheffield

Pada hari Jumaat lepas (1 Februaari 2008), aku ke rumah Safuan di Sheffield. Safuan ni sahabat aku semasa di UTM, sama pergi BTN dan kursus PA di Melaka tahun lepas. Aku bertolak dalam pukul 3 ptg selepas solat Asar. Asalnya, aku ingat nak pergi sorang-sorang tetapi akhirnya aku mengubah fikiran setelah melihat googlemaps ke Sheffield yang jaraknya dalam 93km dari Lboro.
Aku mengajak Haris sebagai teman sekurang-kurangnya tidak sunyi je semasa perjalanan tu.
Lagipun ni perjalanan jarak jauh aku yang pertama, rasa risau lak kalau berlaku apa-apa di tengah jalan. Tetapi alhamdulillah semuanya selamat.

Aku ingatkan kalau aku bertolak selepas Asar, jem tidak ada di motorway M1 (tak panggil highway pasal takde tol kot), tetapi rupa-rupanya aku silap kerana perjalanan kami yang sepatutnya memakan masa hanya 1 jam 15 minit menjadi lebih 2 jam kerana banyak kenderaan.

Asalnya aku ingin mengisi minyak di BP sebelum motorway tetapi aku fikir harganya mahal lak (£1.059) kalau nak dibandingkan dengan stesen minyak Sainsbury dan Tesco (£1.049). Jadi aku meneruskan perjalanan ke motorway, harap-harap ada R&R (sini dipanggil Services). Alamak, makin mahal la pulak (£1.069), tapi terpaksa isi gak pasal tiada pilihan lain. Kat UK ni, kerajaan tak kawal kot harga petrol ni, depends pada stesen minyak tu nak letak berapa harga kot pasal ada jugak yang memang murah (mahal kalau dibandingkan dengan Msia la) di area seperti Derby...

Lepas keluar je Services tu, mula la jem nya.... banyak tul kenderaan... walhal baru kul 3 lebih... ke diaorg ni balik awal masa hari Jumaat? Or pasal hujan rini? Motorway ni sebijik macam kat Malaysia je, dan rasanya macam lagi bagus kat Malaysia....



Aku selamat sampai dalam kul 515 pm setelah sikit tersesat di bandar Sheffield. Nasib baik aku ada TomTom. Kalau takde TomTom mmg rasanya lagi sesat dan lambat lagi sampai. Tapi Tomtom ni kekadang dia tak update jalan, sampai aku terpaksa pusing-pusing di bandar pasal nak cari jalan alternative...

Rabu, 30 Januari 2008

Rindunya TV malaysia

Alangkah rindunya aku nak tengok TV malaysia masa berada di perantauan ni. Cara senang dengan online je... Di sini sedikit link utk menonton rtm1, rtm2 dan TV3 secara online LIVE bukannya recorded, geng. Kalau recorded mmg ada kat website masing2, tapi ni kira LIVE cuma ada delay kira2 seminit gak. Camne pun, terlepas rindu nak menonton MELODI, Senario, Buletin Utama dan sebagainya.

Untuk rtm1: just click sini

Untuk rtm2 : klik sini

Untuk TV3 LIVE agak lain sikit pasal kena install software SOPCAST dulu

Ini adress utk TV3, 'paste'kan ke SOPCAST: sop://broker.sopcast.com:3912/17869

Enjoy geng....

Syura Loughborough Part 2

Saksikan sambungan majlis assyura MML di sini.....


Hasilnya:

Versi ayah mertua saudara Faiz


Ada sedozen syura ni....


Versi kak Jue


Ketika majlis berlangsung di James France

Isnin, 28 Januari 2008

Syura Loughborough Part 1

Pada 19/01/2008 (Sabtu), telah diadakan majlis assyura secara gotong-royong. Seawal jam 9 pagi, aku bersama saudara Murad ditugaskan membeli minuman untuk majlis berbuka pada jam 4.24pm. Setelah itu, kami ke rumah saudara Din, di mana kami secara gotong-royong menyediakan juadah assyura dalam 2 periuk besar.

Dua jenis syura yang kami sediakan, satu versi Kak Jue (asal mana ye) dan satu lagi versi ayah mertua saudara Faiz. Versi Kak Jue lebih kurang macam bubuk lambuk tetapi ada dicampurkan sekali kacang. Itu agaknya beza bubur lambuk dan bubur assyura ni kot.

