Adakah Pekeliling ini kena mengena dengan kami yang dua-dua belajar di mana if seorang dah habis, tak dibenarkan menunggu pasangan? Jadi, apa nasib anak-anak kami? Di mana kebajikan kami?
Or ianya lebih kepada pelajar-pelajar undergraduate jurusan perubatan, pergigian dan farmasi?
Harapnya kepada sesiapa yang berkenaan, boleh memberikan jawapan. Terima kasih.
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2010/02/pp22010%282%29.pdf
Jumaat, 5 Februari 2010
Pekeliling JPA 2/2010
Isnin, 5 Januari 2009
KPT allowance (living expenses) for 2009
|
MONTH | DATE |
JANUARY 2009 | 29 Jan 09 (Thursday) |
APRIL 2009 | 28 April 09 (Tuesday) |
JULY 2009 | 29 July 09 (Wednesday) |
OCTOBER 2009 | 28 Oct 09 (Wednesday) |
Do budget appropriately, guys!
Jumaat, 9 Mei 2008
Akhirnya.... alhamdulillah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, akhirnya elaun yang ditunggu-tunggu sudah masuk...
Aku sendiri tidak menyangka yang masalah ini akan diselesaikan dalam tempoh ini pasal masa aku check kat sistem penyata KPT tu, tiada apa-apa lagi mengenai akaun aku, jadi aku pun tak check online banking untuk bank aku di sini.
Sedar sedar, sampai satu surat daripada bank di sini sesudah aku menghantar pertanyaan kepada KPT seperti dalam entry sebelum ini. Surat ini diposkan semalam dan terus sampai hari ini... super first class punya pos kot. Dalam surat tu ada diberikan details mengenai kemasukan elaun ini. Maknanya elaun aku ni dah masuk semalam lagi rupanya. Alhamdulillah... aku betul-betul bersyukur kepada Allah.
Sebelum ini aku asyik memikirkan pasal duit... duit... duit....makan macam mana.... sampailah aku sendiri tak bersemangat nak melakukan kerja lain... Kini, elaun bukan lagi menjadi masalah buat aku. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang begitu prihatin dalam membantu aku menghadapi krisis ini, terutamanya Hani, Mie, Ju dan Kak Long, Kak Chik (yang selalu risaukan keadaan aku di sini), Najib (sahabat baik aku di Mekatronik-jasa baik hang pasti aku tidak akan lupa sampai bila-bila.... hang la penyelamat aku pada hari gelap tu.... jom lawan bola lagi), Wan Hazli (yang selalu menanya khabar aku dan sanggup meminjamkan duit anytime), Safuan (yang selalu offer pinjaman untuk aku), Kak Siti dan Bro Sarajul (yang menanya khabar dan offer pinjaman), Azam (Glasgow), Rizal, Kak Zanah/Abg Aede dan rakan-rakan lain yang tidak tersebut namanya di sini.... Ramai lagi rasanya...
Jutaan terima kasih juga kepada pihak KPT terutamanya Puan Da*i*a* dan BS-KPSU yang cepat membuat pembetulan setelah dimaklumkan mengenai masalah ini. Walaupun pada awalnya aku kecewa kerana tidak mengetahui tarikh sebenar akan dapat elaun ini tetapi sekurang-kurangnya hal ini mengajar aku supaya selalu berjimat, menyimpan dan membuat back-up jika hal begini berulang lagi. InsyaAllah berkat doa daripada semua, aku berjaya melalui masalah ini dengan jayanya...
Orite (perkataan yang selalu digunakan oleh salah seorang kawan karib aku di sini... siapa ye?), aku perlu siapkan monthly report lak ni. Esok tengahari kena submit pasal next week (Friday, 16th May 2008) ada meeting dengan supervisors. Doakan aku untuk dapat melalui semua ini juga dengan jayanya.... Terima kasih geng.....
Wassalam.
Khamis, 8 Mei 2008
KPT lagi...
Dalam tempoh ini blog aku dipenuhi dengan rintihan, aduan dan pertanyaan untuk KPT.... Aku tiada mood untuk menulis sesuatu yang lain selagi masalah aku ini tidak diselesaikan dengan 'secepat mungkin' oleh KPT. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di sini pada waktu ini, antaranya Wak dah balik Malaysia, Eddy (Ibrahim) pun sama mengikut jejak Wak, Abg Azhar tiba semula di Lboro, Majlis BBQ dan sebagainya.
Ini pertanyaan terbaru untuk KPT yang aku masukkan dalam sistem aduan dan pertanyaan diaorang.
Assalamualaikum Tuan,
Terima kasih di atas jawapan kepada masalah saya sebelum ini. Walaubagaimanapun, saya perlu mengetahui tempoh sebenar yang diambil oleh KPT khususnya Bahagian Kewangan, Akauntan Negara dan agen bank untuk menyelesaikan masalah elaun yang tidak dapat dimasukkan mengikut jadual yang ditetapkan? Sila spesifikkan jangka masa yang diambil untuk membolehkan saya membajet. Untuk pengetahuan Tuan, masalah ini telah saya maklumkan kepada KPT daripada 24 hb April lagi. Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai.
Terima kasih.
Selasa, 6 Mei 2008
Reply from KPT...
Jawapan ini aku terima daripada KPT melalui sistem aduan mereka.
At least mereka mengakui kesilapan mereka tetapi masa yang diperlukan tidak dispesifikkan berapa lama.... Susah jugak hendak budget kalau macam ni....
