---------------------
Sabtu, 26 November 2011
After four years... Part 2
Jumaat, 25 November 2011
After four years... Part 1
Selasa, 27 April 2010
Macam-macam...
--------------------------------------------
Semalam, Isnin 26 hb April 2010, banyak benda berlaku. Macam-macam pulak tu....
Aku tidak turun ke Loughborough semalamnya, hanya buat kerja kat rumah, siapkan writing chapter pada paginya. Lagipun, aku dan anak-anak pun masih tidak sihat sejak last week, mungkin terkena 'Spring Bugs'... senang cerita, pasal perubahan musim agaknya.
Kisahnya bermula tengaharinya, bila tiba-tiba loceng pintu rumah berbunyi. Alahai sapa la datang pulak. Bukak bukak, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Nottingham City Council. OK.
Katanya, rumah yang aku baru pindah ni tidak ada rekod mengenai council tax payment. Betul la tu, pasal aku baru berpindah bulan Februari lepas. Mahal betul taxnya, lebih seribu pounds dalam setahun kena bayar. Jadi, aku cakap la yang aku dan wife student, tinggal berempat, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Yang aku tahu, jika student akan dapat pengecualian (exemption) council tax, tetapi mungkin silap aku masa tu, aku tidak perlu cakap yang aku juga 'student' kerana rasanya memadai dengan hanya cakap wife aku 'student', kerana dia yang belajar di Nottingham dan aku di daerah lain. Dah tidak semena-mena pulak, aku disuruhnya dapatkan surat daripada Loughborough University mengenai pengecualian cukai. Alahai lecehnya. Kalau belajar kat universities area Nottingham ni tak perlu bagi surat pasal rekod dah ada dalam sistem kata kita student. Tetapi, nasib baik jugak, wife aku datang explain pasal rumah sebelum ini, exemption atas nama wife aku sahaja. Jadi, dia suruh aku tunggu dulu, biar dia check dalam sistem, sama ada perlu or tidak aku berikan surat tu nanti. Ok la sikit.
Yang sebetulnya, aku ingatkan tuan rumah sudah maklumkan kepada Council mengenai perpindahan kami, sepertimana di rumah-rumah sebelum ini. Lagipun, tuan rumah hanya guna nama wife aku seorang dalam tenancy agreement. Tu yang aku buat senyap je, pasal kat rumah lama (Hartley Road, Nottingham jugak), tuan rumah yang inform kat Council then lepas tu sampai surat, baru wife aku call mintak exemption sebab student. Tut tut, untuk rumah baru ni, tuan rumah rupanya buat senyap jugak. Lepas pegawai tu balik, aku call tuan rumah. Dia pulak cakap yang aku sendiri yang kena inform kat Council semuanya, daripada tarikh mula pindah sampai la hal exemption... alahai, gitu pulak ke...
Hal seterusnya mengenai insurance kereta aku. Pasal kereta tu sudah tidak ada MOT (taknak buat pasal rasa macam tak berbaloi sebab side mirror cover dipecahkan orang semasa kat rumah lama), road tax pun tinggal beberapa hari sahaja lagi, lagipun dah lama tersadai tak digunakan. Walaupun aku sayang kereta ni, kereta pertama yang aku bayar cash semasa mula-mula sampai dahulu, dengan menyamai sebulan gaji di Malaysia (waktu tu £1 = RM7!)... tetapi, takkan nak simpan buat koleksi jadi besi buruk pulak, so aku mengambil keputusan untuk scrap! Kesian pulak rasanya, pasal kereta ni banyak berjasa dan engin pun still OK. Kalau kat Msia, memang aku simpan kereta ni sampai bila-bila. Tetapi, apakan daya, if dibiarkan, lama-lama jadi beban pulak, pasal insurance kereta ni lebih mahal daripada kereta yang satu lagi.
Lepas je aku cancel insurance tu, tetiba loceng pintu rumah berbunyi lagi. Sapa pulak kali ni? Tengok tengok, ada seorang mat salleh yang pada mulanya (kononnya) bertanya sama ada aku nak bersihkan garden ke apa ntah, tetapi lepas tu, tetiba tanya aku pasal nak jual kereta tu ke tak. Aik, macam tau je aku dah cancel insurance kereta tu! Aku boleh pulak tanya, berapa harga mau? Dia letak la harga £80! Mat oooii... murah ke mahal tu? Tetapi, aku menolak tawaran itu.
Yang sebenarnya, aku sudah contact Scrapyard Centre kat area Nottingham ni, katanya harga minggu ni adalah £165 per ton (kira timbang kati la agaknya). Sebab itu la aku fikir better aku scrap daripada jual £80 pasal setahu aku, kereta aku ni beratnya lebih kurang 1.3 tons gak (daripada pakcik google la), boleh la dapat lebih sikit kot.
Lepas mamat tu keluar, datang pulak member dia yang lebih berumur, bercakap pun slang.. Tanya lagi pasal kereta tu... rupanya diaorang ni dah lama memerhatikan kereta aku ni daripada jauh. Bahaya gak tu. Spy di mana-mana! Tanya berapa harga aku nak jual pasal dia berkenan sangat dengan interior kereta tu. Dia nak kusyen katanya. Tidak dinafikan, interior kereta tu masih lagi elok dan bagus. Awal-awal aku cakap, scrapyard boleh offer aku £165. Tut tut, datang seorang lagi member dia nak tawar-menawar dengan aku pasal harga kereta tu. Dua-dua mat salleh ni tak henti-henti nak offer aku daripada £80, £100, £110 dan maximum dia boleh bagi £130. Katanya, tak perlu peningkan kepala aku, diaorang boleh keluarkan kereta tu daripada rumah aku. Siap dah keluarkan duit pulak tu. Tapi aku still tidak buat sebarang keputusan. Kata mereka kat scrapyard, nanti kena caj pulak kalau nak recycle tayar, engin dan sebagainya. Nak kencing aku la tu. Nasib baik aku call Safuan kat Sheffield yang baru jugak scrap kereta, tanya pasal hal tu. Safuan kata, takde pulak caj tayar. Safuan pun boleh dapat £200 untuk scrap keretanya.
Lepas berbincang dengan wife, last last, aku cakap tak nak jual. Tetapi, boleh pulak semasa si mat salleh slang tu nak keluar pagar rumah aku, dia kutuk aku depan2!! "You're ID*OT! A**HOLE!". Cilanat punya mat salleh! Tetapi, nasib baik dia cakap slang, pasal masa dia kutuk tu, aku tak berapa faham... masa tu, aku pulak boleh senyum-senyum dan lepas tu tunjuk isyarat bagus kat diaorang... kelakar pulak rasanya. Lepas tu, baru aku perasan yang dia kutuk aku sebenarnya, hampeh betul! Orang tak nak jual, kena kutuk-kutuk pulak! Ini macam orang pun ada ke??
Jumaat, 15 Januari 2010
Kadar A B C dan tarikh berkaitan
Untuk makluman rakan-rakan yang sedang bercuti belajar (kerana ramai juga yang mencari maklumat ni melalui google):
KADAR A B C di UK
Tarikh 2010
Check dah masuk ke belum di sini.
Isnin, 10 Ogos 2009
Unanswered questions
Daripada pengalaman tinggal di UK selama lebih kurang setahun 9 bulan, terdapat soalan2 yang tidak boleh ditanya kepada orang putih ni (maybe kita tak kisah sangat), antaranya:
1. Untuk mat salleh:
"Berapa banyak pendapatan kamu?"
- Soalan ni cukup sensitif dan entah la, agaknya depa ni tak leh kita tahu banyak mana gaji mereka. Maybe pasal depa ni ada juga yang takde kerja tapi dapat 'elaun cari kerja' yang kerajaan bagi. Itu pasal nak rahsiakan pendapatan, lebih2 lagi mereka ni asalnya pokai tapi hidup nak bergaya.
2. Untuk minah salleh:
"Berapakah umur kamu?"
- Soalan ini juga amat sensitif bagi minah salleh. Entahlah. Kalau boleh mereka nak merahsiakan umur sebenar. Agaknya mereka nak jadi muda selalu, dan if kita tahu umur mereka, habis la maruah mereka. Walaubagaimanapun, mereka akan nampak lebih tua dan matang walaupun umur baru belasan tahun. Tetapi, kematangan sebenar tidaklah boleh digambarkan daripada luaran.
