Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Sabtu, 7 Mac 2009

Menonton siaran bola di UK (edited)

Diedit dan diulang tayang kerana banyak permintaan.

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia,

Di sini aku ingin berkongsi maklumat berkenaan cara-cara nak menonton siaran bola pasukan kegemaran anda LIVE secara FREE di internet. Memang tidak dinafikan di UK ni bukan macam Malaysia, kita boleh pi kedai-kedai mamak menonton siaran bola, tak pun melanggan ASTRO dengan memilih siaran sport, boleh la menonton sepuas-puasnya.

Walaupun di UK ni tempat asalnya siaran-siaran ni, tapi masalahnya tidak ditayangkan secara percuma. Yang ada cuma LIVE coverage untuk results je, dalam BBC Sport News biasanya. Kena langgan Sky Sport ke, Setanta ke, dan bermacam-macam lagi baru la dapat tengok geng. Dah la mahal, nak pi tengok kat stadium lagi la tak berbaloi. Kempunan la korang nak tonton secara LIVE kalau tak tahu cara-caranya.

Ok, geng... dengan adanya broadband, bukan setakat di UK dan Malaysia korang boleh cuba cara aku ni, tapi di mana-mana sahaja korang pergi, insyaAllah korang boleh menonton gak secara LIVE game-game team favourite. Ikut langkah-langkah di bawah ni (senang je sebenarnya, cuma kena tahu caranya je):

  1. Korang masuk website ni - http://livetv.ru/en/ or http://www.rojadirecta.com/
  2. Dalam website ni, disenaraikan game-game (bola dan lain2) yang ditayangkan secara LIVE di mana-mana di dunia ni. Pilih je game yang korang nak tengok. Korang kena la tau masa siaran tu ditayangkan secara LIVE. Kalau tak, takde siaran ulangan geng.
  3. Lepas korang pilih ni, nanti disenaraikan di mana nak streaming video tu. Biasanya ada 2-3 streaming video yang korang boleh pilih. Aku biasanya pilih siaran yang guna software Sopcast. Ada gak streaming yang menggunakan flash player je, so korang tak perlu install pape lagi. Lagi bagus kan.
  4. If korang hendak menonton menggunakan Sopcast, aku terlupa nak inform awal-awal, korang kena download software Sopcast ni kat sini http://download.sopcast.cn/download/SopCast.zip. Lepas unzip, korang install je dulu.
  5. Lepas tu, korang start software ni macam biasa. Di sini, korang tak payah register pun, just guna login anonymous je kat situ pun boleh.
  6. Dah masuk software ni, ikut cara yang aku buat ni. Korang masuk balik dalam website http://livetv.ru/en/ di mana korang dah pilih siaran yang nak tengok tu. Kat sini, korang cari siaran yang menggunakan software Sopcast, then korang copy link locationnya.
  7. Pastu korang Paste kan kat software Sopcast tu addressnya.
  8. Lepas tu, korang tekan Enter atau simbol Play tu, insyaAllah lepas tu siaran bola or game2 lain akan ditayangkan secara LIVE di dalam komputer korang. FREE lagi, cuma bayar broadband la. Memang la ada sikit buffer dan beza minit dengan LIVE dalam TV, tapi layan je, yang penting boleh tengok kan.
  9. Selamat mencuba.
Wassalam...

3 ulasan:

  1. Salam.. hehe..aku pun guna sopcast gak tgk bola free... nak tanya..kau penah jumpa tak website apa2 yang boleh tgk tv3 kat Malaysia free?yg berbayar ada la...

    ni aku add link untuk tgk latest movie free.enjoy your holiday and happy new year
    http://fomdb.com

    BalasPadam
  2. kalau nk tgk drama or berita buleh click kt www.tv3.com.my bhgian show

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin