Sedar tak sedar, rupanya aku sudah lebih daripada 6 bulan berada bersendirian di perantauan. Makin rindu dengan keluarga di Malaysia... insyaAllah tak lama lagi aku balik. Tunggu papa ye, Aisyah dan Imran.





Rabu, 21 Mei 2008
Insan dirindui
Jumaat, 9 Mei 2008
Akhirnya.... alhamdulillah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, akhirnya elaun yang ditunggu-tunggu sudah masuk...
Aku sendiri tidak menyangka yang masalah ini akan diselesaikan dalam tempoh ini pasal masa aku check kat sistem penyata KPT tu, tiada apa-apa lagi mengenai akaun aku, jadi aku pun tak check online banking untuk bank aku di sini.
Sedar sedar, sampai satu surat daripada bank di sini sesudah aku menghantar pertanyaan kepada KPT seperti dalam entry sebelum ini. Surat ini diposkan semalam dan terus sampai hari ini... super first class punya pos kot. Dalam surat tu ada diberikan details mengenai kemasukan elaun ini. Maknanya elaun aku ni dah masuk semalam lagi rupanya. Alhamdulillah... aku betul-betul bersyukur kepada Allah.
Sebelum ini aku asyik memikirkan pasal duit... duit... duit....makan macam mana.... sampailah aku sendiri tak bersemangat nak melakukan kerja lain... Kini, elaun bukan lagi menjadi masalah buat aku. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang begitu prihatin dalam membantu aku menghadapi krisis ini, terutamanya Hani, Mie, Ju dan Kak Long, Kak Chik (yang selalu risaukan keadaan aku di sini), Najib (sahabat baik aku di Mekatronik-jasa baik hang pasti aku tidak akan lupa sampai bila-bila.... hang la penyelamat aku pada hari gelap tu.... jom lawan bola lagi), Wan Hazli (yang selalu menanya khabar aku dan sanggup meminjamkan duit anytime), Safuan (yang selalu offer pinjaman untuk aku), Kak Siti dan Bro Sarajul (yang menanya khabar dan offer pinjaman), Azam (Glasgow), Rizal, Kak Zanah/Abg Aede dan rakan-rakan lain yang tidak tersebut namanya di sini.... Ramai lagi rasanya...
Jutaan terima kasih juga kepada pihak KPT terutamanya Puan Da*i*a* dan BS-KPSU yang cepat membuat pembetulan setelah dimaklumkan mengenai masalah ini. Walaupun pada awalnya aku kecewa kerana tidak mengetahui tarikh sebenar akan dapat elaun ini tetapi sekurang-kurangnya hal ini mengajar aku supaya selalu berjimat, menyimpan dan membuat back-up jika hal begini berulang lagi. InsyaAllah berkat doa daripada semua, aku berjaya melalui masalah ini dengan jayanya...
Orite (perkataan yang selalu digunakan oleh salah seorang kawan karib aku di sini... siapa ye?), aku perlu siapkan monthly report lak ni. Esok tengahari kena submit pasal next week (Friday, 16th May 2008) ada meeting dengan supervisors. Doakan aku untuk dapat melalui semua ini juga dengan jayanya.... Terima kasih geng.....
Wassalam.
Khamis, 8 Mei 2008
KPT lagi...
Dalam tempoh ini blog aku dipenuhi dengan rintihan, aduan dan pertanyaan untuk KPT.... Aku tiada mood untuk menulis sesuatu yang lain selagi masalah aku ini tidak diselesaikan dengan 'secepat mungkin' oleh KPT. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di sini pada waktu ini, antaranya Wak dah balik Malaysia, Eddy (Ibrahim) pun sama mengikut jejak Wak, Abg Azhar tiba semula di Lboro, Majlis BBQ dan sebagainya.
Ini pertanyaan terbaru untuk KPT yang aku masukkan dalam sistem aduan dan pertanyaan diaorang.