Ahad, 5 April 2009
3 perkara
__________________________
3 Perkara yang FREE/MURAH di UK tetapi MAHAL di M'sia
- Tol
- Call
- Kereta
__________________________
3 Perkara yang FREE/MURAH di M'sia tetapi MAHAL di UK
- Lesen TV
- Channel sukan
- Sticker kenderaan
Isnin, 30 Mac 2009
Perubahan Waktu UK (+1 jam)
Hari ni, Ahad 29 Mac 2009, berlakunya perubahan waktu di UK di mana ianya berubah daripada GMT+0 kepada GMT+1 (or dipanggil BST - British Saving Time). Maknanya, bila jam menunjukkan pukul 1 pagi, ianya terus dianjakkan ke pukul 2 pagi. Tiada pukul 1 pagi hari ni. Waktu diawalkan sejam dan maknanya juga, beza waktu dengan Malaysia menjadi hanya 7 jam daripada 8 jam sebelum ini.
Perubahan waktu ini adalah selaras dengan perubahan musim daripada Autumn/Fall(luruh) dan Winter(sejuk) kepada Spring(bunga) dan Summer(panas). Jika sebelum ini, waktu solat Subuh bermula pukul 3.40pagi, sekarang Subuh menjadi pukul 4.40pagi, Zohor (12.10tghari menjadi 1.10tghari), Asar (3.30pm kepada 4.30pm), Maghrib (6.35pm kepada 7.35pm) dan Isyak (8.30pm kepada 9.30pm). Di permulaan perubahan waktu ini, waktu solat sudah menjadi seakan-akan waktu solat di Malaysia cuma Subuh dan Isyak yang berbeza sedikit. Tetapi dalam bulan Mei/Jun nanti di mana musim panas adalah di kemuncaknya, Subuh akan bermula di antara 2.30 - 2.45pagi dan Isyak (11.00 - 11.30mlm). Cuba bayangkan, if di Malaysia, Subuh pukul 2.30pagi dan Isyak pukul 11.30 mlm. Berapa jam nak tidur? Macam mana agaknya? Sememangnya waktu solat di UK akan berubah setiap hari.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, 'orang-orang sini' seolah-olah sesuka hati menukarkan sesuatu untuk menepati citarasa diaorang. Walhal dalam kes jam sekalipun. Walaupun dah tukar waktu jam, waktu 'ofis hour' still pukul 9-5 lagi. Dan yang menyedihkan lagi, kedai-kedai pun kebanyakannya tutup dalam pukul 5 ptg (kecuali shopping2 besar dan bar-bar!), walhal waktu maghrib bermula pukul 9.30 mlm. Siang panjang pun seolah-olah tiada aktiviti luar boleh dilakukan selepas waktu kerja. Nak kerja lebih waktu pun susah, kerana biasanya pagar ofis dah tutup pukul 9pm!
Ahad, 22 Mac 2009
Cambridge
Selepas hantar Wan dan Atuk di Stansted Airport, kami bermalam di Day Inn hotel semalaman. Penat nak terus balik pasal perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit. Hotel ni dekat je dengan airport. Dalam 10 minit je.
So, paginya, plan asal nak ke rumah kawan di Essex tetapi terpaksa dibatalkan kerana Imran tak sihat. So, ubah plan, singgah dulu di Cambridge sebelum balik.
Call Michael (kawan UTM) di Cambridge tetapi dia juga tak sihat. So, round2 je di Cambridge. Takde la best sangat kat Cambridge. Setakat punting tu, UTM pun boleh buat. Hihi... Cumanya, Cambridge ni dah 800 tahun established. Banyak la penyelidikan diaorg.
Di Cambridge, susah nak parking di dalam university. Tak semua kereta boleh masuk. So kena park di luar kawasan universiti dengan bayaran 20 pence for 10 minit. Rupanya bandar Cambridge di dalam university. Hmmmmm.
Dah tu, nak masuk ke King's College pun kena bayar. Hmmm. Apa punya bisnes depa ni? Nak maintain konon. Semua tempat nak masuk kena bayar. Alahai.
Rabu, 18 Mac 2009
Wan dan Atuk di UK
Day 1 - Explore London.
Selepas sampai di Stansted airport, bermalam di hotel Travelodge Borehamwood (40 minit daripada airport).
