Hari ni, Ahad 29 Mac 2009, berlakunya perubahan waktu di UK di mana ianya berubah daripada GMT+0 kepada GMT+1 (or dipanggil BST - British Saving Time). Maknanya, bila jam menunjukkan pukul 1 pagi, ianya terus dianjakkan ke pukul 2 pagi. Tiada pukul 1 pagi hari ni. Waktu diawalkan sejam dan maknanya juga, beza waktu dengan Malaysia menjadi hanya 7 jam daripada 8 jam sebelum ini.
Perubahan waktu ini adalah selaras dengan perubahan musim daripada Autumn/Fall(luruh) dan Winter(sejuk) kepada Spring(bunga) dan Summer(panas). Jika sebelum ini, waktu solat Subuh bermula pukul 3.40pagi, sekarang Subuh menjadi pukul 4.40pagi, Zohor (12.10tghari menjadi 1.10tghari), Asar (3.30pm kepada 4.30pm), Maghrib (6.35pm kepada 7.35pm) dan Isyak (8.30pm kepada 9.30pm). Di permulaan perubahan waktu ini, waktu solat sudah menjadi seakan-akan waktu solat di Malaysia cuma Subuh dan Isyak yang berbeza sedikit. Tetapi dalam bulan Mei/Jun nanti di mana musim panas adalah di kemuncaknya, Subuh akan bermula di antara 2.30 - 2.45pagi dan Isyak (11.00 - 11.30mlm). Cuba bayangkan, if di Malaysia, Subuh pukul 2.30pagi dan Isyak pukul 11.30 mlm. Berapa jam nak tidur? Macam mana agaknya? Sememangnya waktu solat di UK akan berubah setiap hari.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, 'orang-orang sini' seolah-olah sesuka hati menukarkan sesuatu untuk menepati citarasa diaorang. Walhal dalam kes jam sekalipun. Walaupun dah tukar waktu jam, waktu 'ofis hour' still pukul 9-5 lagi. Dan yang menyedihkan lagi, kedai-kedai pun kebanyakannya tutup dalam pukul 5 ptg (kecuali shopping2 besar dan bar-bar!), walhal waktu maghrib bermula pukul 9.30 mlm. Siang panjang pun seolah-olah tiada aktiviti luar boleh dilakukan selepas waktu kerja. Nak kerja lebih waktu pun susah, kerana biasanya pagar ofis dah tutup pukul 9pm!
Isnin, 30 Mac 2009
Perubahan Waktu UK (+1 jam)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Berapa jam nak tidur? Macam mana agaknya? ..kan dulu dah penah rasa :p
BalasPadamItula..musim panas la kat sini orang bercuti panjang..dan syok berjalan masa musim panas sebab siang panjang...
BalasPadamyang tak bestnya..masa tidur pendek..
dan tak tahu plak nanti macammana dengan bulan puasa apabila siang dah panjang??..itu aku nak lari cepat2 balik Malaysia hehe
tahun 2010 nie pun mcm tue gak ker..
BalasPadamsalam... setiap tahun jam akan berubah... tahun ni pun sama.
BalasPadamsalam, sy tak faham pasal perubahan waktu nie..
BalasPadamkalau skrang m'sia kol 6 ptg makna nya Uk?
Assalamualaikum nak tanya..maknanya jika skrg Malaysia jam 21.00 maka di sana UK baru jam 14.00 beza 7jam sahaja kan???
BalasPadam