OK, versi ayah mertua saudara Faiz lak, lebih manis dan macam kuih jadinya. Agak sama macam Pantai Timur, cuma tidak berwarna gelap dan tidak dicampurkan daging. Specialnya assyura jenis ni, kami juga memasukkan buah nangka (bentuk ulas dalam tin).

Ini antara video yang BOLEH saya letak di sini kerana ada juga shot yang perlu di'edit' di atas permintaan sesetengah peminat.... hihi

Walaupun jauh daripada tanahair, namun semangat gotong royong tetap ada di kalangan kami.

Saksikan.... video ni di dalam format .divx, maka perlu ada Divx player utk tgk. Gambar agak lawa if dalam format ni. Boleh didownload selepas tengok nanti. Double-click di atas video for full screen.

Maaf kerana tidak sempat untuk memasukkan muzik or sound effect ke dalam video tu. Ada sesiapa yang ada masa free dan berminat, boleh contact nanti....

Persiapan majlis


Kebanyakannya semua warga MML datang memeriahkan majlis


Proses memasak bubur assyura bermula - Satu Periuk Kak Jue dan satu lagi diketuai oleh ayah mertua saudara Faiz.

Jumaat, 18 Januari 2008

Kursus Induksi Postgraduate Students - Peringkat Universiti

Pada hari Selasa, 15 Jan 2008, telah diadakan kursus Induksi peringkat universiti di Bradgate Room, Edward Herbert Building. Aku turut serta dalam kursus kali ini. Yang bestnya, ada 6 orang Malaysian dalam kursus ini, iaitu aku, abg Murad, abg Nizam, Haris, Kak Jenny dan Mark daripada UTP. Semuanya start bulan December 2007 kecuali Haris yang start bulan Oktober 2007. Ramai jugak tu kalau dibandingkan dengan international students lain antaranya daripada Thailand, Korea Selatan, Jepun, Nigeria dan negara-negara Eropah lain.

Sesampai je selepas mendaftar, kitaorg diberikan sarapan iaitu biskut (suitable for vege) dan kopi/jus. Aku pk maybe untuk permulaan kira OK la makan biskut dulu, harap-harap diaorg bagi makan benda lain masa rehat kul 10 lebih tu, rupa-rupanya makan biskut tu la jugak. Camtu rupanya kat sini, teringat lak dengan Malaysia, kalau ada kursus-kursus ni, pagi-pagi dah makan nasi lemak gitu. Rindu lak nak makan nasi lemak ni.... karipap, teh tarik.... ada sesiapa pandai buat nasi lemak dan karipap kat sini? Nak order ni :P

Nasi baik masa tghari tak makan biskut lagi, ada makanan HALAL dan vege. Tapi bukan nasi la, lebih kepada roti, pizza dan sewaktu dengannya. Kekadang tu fikir, boleh kenyang ke makan benda-benda ni? Tapi terpaksa la, kalau tidak lapar la pulak. Makan je la... Alhamdulillah kenyang gak rupanya.

Bagi aku, kursus ini agak membantu memberi sedikit pendedahan mengenai PhD di Loughborough ni. Walaupun kursus agak lewat diadakan, tetapi agak bermanfaat kepada aku sebagai first timer di overseas ni. Diaorg ni tentang masa memang jaga betul tu, setiap slot diberikan masa yang ngam-ngam tu. Walaupun banyak nak kena tahu, tapi takde lak yang sampai berjela-jela lamanya. Daripada yang jaga register dan handle kursus ni kebanyakannya yang ada title Dr di depan, walhal ada juga yang bergelar Prof tu.

Sabtu, 12 Januari 2008

Koleksi kisah lucu - thanks familiazam.com

Untuk kekawan dan mereka yang tengah kepeningan memerah otak untuk PhD dan belajar, sedikit kisah untuk dikongsi bersama...

  1. Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
    "Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
    "Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul
    Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
    Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
    "Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
    "Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
    Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.
  2. Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.
    Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.
    Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......
  3. Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
    Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
    Ita: Ya, saya percaya.
    Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
    Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...
  4. Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
    Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"
  5. Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
    Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
    "Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
    Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
    "Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.
    Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
    "Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.
    Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
    Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.
  6. Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
    "Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
    Pelayan itu tercenggang.
    Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
    "Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
  7. Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
    Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
    Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
    Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja?
    Dol: Tiga bulan lagi, bos!
Back to work, guys!!

Jumaat, 11 Januari 2008

Kisah Udin

Kepada kekawan yang tengah tension buat PhD tu, di sini aku nak berkongsi sedikit cerita lucu agaknya, jangan makin tension dah la...

Terlupa Makan
Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????

Nenek Udin
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.
Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

Masalah Pendengaran
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
Doktor: Seberapa burukkah pendengarannya?"
Udin: Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.
Doktor: Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak.
Udin: Makan apa kita malam ini?
Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
Udin: Makan apa kita malam ini? (separuh menjerit)
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
Isteri: Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!
Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Terima kasih kepada kekawan yang berkongsi cerita ini dengan aku.

Isnin, 7 Januari 2008

Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Pemilihan Penghulu MML 2008

Pada 5 Januari 2008 (Sabtu), telah diadakan dengan jayanya Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Pemilihan Penghulu MML 2008. Walaupun dah agak lewat untuk sambutan hari raya, tetapi majlis tetap meriah dengan penglibatan hampir semua warga Masyarakat Melayu Loughborough (MML) untuk memasak hidangan pada hari ini. Antaranya adalah masakan daging kambing (ada yang goreng, panggang dan sebagainya), ayam masak macam-macam dan pelbagai hidangan lain yang disediakan secara pot luck.

Pada majlis ini juga telah diadakan pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu MML baru 2008. MML ini adalah sebuah persatuan yang berdaftar di bawah MSD (Malaysian Students Department). Walaupun persatuan ini hanyalah secara sukarela tetapi fungsinya amatlah penting dalam membantu para pelajar baru yang ingin melanjutkan pelajaran di Loughborough University khususnya.

Secara tradisinya, semua junior yang baru tahun 1 PhD (yang datang pada tahun 2007) dicalonkan untuk menjadi Penghulu termasuklah aku. Mana lah orang nak pilih aku pun, dah la baru sampai, then tak tahu apa-apa lak. Dah la kena bagi ucapan lak tu, macam nak promote diri lak. Pemilihan itu dimenangi oleh abg Zaid, yang sememangnya berpengalaman, dikenali ramai dan lebih berkaliber untuk jawatan Penghulu untuk tahun ini. Alhamdulillah. Walaupun kami junior yang lain tidak terpilih tetapi still kena memegang jawatan lain dalam MML dan aku dilantik pula menjadi Timbalan Setiausaha. Tugas besar jugak aku rasa ni. InsyaAllah aku akan cuba memberikan komitmen yang terbaik, sedaya dan semampu aku hulurkan.

Harap maaf aku tidak mengambil gambar semasa program ini, al maklum la baru membeli camcorder 30GB semasa boxing day yang lepas, maka aku hanya mengambil video. Saksikan sedikit rakaman buat tatapan semua (dah jadi cameraman, maka takde la muka aku.... sedih). Ada lagi video lain yang tak dimasukkan....


Antara yang awal tiba... janji Melayu kan?



Ada jugak muka aku rupanya, masa kena ke depan untuk perkenalkan diri....



Sesi bergambar kenangan.. apsal perempuan aje? Kan best ada ibu dan anak-anak sekali.



Penghulu dan anaknya. Takde orang nak ambik gambar aku pun, sedih sedih....

Rabu, 2 Januari 2008

Cuti.... cuti... cuti.... di UK

Kalau nak ikutkan kalender akademik universiti sini (UK), ada beberapa hari je cuti panjang di mana universiti pun tutup. Berbeza dengan Malaysia di mana kita akan ada bermacam-macam cuti... Cuti Raya (2 kali setahun), cuti raya-raya lain lagi, cuti merdeka, cuti hari pekerja, cuti maulud nabi, cuti keputeraan raja setiap negeri dan bermacam-macam lagi cutinya.... Kekadang tulah yang bestnya kat Malaysia.... banyak cuti.... korang best ke? Makin banyak cuti, makin produktif agaknya.

OK, berbalik kepada topik, cuti UK ni kalau ikutkan kalender yang diberi untuk tahun 2008 ni adalah seperti berikut:


Gambar ihsan - Michael (Cambridge)... Thanks bro.
  1. Cuti Krismas (paling panjang) - start 24 Dec 2007 sehinggalah 1 January 2008. Dah habis dah ni.
  2. Cuti Easter (apa benda ni? Check sini) - dalam 5 hari gak, bermula 21 - 25 Mac 2008.
  3. Bank Holidays (bank pun nak cuti ke? Public holiday lak tu, check sini) - dalam setahun ada beberapa kali, 5 May, 26 May, 25 & 26 Ogos 2008. Kalau korang perasan, kebanyakan cuti ni adlah pada hari Isnin sahaja, kenapa ya? Unik ke? Fikir-fikirkan....

Khamis, 27 Disember 2007

Tarikh-tarikh penting untuk kakitangan awam

Tarikh Pembayaran Gaji 2008

  1. 24.01.2008 Khamis
  2. 25.02.2008 Isnin
  3. 25.03.2008 Selasa
  4. 24.04.2008 Khamis
  5. 22.05.2008 Khamis
  6. 25.06.2008 Rabu
  7. 24.07.2008 Khamis
  8. 25.08.2008 Isnin
  9. 25.09.2008 Khamis
  10. 20.10.2008 Isnin
  11. 25.11.2008 Selasa
  12. 18.12.2008 Khamis

Khamis, 20 Disember 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR BATIN



Assalamualaikum semua pembaca...
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam...
Alhamdulillah di UK, raya adalah pada 19 hb Disember, hari Rabu lagi. Awal sehari dari Malaysia. Ini adalah kali pertama aku beraya di perantauan, jauh daripada isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Kali pertama juga aku beraya dengan nasi berlaukkan telur mata je... Rasa sedih, pilu dan macam2 lagi.. Pada pagi rayanya, aku bersolat hari raya di universiti (James France Building) bersama dengan umat Islam yang lain. Boleh dikatakan ramai jugak yang hadir tapi rasanya ramai jugak yang tak hadir pasal waktu solatnya agak awal, iaitu dalam pukul 845 pg tepat. Ramai jugak yang tersalah hari cuti kerana menyangka raya pada 20 hb. Lepas solat, macam di Malaysia, kita akan bersalaman dengan rakan-rakan yang lain.

Lepas solat ni jugak, diadakan sedikit jamuan raya seperti sandwich, roti dan makanan arab oleh pak-pak Arab. Aku pun tumpang la sekaki dengan rakan-rakan lain. Rezeki pagi raya. Selepas itu, aku hanya melepak di rumah dan tidak ke mana-mana pasal nak ke Centre pun agak susah untuk masuk, dah takde orang kat sana sekarang ni. Kad aku tidak dapat access bangunan tu lagi. Maka, memerap di rumah je la aku pada hari raya tu. Sebenarnya tak rasa cam raya pun, cuma yang bezanya kita memakai baju melayu dan bersolat raya, selepas itu masing-masing dengan urusan sendiri. Ada jugak yang membuat Open House, tapi masalahnya aku bukannya dapat pergi, satu hal pasal takde kenderaan nak pergi, tak tahu rumah kat mana, tak tahu pun satu hal.... So, begitu lah hari raya pertama aku di UK...

Ibu, Aisyah dan Imran, cepat la datang sini. Papa dah rindu ni syg.

Sabtu, 15 Disember 2007

Internet di my rumah UK

Alhamdulillah, pada hari ini, 15 Disember 2007, rumah aku telah dipasang dengan broadband. Kira seminggu gak menunggu sebenarnya. Kalau lambat2, alamatnya tahun depan la baru dapat pasang kat rumah ni. Aku menggunakan Virgin, ambil package
2 for 20pound/month. Dalam pakej ni ada broadband (Saiz M), Phone (Saiz M : Call free landline UK for unlimited masa weekend) dan percuma TV Box saiz M gak. So kira dah ada entertainment la kat rumah sekarang ni...

Di sini, aku berikan sedikit panduan untuk memasang kepada yang baru macam aku ni:

1. Pertama sekali, benda yang paling penting, korang mesti ada buku akaun UK dulu, kalau takde, takyah cerita lagi. Itu yang paling utama kat UK ni. Takde buku akaun atau debit card, macam tak hidup kita di UK ni.