Paginya, naik train dari Elstree and Borehamwood station ke Farringdon, then naik tube ke London Paddington.
Then, jalan kaki ke Malaysia Hall.
Makan2 di Malaysia Hall kantin. Makanan Malaysia, citarasa Malaysia, tapi harga UK.
Dari Malaysia Hall, ke Bayswater station, naik tube ke Westminster station.
Round-round sekitar Big Ben dan Eye-of-London.
Naik semula tube ke Farringdon then naik train ke Elstree and Borehamwood station yang sepatutnya, tetapi tersalah naik express train ke St Albans.
Jadi, terpaksa cari train balik semula ke Elstree and Borehamwood.
Balik ke Nottingham yang memakan masa 2 jam 30 minit.
Semua dah kepenatan di dalam kereta.
Day 2 - Rehat di rumah Nottingham.
Lepas Isyak, membeli-belah di ASDA.
Then, ronda2 sekitar Nottingham waktu malam dengan kereta.
Tahu mana Hyson Green, tram station, University of Nottingham, PC World etc.
Day 3 - Explore bandar Nottingham
Selepas Zohor, naik tram pi ke bandar Nottingham.
Turun di Old Market Square.
Then, jalan kaki ke Nottingham Castle.
Bergambar sekitar bandar, castle, dalam muzium, kawasan taman bunga.
Day 4 - On the way to airport
Hari ni, Wan tolong guntingkan rambut papa, aisyah, imran dan ibu sekali... tunggu Wan datang baru nak potog ye.
Kejap je Wan dan Atuk datang.
Tak sempat nak bawak jalan2 sgt. Kesian Wan dan Atuk.
Lepas Zohor, kami bertolak ke airport.
Persinggahan pertama, bergambar dulu di Univ. of Nottingham.
Then, pi ke ofis papa di Holywell Park, Loughborough Univ.
Singgah pulak di Loughborough Town pasal ada pasar.
Makan2 dulu di MAXIM (kedai macam KFC bagi kitaorg di sini).
Then, teruskan perjalanan ke Statford-Upon-Avon.
Plan asal, nak bawak Wan bergambar dengan bunga2 di Shakespeare house tapi tersalah poskod. So, berhenti di tepi sungai Statford (agaknya) dan bergambar.
Teruskan perjalanan ke airport yang mengambil masa 2 jam lebih.
Sebelum ke airport, check in di Day Inn hotel, makan2 dan solat dulu.
Wan dan Atuk sempat mandi2 dulu.
Dalam kul 10.15pm, bertolak ke airport daripada hotel.
Pukul 10.45pm, Wan dan Atuk masuk ke Gate 16.
Punya la ketat imigresen sini, badan Wan siap kena check dengan details.
Dalam 2 minit gak kena scan dengan diaorg. Atuk lak kena tanggal kasut, tali pinggan, jaket dll.
Nak ambik gambar pun tak bagi, hampeh. Mana ada signboard tak bagi ambik gambar.
Alasan diaorg, security reason.
Padahal, tak bagi ambik gambar diaorg yang tengah bermesra depan kaunter.
Pukul 12.05am, kapal terbang Wan dan Atuk berlepas ke LCCT.
Semoga Wan dan Atuk akan datang lagi nanti, insyaAllah. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan Wan dan Atuk, dan saudara-mara lain ke sini.
Sabtu, 7 Mac 2009
Menonton siaran bola di UK (edited)
Diedit dan diulang tayang kerana banyak permintaan.
Assalamualaikum kepada semua pembaca setia,
Di sini aku ingin berkongsi maklumat berkenaan cara-cara nak menonton siaran bola pasukan kegemaran anda LIVE secara FREE di internet. Memang tidak dinafikan di UK ni bukan macam Malaysia, kita boleh pi kedai-kedai mamak menonton siaran bola, tak pun melanggan ASTRO dengan memilih siaran sport, boleh la menonton sepuas-puasnya.
Walaupun di UK ni tempat asalnya siaran-siaran ni, tapi masalahnya tidak ditayangkan secara percuma. Yang ada cuma LIVE coverage untuk results je, dalam BBC Sport News biasanya. Kena langgan Sky Sport ke, Setanta ke, dan bermacam-macam lagi baru la dapat tengok geng. Dah la mahal, nak pi tengok kat stadium lagi la tak berbaloi. Kempunan la korang nak tonton secara LIVE kalau tak tahu cara-caranya.
