Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback
Memaparkan catatan dengan label Lucu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lucu. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Januari 2008

Koleksi kisah lucu - thanks familiazam.com

Untuk kekawan dan mereka yang tengah kepeningan memerah otak untuk PhD dan belajar, sedikit kisah untuk dikongsi bersama...

  1. Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
    "Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
    "Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul
    Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
    Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
    "Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
    "Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
    Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.
  2. Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.
    Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.
    Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......
  3. Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
    Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
    Ita: Ya, saya percaya.
    Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
    Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...
  4. Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
    Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"
  5. Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
    Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
    "Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
    Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
    "Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.
    Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
    "Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.
    Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
    Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.
  6. Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
    "Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
    Pelayan itu tercenggang.
    Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
    "Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
  7. Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
    Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
    Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
    Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja?
    Dol: Tiga bulan lagi, bos!
Back to work, guys!!

Jumaat, 11 Januari 2008

Kisah Udin

Kepada kekawan yang tengah tension buat PhD tu, di sini aku nak berkongsi sedikit cerita lucu agaknya, jangan makin tension dah la...

Terlupa Makan
Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????

Nenek Udin
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.
Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

Masalah Pendengaran
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
Doktor: Seberapa burukkah pendengarannya?"
Udin: Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.
Doktor: Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak.
Udin: Makan apa kita malam ini?
Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
Udin: Makan apa kita malam ini? (separuh menjerit)
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
Isteri: Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!
Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Terima kasih kepada kekawan yang berkongsi cerita ini dengan aku.

Blog Widget by LinkWithin