2. Daftar online di
http://allyours.virginmedia.com/html/specialoffers/index.html
. Pilih je pakej yg korang berkenan. Masa tu, ada pakej 2 for GBP20 dan free TV, tapi lani rasanya dah takde lak. Kena check offer pasal berubah-ubah. So, make sure kita tetapkan masa untuk diaorg datang pasang tu masa kita free. Biasanya ambil masa at least seminggu gak la pasal ada surat2 suh kita sign itu ini dan sebagainya.

3. Dalam masa seminggu or tarikh yg dijanjikan tadi, diaorg akan datang pasang semuanya. Ikut janji tu diaorg akan datang dalam pukul 8 pagi - 1 tghari, tapi biasanya diaorg akan sampai dalam pukul 11 pagi gak. Kalau takde TV, diaorg takkan pasang lagi line TV tu. Kat UK ni pun satu hal, nak tengok TV kena ada lesen geng...... macam Malaysia zaman dulu kala lak... salah satu pendapatan terpenting UK agaknya ni... Kalau takde lesen, diaorg akan tahu pasal ada alat yg boleh check signal TV kat rumah kita ni... macam2 diaorg ni. So, depends pada individu nak ada TV ke tak pasal harga lesen ni agak mahal gak, kalau convert Malaysia dalam RM948.50 gak (GBP135.50) per year. Mahal tu... tapi terpaksa la kalau nak tgk TV, walhal kalau guna laptop tgk TV pun kena lesen gak... check sini
http://www.tvlicensing.co.uk/index.jsp


4. Dah datang pasang, korang guna la seadanya. Macam broadband ni, kalau guna Vista, takyah install guna CD yang diberi tu pasal tak compatible. Untuk Vista, kena daftar secara online je kat sini https://autoreg.autoregister.net/. Benda macam ni diorg tak maklum pun awal2, kat CD pun takde... kena call baru tau... kena caj la pulak. Lagi satu, make sure korang ada Serial Number (untuk broadband) pasal untuk register ni perlu sangat benda ni.

5. Selamat mencuba pakej yang sama.

Jumaat, 14 Disember 2007

Hidup sebagai pelajar bermula

Alhamdulillah, minggu ini maka bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar semula...... setelah hampir 4 semester aku mengajar, maka sekarang aku pula sebagai pelajar... Minggu ini bermula dengan aku berjumpa dengan supervisor aku, Prof Rob Parkin pada hari Isnin, jam 12 tghari. Supervisor aku ini agak sibuk kerana dia adalah Head of School sekarang ini. Kena buat appointment la kalau nak jumpa... tapi akhirnya aku dapat juga berjumpa dengannya setelah 2-3 kali datang ke ofisnya minggu lepas.

Dalam perjumpaan pertama ini, yang mengambil masa lebih kurang 1 jam, dia mahukan aku membiasakan diri dahulu dengan keadaan di sini... dengan cuacanya yang agak sejuk, environment university di sini, dan sebagainya. Memang tidak dinafikan, dia memang supervisor yang baik (my first impression).... syukur alhamdulillah. Mengikut Prof Parkin, centre aku ini memang mempunyai ramai international students, antaranya daripada Malaysia (Najib - UUM) selain daripada aku sendiri, Thailand (Tuss -my partner dalam projek), Pakistan (Khurram Kamal - very nice guy), Bangladesh (Nastara - also good guy), China (Dr Pen),Germany (Michael), Italian, Mexico dan UK sendiri... kira ramai juga foreigner di sini... Dia menyuruh aku mengambil peluang berkenalan dan mengenali mereka dengan lebih dekat dari segi budaya hidup, cara bekerja dan sebagainya. Bukan calang-calang peluang ini...

Pada petangnya, aku berjumpa dengan Miss Jo Mason, yang banyak aku hubungi melalui email sebelum ini. Di sini, dia memberikan segala maklumat yang perlu aku tahu sebagai Research Student, contohnya, Kursus Induksi (department dan University), kad photostat, alatulis, bilik rehat, privileges dan sebagainya. Banyak benda juga yang aku kena belajar lagi sebenarnya. Tapi, semua itu aku akan belajar beransur-ansur.... insyaAllah.

Selepas itu, aku terus ke Holywell Mechatronics Research Centre, walaupun aku tak pasti nak mencari siapa. Di sini, aku berjumpa dengan Tuss, PhD student daripada Thailand yang juga membuat projek yang sama macam aku... kira my partner la ni... Aku diberikan tempat duduk, desktop, diperkenalkan dengan semua orang dan di-brief serba sedikit oleh Tuss... memang baik orangnya.... nice to meet him here.