Assalamualaikum Tuan,
Terima kasih di atas jawapan kepada masalah saya sebelum ini. Walaubagaimanapun, saya perlu mengetahui tempoh sebenar yang diambil oleh KPT khususnya Bahagian Kewangan, Akauntan Negara dan agen bank untuk menyelesaikan masalah elaun yang tidak dapat dimasukkan mengikut jadual yang ditetapkan? Sila spesifikkan jangka masa yang diambil untuk membolehkan saya membajet. Untuk pengetahuan Tuan, masalah ini telah saya maklumkan kepada KPT daripada 24 hb April lagi. Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai.
Terima kasih.
Selasa, 6 Mei 2008
Reply from KPT...
Jawapan ini aku terima daripada KPT melalui sistem aduan mereka.
At least mereka mengakui kesilapan mereka tetapi masa yang diperlukan tidak dispesifikkan berapa lama.... Susah jugak hendak budget kalau macam ni....
Salam, Saudara, Saya dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan dan pembetulan telah dilakukan dalam sistem pembayaran kami. Berkaitan dengan elaun tersebut kami sedang usahakan untuk mempercepatkan pembayaran dan oleh kerana melibatkan banyak pihak kami seperti Bahgaian Kewangan KPT, Akauntan Negara dan agen bank, kami memerlukan sedikit masa sebelum dapat dikreditkan ke akaun pelajar. Sekian. Selamat maju Jaya
Officer: Bs-KPSU
Sabtu, 3 Mei 2008
Aduan kepada KPT - 'Kesilapan kecil KPT memberikan masalah besar kepada pelajar'
Aduan ini aku telah hantar kepada KPT (dan juga MSD sebenarnya) untuk tindakan seterusnya... tunggu apa tindakan diaorg (kalau ada la)
Assalamualaikum w.b.t.,
Saya adalah pelajar PhD tajaan KPT di bawah program SLAI UTM dan baru memulakan pengajian pada bulan Disember 2007 di Loughborough University, UK. Saya mempunyai masalah berkenaan elaun bulan 5, 6 dan 7 yang sepatutnya sudah diperolehi pada 29 hb yang lepas.
Pada awalnya, KPT meletakkan status 'spouse' kepada saya menyebabkan tiada elaun sara hidup untuk saya sedangkan isteri saya masih belum memulakan pengajiannya. Jika isteri saya sudah memulakan pengajiannya, maka saya akan mendapat elaun keluarga dari UTM. Masalahnya, isteri saya belum pun mendapat offer dari universiti di UK dan kini masih berada di Malaysia, membuat persediaan untuk melanjutkan pengajiannya. Hanya saya seorang sahaja yang sudah memulakan pengajian di UK pada waktu ini.
Kesilapan kecil KPT meletakkan status program saya kepada 'Spouse' memang betul-betul menyusahkan saya sedangkan sebelum saya mendaftar PhD, UTM meletakkan saya di bawah program SLAI. Sekiranya saya terus mendiamkan diri, alamatnya saya tidak akan memperolehi elaun sara hidup untuk selamanya.
Saya sudah menghubungi pegawai KPT untuk menyelesaikan masalah ini dan menurut beliau, elaun saya akan masuk lambat dalam 3-4 minggu lagi sekiranya tiada masalah lain. Saya sendiri tidak faham mengapa perkara ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, menyebabkan saya menghadapi tekanan emosi dan kewangan yang teruk.
Kini, saya menghadapi masalah kewangan untuk membayar sewa rumah dan menyara hidup kerana segala perbelanjaan/budget sudah lari dari apa yang dirancangkan.
Saya mengharapkan pihak yang berkenaan dapat menyegerakan kemasukan elaun bulan 5, 6 dan 7 saya. Tanpa elaun-elaun ini, tuan-tuan akan tahu betapa peritnya hidup di perantauan.
Terima kasih.
Selasa, 29 April 2008
Perkembangan setakat ini...