Salam, Saudara, Saya dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan dan pembetulan telah dilakukan dalam sistem pembayaran kami. Berkaitan dengan elaun tersebut kami sedang usahakan untuk mempercepatkan pembayaran dan oleh kerana melibatkan banyak pihak kami seperti Bahgaian Kewangan KPT, Akauntan Negara dan agen bank, kami memerlukan sedikit masa sebelum dapat dikreditkan ke akaun pelajar. Sekian. Selamat maju Jaya
Officer: Bs-KPSU
Sabtu, 3 Mei 2008
Aduan kepada KPT - 'Kesilapan kecil KPT memberikan masalah besar kepada pelajar'
Aduan ini aku telah hantar kepada KPT (dan juga MSD sebenarnya) untuk tindakan seterusnya... tunggu apa tindakan diaorg (kalau ada la)
Assalamualaikum w.b.t.,
Saya adalah pelajar PhD tajaan KPT di bawah program SLAI UTM dan baru memulakan pengajian pada bulan Disember 2007 di Loughborough University, UK. Saya mempunyai masalah berkenaan elaun bulan 5, 6 dan 7 yang sepatutnya sudah diperolehi pada 29 hb yang lepas.
Pada awalnya, KPT meletakkan status 'spouse' kepada saya menyebabkan tiada elaun sara hidup untuk saya sedangkan isteri saya masih belum memulakan pengajiannya. Jika isteri saya sudah memulakan pengajiannya, maka saya akan mendapat elaun keluarga dari UTM. Masalahnya, isteri saya belum pun mendapat offer dari universiti di UK dan kini masih berada di Malaysia, membuat persediaan untuk melanjutkan pengajiannya. Hanya saya seorang sahaja yang sudah memulakan pengajian di UK pada waktu ini.
Kesilapan kecil KPT meletakkan status program saya kepada 'Spouse' memang betul-betul menyusahkan saya sedangkan sebelum saya mendaftar PhD, UTM meletakkan saya di bawah program SLAI. Sekiranya saya terus mendiamkan diri, alamatnya saya tidak akan memperolehi elaun sara hidup untuk selamanya.
Saya sudah menghubungi pegawai KPT untuk menyelesaikan masalah ini dan menurut beliau, elaun saya akan masuk lambat dalam 3-4 minggu lagi sekiranya tiada masalah lain. Saya sendiri tidak faham mengapa perkara ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, menyebabkan saya menghadapi tekanan emosi dan kewangan yang teruk.
Kini, saya menghadapi masalah kewangan untuk membayar sewa rumah dan menyara hidup kerana segala perbelanjaan/budget sudah lari dari apa yang dirancangkan.
Saya mengharapkan pihak yang berkenaan dapat menyegerakan kemasukan elaun bulan 5, 6 dan 7 saya. Tanpa elaun-elaun ini, tuan-tuan akan tahu betapa peritnya hidup di perantauan.
Terima kasih.
Jumaat, 25 April 2008
KPT oh KPT...
Assalamualaikum w.b.t....
Hari ni aku agak kecewa dengan KPT kerana disebabkan sebab yang tidak logik, elaun bulan 5, 6 dan 7 aku kemungkinan besar akan lambat masuk dalam 2-3 minggu lagi.... Mengikut jadual, elaun bulan 5, 6 dan 7 akan masuk pada 29 haribulan April ni... Selasa ni... berdasarkan kepada jadual tu maka memang sesuai sangat dengan tarikh untuk aku membayar sewa rumah dan road tax kereta yang baru... Sewa rumah, aku perlu bayar pada 1 haribulan dan roadtax pulak tamat 30 haribulan ni...
Tapi panas yang diharapkan sampai ke petang, tetiba ada ribut petir pada tengaharinya... Sekiranya aku tidak menelefon KPT pada pagi tadi (lebih kurang pukul 3 ptg waktu Malaysia), maka tiada lagi elaun untuk aku untuk bulan 5, 6 dan 7.... Apa ke hal ni, KPT? Buat aku tension pulak.....
Halnya begini.... KPT menganggap aku adalah spouse program UTM, di mana salah seorang daripada suami isteri akan menerima elaun sara hidup sekiranya dua-dua belajar sedangkan isteri aku belum lagi memulakan PhDnya... Untuk kes ini, aku yang tidak menerima elaun sara hidup. Kalau wife aku dah start PhD kira OK la jugak, pasal aku yang akan menerima elaun keluarga... tetapi ni aku seorang je yang dah start belajar... isteri aku masih dalam proses membuat persediaan untuk melanjutkan pelajarannya... Hari ni pun isteri aku ada kursus BTN di Ulu Sepri selama 5 hari. Macam mana KPT nak masukkan elaun kepada wife aku sedangkan dia pun belum daftar lagi. Memang mengarut!!!
Bermacam dugaan yang menimpa ketika berada di luar negara, yang diduga dan tidak diduga. Masalahnya sekarang, macam mana aku ingin membayar sewa rumah, road tax kereta dan survive selama 2-3 minggu ini? Yang pastinya aku terpaksa mengorek duit dari Malaysia (sekiranya ada dan cukup untuk membayar sewa), mencatu makanan dan berjalan kaki selepas 30 haribulan ni.
Kepada penerima biasiswa SLAB dan SLAI, sila check akaun anda di sini. Semoga masalah ini tidak berlaku kepada orang lain.
Wassalam.