Pada hari Selasanya, aku berjumpa pula dengan Co-supervisor aku, Prof Mike Jackson. Daripada first impression, tidak dinafikan bahawa dia juga adalah seorang yang baik, walaupun daripada kata students PhD yang lain, dia agak demanding. Tapi bagi aku, dia bagus dan very helpful. Dalam masa ini pun, dia tidak banyak demand untuk aku, just nak aku get familiar dengan environment di sini, sama macam Prof Parkin jugak...

Selepas itu, aku terus ke centre dan meneruskan hidup sebagai pelajar. Tapi keesokannya, aku tidak datang ke centre kerana agak penat hendak berjalan kaki sejauh 5/6 km (dalam 45 minit) dengan cuaca sejuk, selsema, beg berat, hidung berair, lapar dan sebagainya.

Tapi, hari Khamis aku datang semula. Hari ini aku ada discussion dengan Tuss mengenai Human Adaptive Mechatronics. Aku di-brief olehnya serba sedikit daripada apa yang dia tahu... bagus betul begini. Aku suka bekerja berkumpulan begini, sama ketika Master dulu.

InsyaAllah, aku akan menyambung lagi blog ini kemudian. Sekarang dah agak lewat untuk balik, baru pukul 6 ptg, tapi di luar keadaan macam gelap gelita, macam pukul 9/10 mlm di Malaysia.

Rabu, 12 Disember 2007

Perkara-perkara yang perlu diambilkira sekiranya ingin cuti belajar di UK/Eropah


Beberapa perkara yang perlu diambilkira apabila ingin melanjutkan pelajaran di UK. Perkara-perkara ini adalah tersirat dan jarang diceritakan sehinggalah anda sendiri mengalaminya.



1. Jet lag

Perbezaan waktu antara Malaysia (GMT+8) dan UK (GMT) adalah 8 jam. Maknanya, waktu di Malaysia lebih cepat 8 jam mendahului waktu di UK, yang akan menyebabkan ‘jet lag’. Ini adalah fenomena individu yang akan merasai dirinya masih berada di Malaysia dengan waktu tidur dan makan akan mengikut waktu Malaysia. Perumpamaannya, jasad berada di UK tetapi rohani masih di Malaysia. Fenomena ini akan mengambil masa 2 hingga 5 hari untuk dibetulkan bergantung pada individu. Contohnya, kita akan merasa mengantuk yang amat sangat apabila jam di UK menunjukkan pukul 6 petang (GMT), bersamaan dengan pukul 2 pagi waktu Malaysia (GMT+8) kerana biasanya waktu ini kita dah tidur di Malaysia. Sekiranya kita tidur pukul 6 petang waktu UK, kita akan terjaga pukul 11 malam nanti (bersamaan 7 pagi waktu Malaysia). Begitu juga dengan perut, kita akan merasai lapar apabila tiba waktu makan tengahari di Malaysia sedangkan waktu itu baru 4 pagi di UK.

  1. Cuaca

Bagi yang pertama kali berada di Eropah, tidak dinafikan kita akan merasa kesejukkan yang agak melampau apabila berada di luar bangunan. Kebiasaannya, suhu di luar di antara 9°C hingga -6°C, memang berbeza dengan Malaysia, yang kebiasaannya 32°C hingga 35°C.

  1. Tandas

Satu perkara yang amat ketara perbezaannya adalah tiadanya air di dalam tandas. Bagi seorang muslim, biasanya perkara begini amat tidak disukai. Ada beberapa penyelesaian di sini:

a) Membasahkan tisu dan menggunakannya untuk membasuh. Rasanya sesuai untuk air kecil.

b) Menyediakan bekas kecil atau botol air apabila ingin meninggalkan rumah. Penyelesaian ini rasanya sesuai untuk membuang air kecil dan juga air besar sekiranya terdesak.

c) Yang paling praktikal adalah membuang air terutamanya air besar di rumah sendiri sahaja. Tetapi mungkin akan menjadi masalah jika tetiba perut kita memulas. Doa kepada Allah agar dijauhkan perkara begitu.

