Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.

Rabu, 17 Mac 2010

PhD

----------------------------
PhD oh PhD

Ramai orang ingat buat PhD tu hanya Pandai habiskan Duit kerajaan,
begitulah kuatnya Perasaan hasad Dengki,
sedangkan sebenarnya adalah Pengurus harta Dunia,
tidak pun sebagai Pelajar harapan Dunia,
kerana bukan senang Pengajian habis Darjah ni.

Untuk menjadi Pelajar haruslah Disiplin,
kerana Pelajaran harus Didahulukan,
jadinya Perhatian harus Diberikan,
dan yang Penting harus Diutamakan.

Setidak-tidaknya, ianya menjadi Pengalaman hadapi Dugaan,
kerana PhD itulah Pekerjaan hasil Diri,
bukannya Penyelia hadiahkan Degree,
dan yang perlu kita tahu, Peluang hanya Datang sekali.

Note: 13 maksud lain PhD

Khamis, 11 Mac 2010

Pindah lagi!

----------------------------------
Aku pindah rumah lagi. Hmmm... kiranya dah kali ke-empat untuk aku dan kali ke-tiga untuk keluarga aku.

First rumah aku ketika mula-mula datang ke UK pada Disember 2007 adalah di 3 Newbon Close, LE11 4WJ, Loughborough. Rumah 2 tingkat, 2 bilik tetapi begitu kecil untuk family. Ruang tamu dan dapur dibahagi dua. Garden pun dikongsi dengan rumah lain. Ketika ini, aku tinggal bersama seorang lagi rakan yang datang tanpa family. Sewa adalah £450, agak mahal kerana rumah ini dikendalikan oleh agen dan berhampiran universiti. Tetapi, untuk ke ofis, aku mengambil masa lebih kurang 30 minit juga kerana ketika ini, aku tidak mempunyai kenderaan dan hanya berjalan kaki.

Rumah kedua untuk aku dan rumah pertama untuk family aku adalah di 6 Buckingham Drive, LE11 4TE, Loughborough. Mula pindah pada Feb/Mac 2008. Rumah semi-D, 2 tingkat, 3 bilik, bergaraj (tetapi takleh guna), garden agak besar (tetapi tak guna sangat pun) dan sewa boleh tahan mahalnya, mulanya £475, then naik jadi £500, sebulan sebelum kami pindah. Rumah ni agak selesa tetapi dapur kecik. Jiran-jiran pun agak 'peramah' pasal kawasan orang-orang tua.

Selepas itu kami berpindah ke Nottingham pada Oktober 2008. Jadi, rumah ketiga untuk aku dan rumah kedua untuk family aku adalah di 44 Hartley Road, NG73AD, Nottingham. Rumah 3 tingkat (sebenarnya 4 tingkat pasal ada satu lagi tingkat bawah tanah... huhu), tiga bilik tetapi betul-betul tepi jalan besar. Bukak je pintu rumah, terus keluar jalan besar. Tu yang rasanya bahaya bagi anak-anak. Depan rumah ada 'bar' lagi. Tetapi, nasib baik bar orang-orang tua, jadi takde la bising sangat. Tetapi, rumah ni sewanya boleh dikatakan murah berbanding rumah di Loughborough, hanya £325 dan dapurnya agak besar, sesuai untuk my wife yang suka berada di dapur.. hehe. Tuan rumahnya memang la baik dan sangat percayakan Malaysian, sehinggakan sewa rumah untuk bulan last, kami just bayar dengan deposit dan kunci pun tuan rumah suruh masukkan dalam letter box selepas kami pindah.

Finally and hopefully the last one, rumah keempat bagi aku dan rumah ketiga bagi family aku adalah di Wollaton, Nottingham. Baru je berpindah pada 10 Februari 2010. Rumah semi-D, setingkat, dua bilik, garden yang agak besar dan boleh parking sehingga tiga hingga empat buah kereta di kawasan berpagar di hadapan rumah. Ideal untuk anak-anak bermain di luar rumah. Sewanya adalah berpatutan dengan keadaan rumah kerana agak susah untuk mencari rumah yang mempunyai laman, private parking dan dekat dengan ofis my wife. Walaupun asalnya sewa lebih mahal tetapi alhamdulillah, selepas dirunding, ianya dikurangkan kepada £440, kadar yang lebih murah jika dibandingkan dengan rumah kami sebelum ini di Loughborough.

Tidak dinafikan, pindah rumah adalah suatu kerja yang paling memenatkan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Packing barang-barang, angkat barang-barang, bersih rumah lama, kemas balik barang-barang, pindah akaun utilities dan sebagainya. Letih, penat dan melecehkan, dua tiga minggu baru hilang/settle. Harapnya aku dan family tidak akan berpindah lagi. Untuk kali ini sahaja, lebih daripada 15 trips dalam masa 5 hari diperlukan untuk mengangkat 'barang-barang' kami dengan bantuan Dekpis, adik ipar aku yang datang 'bercuti' selepas SPM. Itu pun aku menggunakan kereta 'besar'. Nasib baik jugak ada Dekpis, jika tidak rasanya maybe lebih daripada 5 hari diperlukan, seperti waktu berpindah daripada Loughborough ke Nottingham dahulu, rasanya dekat sebulan baru settle barang-barang, dengan hanya kudrat aku dan wife. Penat pun rasanya sebulan selepas itu baru hilang.

Blog Widget by LinkWithin