Terima kasih kepada keluarga dan kekawan yang memberi semangat, nasihat dan ada juga yang bermurah hati ingin membantu.... Terima kasih kepada Kak Long, Ju, Najib (Lboro), Wan Hazli (Notts), Safuan (Sheffield), Kak Zanah/Abg Aede (Lboro) dan rakan-rakan lain yang sudi membantu... Sahabat-sahabat begini la yang kita cari, geng... Syabas kepada semua... Bukan hanya kawan semasa senang sahaja... Jangan risau ye kekawan, insyaAllah masalah ini akan selesai tak lama lagi... Tapi aku tetap lagi dengan prinsip aku, walau macam mana keadaan sekalipun, ikhtiar dulu dan jangan sesekali meminjam duit orang lain...
Perkembangan setakat ini, aku telah menelefon pegawai yang in-charge UTM di KPT... dia pun tidak perasan pasal 'spouse' tu... tak pasti sapa yang buat silap, dia or bendahari KPT... kalau status 'spouse', maknanya elaun keluarga je dapat dari university... aku check semula dan KPT dah tukar status program aku kepada SLAI sekarang ni cuma tidak tahu bila elaun akan masuk... Yang pasti, hari ni 29 hb, mmg takde lagi... Katanya elaun akan lambat dalam 3-4 minggu... awat lama benar pulak?
Aku cuba tanya juga jika ada cara lain yang boleh mempercepatkan kemasukan elaun... mungkin memasukkan elaun ke dalam akaun bank di Malaysia... katanya boleh cuma aku perlu pulak memberikan salinan muka hadapan buku bank... leceh jugak bunyinya.... Elaun pulak akan masuk dalam 2 minggu jugak... Hemmmm... macam lebih kurang je bunyinya... duit mungkin akan hilang sedikit semasa convert dari GB ke RM dan lepas tu akan hilang lagi semasa aku draw di sini... biasanya RM12 sekali draw bagi Maybank... hilang lagi... Rasanya baik biar je masuk dalam akaun bank di UK... sabar je dulu... if lebih 3 minggu tak masuk-masuk lagi, terpaksa la aku usaha cara lain dan kemungkinan aku perlu call pegawai atasan untuk menyelesaikan masalah ini... Kena guna kabel fiber optik la pulak kot... biar pantas dan cepat...
Buat masa ini, aku sudah settle kan pasal road tax kereta (£101.75) dan aku masih memikirkan cara untuk membayar sewa rumah pada 1 May ini... korek sana, korek sini... cukup ke? Hemmmm....
Anyway, terima kasih kepada yang sudi mengambil berat di atas masalah yang tidak seberapa ini... tapi begitu men'tension'kan aku untuk seketika...
Wassalam...
Jumaat, 25 April 2008
KPT oh KPT...
Assalamualaikum w.b.t....
Hari ni aku agak kecewa dengan KPT kerana disebabkan sebab yang tidak logik, elaun bulan 5, 6 dan 7 aku kemungkinan besar akan lambat masuk dalam 2-3 minggu lagi.... Mengikut jadual, elaun bulan 5, 6 dan 7 akan masuk pada 29 haribulan April ni... Selasa ni... berdasarkan kepada jadual tu maka memang sesuai sangat dengan tarikh untuk aku membayar sewa rumah dan road tax kereta yang baru... Sewa rumah, aku perlu bayar pada 1 haribulan dan roadtax pulak tamat 30 haribulan ni...
Tapi panas yang diharapkan sampai ke petang, tetiba ada ribut petir pada tengaharinya... Sekiranya aku tidak menelefon KPT pada pagi tadi (lebih kurang pukul 3 ptg waktu Malaysia), maka tiada lagi elaun untuk aku untuk bulan 5, 6 dan 7.... Apa ke hal ni, KPT? Buat aku tension pulak.....