  1. Air :

Bagi yang pertama kali datang ke UK, kita akan mengakui akan kelainan rasa air minuman terutamanya air kosong kerana kandungan kalsium yang tinggi. Rasanya agak berbeza dengan air kosong di Malaysia, yang sedap dan tiada rasa. Biasanya lebih bagus kalau kita minum air yang dicampur jus, serbuk kopi dan sebagainya. Terdapat dua paip air, satu yang terlampau sejuk, dan satu lagi yang terlampau panas, sehingga berasap-asap. Bayangkan ketika ingin menggosok gigi atau mengambil air sembahyang, air yang mana satu menjadi pilihan. Agak susah jugak untuk memilih tetapi biasanya kita akan menggunakan shower di mana airnya boleh dikawal paras kepanasannya. Nasib baik ada shower tu, jika tidak alamatnya boleh beku atau melecur mulut. Air yang agak sejuk ni boleh diminum terus (kalau terdesak dan jika ditulis ‘drinking water’ di tandas) dan boleh digunakan untuk memasak. Air yang panas tidak sesuai kerana kita tidak tahu dah berapa lama pemanas tu sudah digunakan.

  1. Pakaian

Jika di Malaysia, sehelai baju atau seluar biasanya adalah untuk sehari pakai. Berbeza dengan UK, pakaian anda boleh dipakai sehinggalah ianya kotor, bukan disebabkan peluh atau bau badan, tetapi kotor disebabkan terkena makanan atau comot. Biasanya sehingga 2-3 hari kita boleh memakai pakaian yang sama. Terimalah hakikat ini. Disebabkan cuaca yang sejuk, peluh pun tidak berbau, dan sebenarnya agak susah hendak keluar.

  1. Makanan

Agak susah sebenarnya nak makan di café atau kantin universiti atau mana-mana kedai makan yang menyediakan masakan halal. Walaubagaimanapun, sekiranya terdesak sangat, kekadang kita boleh mencari sandwich tuna atau vegetarian. Di supermarket sekalipun, jangan harap kita akan menjumpai symbol HALAL pada packet makanan. Di sini, kita hanya bergantung kepada symbol V, iaitu sesuai untuk vegetarian. Jangan fikir lebih-lebih, jika tidak kebulur la kita di sini.

  1. Memasak

Satu perubahan besar yang perlu diambil kira apabila ingin melanjutkan pelajaran di UK adalah kemahiran memasak. Memang tidak dinafikan, semasa kursus SLAB, tidak dinyatakan untuk seseorang pandai memasak sebagai keperluan di perantauan. Bayangkan, untuk sebungkus nasi pun dah cecah £2.50 - £3.50 pound. Kali begini setiap hari, alamatnya pokai la poket. Jadi, lebih baik memasak sendiri. Dinasihatkan agar sesiapa yang tidak pandai memasak (including me), agar belajar memasak di Malaysia, sekurang-kurangnya masak nasi, telur pedas, kari ayam dan sebagainya (sedapnya). Kalau tak, alamatnya makan roti dan telur selalu (sedih….).

  1. Perubahan waktu solat

Jika di Malaysia, kita akan solat Zohor lebih kurang pukul 1 tengahari, tetapi di UK (masa dekat winter ni), pukul 1 tu dah masuk waktu Asar. Biasanya Zohor lebih kurang pukul 11.50 pagi, Asar dalam 1.30 tengahari, Maghrib 3.50 petang, Isyak 5.15 petang. Isyak adalah yang paling lama kerana ketika ini malam agak panjang, iaitu sehingga lebih kurang pukul 6.15pagi barulah Subuh. Perkara ini perlu diambil perhatian betul-betul oleh sesiapa yang bercadang untuk cuti belajar di UK/Eropah. Jika tidak, asyik terlepas je waktu solatnya.

  1. Solat Jumaat

Biasanya di Malaysia, solat Jumaat dilakukan di awal waktu, iaitu selepas azan dan khutbah. Tetapi berbeza dengan di UK, solat Jumaat dilakukan di akhir waktu, iaitu dalam pukul 1. Dalam 5-10 minit sebelum Asar, barulah khatib habis membacakan khutbah dan solat Jumaat. Selepas sahaja habis solat Jumaat, tunggu beberapa minit, solat Asar pula dilakukan secara berjemaah. Agak pelik untuk yang pertama kali datang, tetapi begitulah hakikatnya hidup di UK. Jika dilakukan solat Jumaat di awal waktu, iaitu dalam pukul 11, kemungkinan besar, ramai akan yang terlepas disebabkan kerja atau kelas. Pukul 1 juga sesuai kerana ketika inilah waktu rehat untuk pejabat.