Ok, geng... dengan adanya broadband, bukan setakat di UK dan Malaysia korang boleh cuba cara aku ni, tapi di mana-mana sahaja korang pergi, insyaAllah korang boleh menonton gak secara LIVE game-game team favourite. Ikut langkah-langkah di bawah ni (senang je sebenarnya, cuma kena tahu caranya je):
- Korang masuk website ni - http://livetv.ru/en/ or http://www.rojadirecta.com/
- Dalam website ni, disenaraikan game-game (bola dan lain2) yang ditayangkan secara LIVE di mana-mana di dunia ni. Pilih je game yang korang nak tengok. Korang kena la tau masa siaran tu ditayangkan secara LIVE. Kalau tak, takde siaran ulangan geng.
- Lepas korang pilih ni, nanti disenaraikan di mana nak streaming video tu. Biasanya ada 2-3 streaming video yang korang boleh pilih. Aku biasanya pilih siaran yang guna software Sopcast. Ada gak streaming yang menggunakan flash player je, so korang tak perlu install pape lagi. Lagi bagus kan.
- If korang hendak menonton menggunakan Sopcast, aku terlupa nak inform awal-awal, korang kena download software Sopcast ni kat sini http://download.sopcast.cn/download/SopCast.zip. Lepas unzip, korang install je dulu.
- Lepas tu, korang start software ni macam biasa. Di sini, korang tak payah register pun, just guna login anonymous je kat situ pun boleh.
- Dah masuk software ni, ikut cara yang aku buat ni. Korang masuk balik dalam website http://livetv.ru/en/ di mana korang dah pilih siaran yang nak tengok tu. Kat sini, korang cari siaran yang menggunakan software Sopcast, then korang copy link locationnya.
- Pastu korang Paste kan kat software Sopcast tu addressnya.
- Lepas tu, korang tekan Enter atau simbol Play tu, insyaAllah lepas tu siaran bola or game2 lain akan ditayangkan secara LIVE di dalam komputer korang. FREE lagi, cuma bayar broadband la. Memang la ada sikit buffer dan beza minit dengan LIVE dalam TV, tapi layan je, yang penting boleh tengok kan.
- Selamat mencuba.
Jumaat, 20 Februari 2009
Cabaran2 bagi pasangan yang kedua-duanya belajar
Sebagai salah seorang yang ber"tuah" kerana dipilih untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama isteri tercinta (yang juga belajar), di sini aku senaraikan antara cabaran-cabaran yang telah kami lalui setakat ini.
1. Penjagaan anak-anak
Disebabkan kami mempunyai 2 orang anak tersayang yang masih kecil (kerana kedua-duanya di bawah 3 tahun), maka mereka masih bergantung sepenuhnya kepada kami. Ke mana saja kami pergi (even nak ke tandas pun), mereka nak ikut... so, agak susah hendak meninggalkan mereka sendirian di ruang tamu or dalam bilik if kami hendak study or melakukan apa2 aktiviti di luar daripada pandangan mereka. Kebanyakan masa di rumah dihabiskan bersama anak2 di ruang tamu, menonton rancangan kartun On-Demand yang telah diulang lebih 20 kali sehari (rasanya).... apa nak buat? Nak study, mereka lak tukang tolong ajar, laptop kita pun nak main... hihi...
Sebenarnya, anak2 boleh dihantar ke Nursery or rumah pengasuh, tetapi apa la daya kami, mana mungkin mampu untuk menanggung perbelanjaan itu. Cuba bayangkan, untuk nursery, seorang anak dicaj ~£470 (setelah mendapat diskaun £100 utk student), maka untuk 2 orang anak, kira la kalau berani... hihi, ~£940 = ~RM4935 (if dikira £1 = RM5.25, £ dah rendah sikit berbanding masa mula2 sampai dulu, £1 = RM7). Lebih kurang RM5000 sebulan, wow... gaji aku kat Msia pun tak sampai tahap ni... Elaun yang kami dapat sebulan lebih kurang £1200, if tolak £940, berapa lagi yang tinggal ye? £260.... nak bayar sewa rumah pun tak mampu... sewa rumah kami £325 sebulan. Ini pun dikira sebagai sewa yang agak murah if dibandingkan dengan sewa di Loughborough (sebelum ni kami menyewa rumah di L'boro £485).
So, cara senang, jaga sendiri anak-anak.
2. Pembahagian Masa
Tujuan utama datang ke UK adalah untuk mendapatkan PhD. Walaubagaimanapun, disebabkan kami di sini bukannya bersendirian tetapi bersama isteri dan anak2, maka keluarga juga adalah perkara utama di samping PhD. Lebih2 lagi jika isteri juga belajar dan anak2 masih kecil. Disebabkan itu, maka pembahagian masa terlalu penting.
Dalam kes aku, aku belajar di Loughborough dan wife pula belajar di Nottingham. Dua tempat yang berbeza, jaraknya dalam 20 miles (32 km) dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Oleh kerana jaraknya kurang 100km, maka kami tidak mendapat dua elaun.
Dalam seminggu, hanya 2 hari atau maksimum 3 hari aku akan ke Loughborough. Hari lainnya, aku terpaksa membuat rotation dengan wife untuk menjaga sendiri anak2 yang masih kecil. Baru aku tahu betapa susahnya menjaga anak2... hihi. If di Malaysia, boleh je aku hantar anak2 ke rumah pengasuh dan bayarannya pun dalam RM200/seorang.
If wife tak belajar or salah seorang yang belajar, ramai yang mencari kerja part time untuk menampung keluarga. Tetapi, bagi aku, sememangnya mengharapkan duit daripada elaun yang aku dapat dan sedikit gaji di Msia.
Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Saksama.
Akan bersambung lagi, insyaAllah......
Kepada kekawan yang tiada apa2 halangan untuk belajar dengan aman dan tenteram, gunakanlah peluang yang ada ini untuk menghabiskan PhD anda sepantas mungkin. Peluang kita hanyalah sekali. Andalah orang2 yang lebih bertuah daripada kami. Ingatlah, PhD bukannya kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan Nobel Prizes.
Ahad, 28 Disember 2008
Peristiwa pagi 24 Disember 2008
Hidup di perantauan tidak selalunya manis dan biasanya kita akan menghadapi pelbagai cabaran yang tidak diduga. Hemmmm.... pagi 24 haribulan, sehari sebelum Krismas, rumah baru aku di Nottingham telah diserbu oleh sepasukan polis!!! Apa hal ni?? Apa salah aku dan keluarga??
Dalam pukul 7.20am, aku dikejutkan dengan ketukan kuat beberapa kali di pintu tingkat bawah. Aku fikir sapa la yang buat bising pagi-pagi ni lalu aku intai melalui tingkap bilik di tingkat dua. Wow.... ramainya polis di luar! Aku kira dalam 6-7 orang. Buat apa ni?
Maybe diaorang nampak aku mengintai, jadi aku disuruh mereka turun ke bawah dan buka pintu. Alamak, rumah aku rupanya target mereka. Aku bergegas ke bawah dan terpaksa membuka pintu rumah. Dalam fikiran aku, ada pencuri ke dalam rumah aku? MasyaAllah.. risau aku.
Aku buka pintu rumah dan ditanya oleh seorang polis lelaki, berapa orang lelaki yang tinggal di rumah ni? Aku terpingga-pingga pada mulanya. Aku jawab, aku dan my family je. Dia suruh pulak aku tunjuk mana family aku. What happened?
Aku tanpa banyak soal semacam risau apa benda yang berlaku, bergegas membawa mereka ke tingkat atas. Apa lagi, polis-polis ni dalam 5-6 orang masuk ke rumah aku dan semacam mencari sesuatu di segenap ruang rumah aku. Aku tunjukkan mereka di mana wife dan anak2 aku berada. Nasib baik masa ni wife aku pun dah bangun dan tahu ada sesuatu yang berlaku. Jadi dia dah siap2 pakai tudung masa polis tu naik ke tingkat atas. Semua bilik di rumah aku diselongkar, dari dapur sampai la ke tingkat tiga... apa yang korang cari ni?