Halnya begini.... KPT menganggap aku adalah spouse program UTM, di mana salah seorang daripada suami isteri akan menerima elaun sara hidup sekiranya dua-dua belajar sedangkan isteri aku belum lagi memulakan PhDnya... Untuk kes ini, aku yang tidak menerima elaun sara hidup. Kalau wife aku dah start PhD kira OK la jugak, pasal aku yang akan menerima elaun keluarga... tetapi ni aku seorang je yang dah start belajar... isteri aku masih dalam proses membuat persediaan untuk melanjutkan pelajarannya... Hari ni pun isteri aku ada kursus BTN di Ulu Sepri selama 5 hari. Macam mana KPT nak masukkan elaun kepada wife aku sedangkan dia pun belum daftar lagi. Memang mengarut!!!
Bermacam dugaan yang menimpa ketika berada di luar negara, yang diduga dan tidak diduga. Masalahnya sekarang, macam mana aku ingin membayar sewa rumah, road tax kereta dan survive selama 2-3 minggu ini? Yang pastinya aku terpaksa mengorek duit dari Malaysia (sekiranya ada dan cukup untuk membayar sewa), mencatu makanan dan berjalan kaki selepas 30 haribulan ni.
Kepada penerima biasiswa SLAB dan SLAI, sila check akaun anda di sini. Semoga masalah ini tidak berlaku kepada orang lain.
Wassalam.
Selasa, 8 April 2008
Spring and Snow....
6 April 2008 (Ahad) - Suatu yang agak mengejutkan kerana dalam musim bunga, salji turun dengan lebatnya di hampir seluruh kawasan di UK. Itulah kekuasaanMu, Ya Allah. Keadaan cuaca hampir tidak menentu sekarang ini.
Syukur alhamdulillah, aku berpeluang menikmati keindahan ciptaanMu ini tetapi tidak begitu menyeronokkan kerana tiadanya isteri dan anak-anak bersama. Alangkah bestnya jika ada Ibu, Aisyah dan Imran bersama. Tidaklah sedih melihat keluarga lain begitu teruja, seronok dan gembira bergambar dan bermain salji bersama-sama. Hem....
(Klik pada gambar untuk besarkan)
Rabu, 2 April 2008
Pictures have a thousand words....
Setelah rasa sukar nak menulis semula setelah rehat yang lama dan badan pun kurang sihat dengan batuk dan demamnya, harap gambar-gambar ini akan menjelaskan semua peristiwa sebelum dan semasa.... takde apa yang menariknya hidup di UK ni selagi isteri dan anak-anak tiada di sini.... rindu ibu dan anak-anak... (KLIK pada gambar untuk Zoom)...
Mercu tanda Lboro... patung duduk sambil kaki sebelah kebas...
Aktiviti hari Ahad...
TNC(P) UTM dtg Lboro...
Proton dipandu di UK... hem..
Abg Aede dan rakan-rakan di Birmingham...
Abg Zaid tgh prepare nak present...
Harga minyak makin-makin naik...
'Kastam' tengah buat pemeriksaan...
Holywell Park...
Bukti 'mee kari special' pagi-pagi my officemate (nama dirahsiakan)... hihi
Kereta apa ni?
Spring dah tiba?
Kenangan bersama abg Azhar sekeluarga di UK...
Tok Penghulu jadi presenter ni...
Matahari hampir terbenam...
Dah terbenam pun... dari tingkap bilik rumah lama...
Warga MML bergotong-royong...
Barang-barang kontena abg Azhar...
Orang kuat di sebalik tabir...
Bukan muka yang difokus, tapi kereta tu sebenarnya...
Pakar susun barang yang jugak dah nak balik...
No kunci abg Azhar...
Safuan datang ke Lboro...
Apa ada pada logo?
Seumur hidup, first time bawak lori...
First time gak bawak Merc... boleh tahan...
Le tour de Lboro...
Lakha mana punya ni?
Keretapi lama...
Benda yang susah nak dilihat di UK, bawak KAPCAI siap pakai suit tu...
Angkat barang di rumah pakar susun barang...
Tu dia... masuk-masuk selagi boleh muat...
Lebih dari sebuah rumah ni...
Tersesat ke Sileby...
Nak duduk pun susah, ada orang kacau dengan bola tu...