  1. Jalan kaki

Jika di Malaysia, kita jarang-jarang berjalan kaki ke tempat kerja. Dengan cuacanya yang sejuk, begnya yang berat, perutnya yang lapar, hidungnya yang berair, jaraknya yang agak jauh, perkara-perkara ini akan menjadi rutin harian sehinggalah kita ada kenderaan sendiri di UK. Dinasihatkan kepada semua, praktislah berjalan kaki dan sedikit exercises di rumah (Malaysia), agar tidak merasa susah ketika berada di UK nanti. Kenalah cergas selalu. Tetapi yang bagusnya, walaupun berjalan jauh, tiada setitik pun peluh di badan. Baju pun tak akan berbau, dan boleh digunakan sehingga 2-3 hari. Penat tu memang penat. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, insyaAllah. Nak senang, belajar je kat Malaysia di mana kita memang dah ada kenderaan sendiri dan segala kemudahan sudah disediakan. Jauh berjalan, luas permandangan dan pengalaman J

  1. Pemanduan di UK

Satu benda yang perlu di’highlight’kan di sini, jalan-jalan di UK bukannya besar dan lebar macam di Malaysia, kecuali di lebuhraya yang biasanya 3 lanes. Jalan-jalan di bandar atau kampung biasanya akan muat-muat dua kereta. Sudahlah jalan kecil, ada pulak kenderaan diletakkan di bahu kiri kanan jalan, terpaksalah memberi laluan kepada pemandu lain di hadapan. Pejalan kaki di sini mempunyai lessen besar, di mana keutamaan diberikan untuk melintas jalan (di tempat melintas sahaja). Semua kenderaan kena berhenti untuk memberi peluang pejalan kaki melintas. Walaupun kedudukan pemandu sama di sebelah kanan, tetapi biasakan diri sebelum datang ke UK dengan kenderaan Eropah. Butang signalnya di mana, butang lampu, wiper dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa penumpang lain juga perlu memakai tali pinggang keledar, termasuk anak-anak kecil, yang perlu menggunakan car seat dan sebagainya. Had laju di jalan-jalan bandar dan kampung biasanya hanya 30 batu/jam, lebih kurang 50km/jam. Kalau di Malaysia, kita boleh je memecut sesuka hati, tetapi di UK, kamera polis merata-rata. Yang bagusnya, di tempat ada kamera, ada diletakkan papan tanda mengatakan ada kamera di hadapan. Tidak main la speed trap menggunakan kamera sembunyi-sembunyi ni. Cubalah buat macam di Malaysia, tunggu je surat saman di rumah. Lampu isyarat di sini juga agak berbeza sedikit di mana selepas MERAH, akan ada juga lampu KUNING menandakan kita boleh berjaga-jaga untuk jalan. Macam praktikal, untuk membolehkan kita bersedia untuk bergerak. Tetapi jika di simpang empat yang berlampu isyarat, jangan terperanjat sekiranya kita ingin ke kanan, kereta daripada hadapan juga adalah berlampu hijau ketika itu, dan kita perlu memberi laluan kepada mereka daripada laluan hadapan dahulu sebelum membelok. Jika di Malaysia, jika kita ingin membelok ke kanan, kereta daripada simpang hadapan akan berhenti. Walaupun agak pelik di sini, tetapi kadar kemalangannya agak kurang. Mengapa?

Begitulah serba sedikit perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila anda ingin melanjutkan pelajaran di UK/Eropah. Sebenarnya ada bermacam lagi pengalaman lain yang tidak sempat ditulis ketika ini. InsyaAllah di lain masa saya akan menulis lagi. Setiap pengalaman boleh dikongi bersama walaupun saya berada di UK baru 3 minggu. Ada lagi 3 tahun yang perlu dilalui. Doakan kejayan saya dan rakan-rakan Malaysia lain di sini. Segala komen dan maklumat lain daripada pembaca, diucapkan jutaan terima kasih.

Wassalam.

Hafis

Loughborough, UK

Blog Widget by LinkWithin