Assalamualaikum w.b.t....
Hari ni aku agak kecewa dengan KPT kerana disebabkan sebab yang tidak logik, elaun bulan 5, 6 dan 7 aku kemungkinan besar akan lambat masuk dalam 2-3 minggu lagi.... Mengikut jadual, elaun bulan 5, 6 dan 7 akan masuk pada 29 haribulan April ni... Selasa ni... berdasarkan kepada jadual tu maka memang sesuai sangat dengan tarikh untuk aku membayar sewa rumah dan road tax kereta yang baru... Sewa rumah, aku perlu bayar pada 1 haribulan dan roadtax pulak tamat 30 haribulan ni...
Tapi panas yang diharapkan sampai ke petang, tetiba ada ribut petir pada tengaharinya... Sekiranya aku tidak menelefon KPT pada pagi tadi (lebih kurang pukul 3 ptg waktu Malaysia), maka tiada lagi elaun untuk aku untuk bulan 5, 6 dan 7.... Apa ke hal ni, KPT? Buat aku tension pulak.....
Halnya begini.... KPT menganggap aku adalah spouse program UTM, di mana salah seorang daripada suami isteri akan menerima elaun sara hidup sekiranya dua-dua belajar sedangkan isteri aku belum lagi memulakan PhDnya... Untuk kes ini, aku yang tidak menerima elaun sara hidup. Kalau wife aku dah start PhD kira OK la jugak, pasal aku yang akan menerima elaun keluarga... tetapi ni aku seorang je yang dah start belajar... isteri aku masih dalam proses membuat persediaan untuk melanjutkan pelajarannya... Hari ni pun isteri aku ada kursus BTN di Ulu Sepri selama 5 hari. Macam mana KPT nak masukkan elaun kepada wife aku sedangkan dia pun belum daftar lagi. Memang mengarut!!!
Bermacam dugaan yang menimpa ketika berada di luar negara, yang diduga dan tidak diduga. Masalahnya sekarang, macam mana aku ingin membayar sewa rumah, road tax kereta dan survive selama 2-3 minggu ini? Yang pastinya aku terpaksa mengorek duit dari Malaysia (sekiranya ada dan cukup untuk membayar sewa), mencatu makanan dan berjalan kaki selepas 30 haribulan ni.
Kepada penerima biasiswa SLAB dan SLAI, sila check akaun anda di sini. Semoga masalah ini tidak berlaku kepada orang lain.
Wassalam.
Jumaat, 25 April 2008
KPT oh KPT...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam...abe saya boleh tolong awak...awak pinjam la duit saya dulu buat sementara ni....Iallah saya ada rezeki lbh kit this month...dapat duit "back dated" elaun memangku. Jangan risau....
BalasPadamTerima kasih kaklong. Jangan risau deh... Nanti saya usaha lagu mano...
BalasPadamsalam saudara Hafis
BalasPadamTerasa sedih baca ur catatan mengenai elaun tuh.
Sebagai yg duduk diperantau,dugaan dr Allah sentiasa dtg samada dr segi bentuk pembelajaran,suami isteri dan juga kewangan.Itu bru dugaan kewangan,dan akan dtg byk lagik selagi hidup di negara org,kalau tak,mana mungkin pepatah ujan emas tuh ada kan?doa saya,semoga anda tabah mengharungi dan sentiasa ingat pada Allah.
Oleh itu,bila dh ada duit byk,jgn terlalu boros-esp bila dh elaun masuk kan,byk ££ dpt,masa tu certain org gelap mata jap.
Bila dah ada diperantauan ni,perkara yg perlu diingat ialah duit.kena sentiasa bajet.Masalah awk ni bukan salah awk pun,kadang2 org yg jaga duit elaun ni pening tau..agaknya dia ingt kita kt obersee kaya raya kot,jgn tak tau dh ada kes masuk lambat sb bertukar management.so,bila dh dpt duit tuh,kena buat back up saving.sbnya tak semesti kita duk Uk ni,ada keje part time kan.yg ada keje part time,leh la enjoy sakan memborong.
Salam..
BalasPadambiasala kat negara orang..kes elaun masuk lambat tu.. aku pernah sampai 2 bulan lewat...kalau tak call KPT, memang tak dapat la lagi.
Pengajarannya:
1) Kena sentiasa ada duit back up
2) Jimat2 la
3) Kena push juga orang KPT tu..telefon pakai voip kan free..call and email je depa selalu hehe..
Apa2 pun.. banyak2 la bersabar dengan dugaan Allah... I know its hard to face it. But thats reality.. Hpefully u'll manage to survive
As salam..kebetulan singgah blog saudara ada nk tya soalan..kpt mmg ada budget ya tuk spouse klu husband smbg bljr luar negara?tuk ank2 ada jgk ke? Satu lg nk tya klu bawa ank 3org budget yg kpt bg tu agk2 ckup x klu yg sulong dh school 5thn..terima kadih
BalasPadam