Aku masih tidak tahu apa yang mereka cari sebenarnya. Selepas diaorg berpuas hati bahawa tiada lagi orang lain yang tinggal di rumah aku ni, aku turun ke ruang tamu bersama mereka. Kata salah seorang dari polis ni, mereka mencari seseorang yang maybe pernah tinggal di rumah ni dulu, yang katanya terlibat dengan 'vandalism'. Kalau ya pun cari orang yang buat 'vandalism', tak kan satu pasukan polis datang serbu rumah orang, macam ada ter***ist (takleh tulis penuh, nanti kena detect, nanti kena serbu lagi!!) pulak. Hampeh betul!! Buat aku terkejut je.
Dah la ketuk macam nak pecahkan pintu, pastu dengan selambanya masuk pakai kasut, ramai2 lak tu. Kurang asam punya polis! Mula tu, risau jugak aku dituduh buat vandalism dalam rumah pasal masa pagi2 ni, ruang tamu rumah aku ni berselerak dan bersepah sikit dengan mainan anak2.
Kejadian ni membuat wife aku rasa fobia di waktu pagi ketika hendak bangun solat subuh. Ye la, first time dalam hidup, polis serbu rumah... Kalau kat Malaysia, rumah 'penjenayah besar' je diserbu tapi di sini, rumah sesiapa saja boleh diserbu. Semoga rakan-rakan lain pun mendapat iktibar dari kejadian ini, dan harapnya bersedia la rumah kita diserbu polis bila-bila masa!!
Tapi aku masih tidak tahu, macam mana rumah aku jadi sasaran mereka? Adakah tenant lama dulu adalah penjenayah or suka buat vandalism. Setahu aku, rumah ni dah lama diduduki oleh orang Melayu. Takkan la orang Melayu yang buat hal. Atau ada mana-mana orang yang buat dajal bagi alamat salah kat polis.
Selasa, 25 November 2008
Sabtu, 8 November 2008
Why my family and I move to Nottingham?
Assalamualaikum....
It seem to be a month I did not update this blog. For your info, my family and I have moved to Nottingham officially started on 23 October 2008. But why?
Obviously, it is because my wife is also started her PhD in the University of Nottingham. I think it is better to make it easier to her rather than let her travel alone. Let me sacrifice to travel alone at least 2 days a week for 30-45 minutes journey by car. In a week, my wife and I also have to arrange our timetable to take care of our kids.
Actually, this is not our main reason to move to Nottingham. Is it Nottingham more safer, more convenient and better than Loughborough? The answer is NO.
Previously, we live in 3 bedrooms semi-D house that has very large yard, off road parking and located in very silent area, suitable for study. Our neighbors also 'friendly'. This house is very near with my university. I only take 5 minutes to go to my office in Holywell Park. But now, it only become history for me.
The main reason is the rent in Loughborough is more expensive than Nottingham although Loughborough is just a small town (I have to admit) compared to Nottingham, a big city. So that I can't cover my traveling cost such as petrol (that also decreased nowadays). My rent in Loughborough and Nottingham differs for about £175!!
Frankly speaking, it is a 'big loss' to us by moving to Nottingham. We love to stay in Loughborough, knew a lot of Malaysian friends (even Nottingham community are more in term of numbers but we only know a few people just now) and absolutely, I have very close friend(s) here (Loughborough) that can share joy, experience and tear(?) together. Hopefully, our silaturahim will be last forever, insyaAllah.
Feel free to comment if I write something wrong here.... I know that my English is idiosyncratic compared to yours because I am left brainer.
Isnin, 6 Oktober 2008
Isnin, 9 Jun 2008
Disukai dan tidak disukai
Di sini aku senaraikan 4 perkara yang bagus dan 4 perkara yang tak berapa bagus mengenai pribumi UK (mat dan minah salleh, tak termasuk Paki, India dan Arab) daripada pandangan, pengamatan dan pengalaman aku selama 6-7 bulan di sini. If ada kesilapan fakta, sila maklumkan, geng.
Bagusnya bila:
- Menegur kita asyik tanya "Are you alright?". Kekadang rasa baiknya diaorg ni. Ambik berat dengan orang lain tu. Walhal cashier masa nak bayar pun, depan tegur macam ni. Bukan kenal pun.
