Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback
Memaparkan catatan dengan label aduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aduan. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mei 2008

KPT lagi...

Dalam tempoh ini blog aku dipenuhi dengan rintihan, aduan dan pertanyaan untuk KPT.... Aku tiada mood untuk menulis sesuatu yang lain selagi masalah aku ini tidak diselesaikan dengan 'secepat mungkin' oleh KPT. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di sini pada waktu ini, antaranya Wak dah balik Malaysia, Eddy (Ibrahim) pun sama mengikut jejak Wak, Abg Azhar tiba semula di Lboro, Majlis BBQ dan sebagainya.

Ini pertanyaan terbaru untuk KPT yang aku masukkan dalam sistem aduan dan pertanyaan diaorang.

Assalamualaikum Tuan,
Terima kasih di atas jawapan kepada masalah saya sebelum ini. Walaubagaimanapun, saya perlu mengetahui tempoh sebenar yang diambil oleh KPT khususnya Bahagian Kewangan, Akauntan Negara dan agen bank untuk menyelesaikan masalah elaun yang tidak dapat dimasukkan mengikut jadual yang ditetapkan? Sila spesifikkan jangka masa yang diambil untuk membolehkan saya membajet. Untuk pengetahuan Tuan, masalah ini telah saya maklumkan kepada KPT daripada 24 hb April lagi. Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai.
Terima kasih.



Selasa, 6 Mei 2008

Reply from KPT...

Jawapan ini aku terima daripada KPT melalui sistem aduan mereka.
At least mereka mengakui kesilapan mereka tetapi masa yang diperlukan tidak dispesifikkan berapa lama.... Susah jugak hendak budget kalau macam ni....

Salam, Saudara, Saya dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan dan pembetulan telah dilakukan dalam sistem pembayaran kami. Berkaitan dengan elaun tersebut kami sedang usahakan untuk mempercepatkan pembayaran dan oleh kerana melibatkan banyak pihak kami seperti Bahgaian Kewangan KPT, Akauntan Negara dan agen bank, kami memerlukan sedikit masa sebelum dapat dikreditkan ke akaun pelajar. Sekian. Selamat maju Jaya

Officer: Bs-KPSU

Sabtu, 3 Mei 2008

Aduan kepada KPT - 'Kesilapan kecil KPT memberikan masalah besar kepada pelajar'

Aduan ini aku telah hantar kepada KPT (dan juga MSD sebenarnya) untuk tindakan seterusnya... tunggu apa tindakan diaorg (kalau ada la)

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya adalah pelajar PhD tajaan KPT di bawah program SLAI UTM dan baru memulakan pengajian pada bulan Disember 2007 di Loughborough University, UK. Saya mempunyai masalah berkenaan elaun bulan 5, 6 dan 7 yang sepatutnya sudah diperolehi pada 29 hb yang lepas.

Pada awalnya, KPT meletakkan status 'spouse' kepada saya menyebabkan tiada elaun sara hidup untuk saya sedangkan isteri saya masih belum memulakan pengajiannya. Jika isteri saya sudah memulakan pengajiannya, maka saya akan mendapat elaun keluarga dari UTM. Masalahnya, isteri saya belum pun mendapat offer dari universiti di UK dan kini masih berada di Malaysia, membuat persediaan untuk melanjutkan pengajiannya. Hanya saya seorang sahaja yang sudah memulakan pengajian di UK pada waktu ini.

Kesilapan kecil KPT meletakkan status program saya kepada 'Spouse' memang betul-betul menyusahkan saya sedangkan sebelum saya mendaftar PhD, UTM meletakkan saya di bawah program SLAI. Sekiranya saya terus mendiamkan diri, alamatnya saya tidak akan memperolehi elaun sara hidup untuk selamanya.

Saya sudah menghubungi pegawai KPT untuk menyelesaikan masalah ini dan menurut beliau, elaun saya akan masuk lambat dalam 3-4 minggu lagi sekiranya tiada masalah lain. Saya sendiri tidak faham mengapa perkara ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, menyebabkan saya menghadapi tekanan emosi dan kewangan yang teruk.

Kini, saya menghadapi masalah kewangan untuk membayar sewa rumah dan menyara hidup kerana segala perbelanjaan/budget sudah lari dari apa yang dirancangkan.

Saya mengharapkan pihak yang berkenaan dapat menyegerakan kemasukan elaun bulan 5, 6 dan 7 saya. Tanpa elaun-elaun ini, tuan-tuan akan tahu betapa peritnya hidup di perantauan.

Terima kasih.

Blog Widget by LinkWithin