- Bercakap depan kita biasanya diaorg guna bahasa cantik punya, contohnya "Brilliant", "Excellent", "Very Good" dan sewaktu dengannya. Tapi kita perlu ingat, diaorg ni biasanya tak menggambarkan apa yang diaorg cakap tu, lebih-lebih lagi jika mereka tu supervisor kita. So, make sure tidak begitu gembira bila mendengar mereka asyik memuji kita.
- Memberi kita barang-barang secara FREE. Satu budaya orang di sini, mereka akan memberikan barang-barang contohnya perabot, mainan, barangan komputer dan sebagainya, yang tidak lagi diperlukan kepada orang lain. Biasanya barang-barang ini masih baru dan boleh digunakan. Setakat ini, aku telah mendapat TV dan printer free. Thanks. Bukan setakat itu, kita jugak boleh request barang apa yang kita nak. Kan bagus kalau kita ada budaya ini di Malaysia. Kekadang sampai rosak pun, kita still simpan kan... kan.
- Dapat membeli barangan secara murah di carboot. Satu lagi budaya orang di sini, kebiasanya setiap Ahad, depa ada buat jualan murah barang-barang second hand. Sebut saja apa nak, semua boleh dapat dengan harga yang terlalu (kali 10) murah. Contohnya, monitor komputer 17" aku pernah dapat dengan harga 40pence, masih OK dan boleh digunakan. Tetapi kena la pandai memilih. Nanti kena pulak barang yang rosak dan ditipu. Hampir semua Melayu di UK tahu mengenai carboot (maybe ada yang menjaga standard dengan tidak membeli barang second hand ni), dan sememangnya ianya menjadi aktiviti hujung minggu sekeluarga dan kekawan.
Tak bagusnya bila:
- Masa buat kerja boleh kentut-kentut.. Apa ke hal? Pernah satu ketika, depa datang pasang broadband dan TV kat rumah aku, boleh ke patut kentut-kentut depan customers. Dalam rumah lak tu. Bukannya sekali. Jika sekali, boleh la kita agak terlepas la tu. Kurang asam betul... Rasanya tak semua orang depa macam ni...
- Suka jaga tepi kain orang. Ada jugak ke macam ni? Ingatkan orang-orang kita je... Jawapannya ada. Lebih-lebih lagi jika berjiran dengan orang-orang tua. Malas nak cerita lebih-lebih. Ada sorang kawan melayu tu, jiran dia siap datang rumah suruh tukar langsir lain pasal katanya langsir ni dah bertahun guna yang sama!! Apa ke hal ni?
- Kita bercakap diaorang tak faham, tapi diaorang bercakap kita boleh faham. Asyik suruh kita repeat, "say it again" je. Maknanya english kita lagi bagus la tu :p Agaknya listening part depa kurang bagus ni!
- Bawak anjing masa pi pasar minggu or carboot. Ada ke patut nak bawak anjing ke tempat-tempat awam. Risau betul aku bila berjalan semasa nak tengok barang-barang kat pasar minggu atau carboot. Dah la kita kena samak jika kena air liur anjing tu. Pastu anjing-anjing tu pulak, anjing bulldog, muka garang-garang. Sanggup aku "lari" ikut jalan lain if tetiba terserempak dengan anjing-anjing ni. Pernah satu ketika, semasa tengah khusyuk cari barang kat carboot, tetiba ada anjing kat belakang. Terus hilang idea nak cari barang apa.
Wassalam.
Rabu, 2 Januari 2008
Cuti.... cuti... cuti.... di UK
OK, berbalik kepada topik, cuti UK ni kalau ikutkan kalender yang diberi untuk tahun 2008 ni adalah seperti berikut:
- Cuti Krismas (paling panjang) - start 24 Dec 2007 sehinggalah 1 January 2008. Dah habis dah ni.
- Cuti Easter (apa benda ni? Check sini) - dalam 5 hari gak, bermula 21 - 25 Mac 2008.
- Bank Holidays (bank pun nak cuti ke? Public holiday lak tu, check sini) - dalam setahun ada beberapa kali, 5 May, 26 May, 25 & 26 Ogos 2008. Kalau korang perasan, kebanyakan cuti ni adlah pada hari Isnin sahaja, kenapa ya? Unik ke? Fikir-fikirkan....









