Dalam 2-3 hari yang lepas, aku dipeningkan dengan usaha pencarian syarikat insuran yang TERBAIK untuk kereta aku. Fuhhh... susah benar nak cari yang sesuai, kerana semuanya hendak makan duit kita je.... Kekadang aku fikir, insuran ni semacam kita hendak melawan TAKDIR Allah S.W.T. dan seolah-olah kita tidak percayakan qada dan qadar. Yakinilah bahawa setiap kejadian itu akan berlaku dengan IZIN Allah S.W.T. Disebabkan ada peraturan yang menwajibkan ada insuran (if tak, maka tak boleh renew roadtax, or polis boleh track dan boleh kena penjara dan denda sehingga £1000), maka terpaksalah aku memeningkan kepala untuk mendapatkan insuran ni.
Di UK, terlampau banyak syarikat insuran ni, kalau dikira rasanya melebihi 50 dan semuanya berlumba-lumba mendapatkan pelanggan. Bermacam tawaran yang boleh kita dapat, jika kita tahu caranya. Tetapi kebanyakannya hendak me'lantak' duit kita kerana bukannya selalu (or maybe takde) kita nak claim ni.
Ramai yang tahu untuk men'compare' bagi mendapatkan qoutation daripada syarikat2 ni menggunakan bermacam-macam website, antaranya:
http://www.gocompare.com
http://www.moneysupermarket.com
http://www.comparethemarket.com/car-insurance
http://www.confused.com/
http://www.uswitch.com/car-insurance/
Tetapi, ramai yang tidak begitu tahu cara untuk mendapatkan semula duit yang kita bayar tu masuk semula ke akaun kita atau dipanggil 'cashback'. Di UK, terdapat company yang menjalankan bisnes untuk mendapatkan cashback sekiranya kita membeli (apa sahaja barang) secara online, klik melalui website mereka ke website yang kita hendak beli barang tersebut.
Konsepnya senang, daftar saja di company cashback ni, klik melalui link mereka then kita akan mendapat semula duit yang kita keluarkan (bukan semua tetapi mengikut % or jumlah tertentu) setelah membeli barang2 tersebut dalam masa yang tertentu. Cubalah, tak rugi untuk mendapatkan semula duit kita daripada tak dapat apa2.
Antara company cashback yang bagus adalah:
Topcashback (free register and no annual fee, good to try!)
Quidco (free register but £5 annual fee when you got the cashback. Otherwise, no fee. )
Apa-apa pun, dapatkan tips berguna bagaimana cara untuk berjimat hidup di UK ni daripada website ini:
http://www.moneysavingexpert.com/
Last week's activities
-
Last week was intense.
The first week of lecture has just started. We were barely gasping for air
after finishing the previous semester and then suddenly i...
18 hours ago

insurans yang dibenarkan dalam Islam berbentuk perkongsian (takaful) dan bukan berbentuk perniagaan (konvensional).
ReplyDeleteMemang insurans ni mengurangkan YAKIN kita pada Allah s.w.t. Sekarang semua nak dependant kepada makhluk. Kalau makhluk tak protect, maka hati tak tenteram.
Persoalan, kita komplen insurans ni SEBABNYA ia mahal (komplen tak ikut syariat, tak yakin Allah s.w.t. etc). Andaikata ia murah katalah 10 GBP je, adakah kita komplen yang sama juga? Kalau ya maksudnya yakin kita pada Allah s.w.t. tetap di takuk yang sama.
Anyway, kalau dah wajib dan melanggar undang-undang kalau takde, beli le. Namun kalau nak cari yang 'extra' tambah-tambah, tidak sekali.
WA.
abehafis kena faham peranan insurans yg sebenarnya.
ReplyDeleteInsurans (dlm konteks ini kenderaan) adalah bertujuan untuk melindungi pemandu, penumpang, pemandu lain, pengguna2 jln raya dsb, dari sebarang kesulitan jika berlaku kecelakaan.
Abehafis boleh tidak ambil insurans kenderaan jika abehafis YAKIN dapat menyelesaikan dgn duit sendiri (dalam jumlah yang banyak) jika berlaku sebarang kemalangan/kecelakaan pada diri sendiri, kenderaan sendiri, penumpang kenderaan sendiri, pemandu kenderaan lain, penumpang kenderaan lain, pengguna2 jalanraya dsb.
Masalah utama yg menyebabkan kita ambil insurans (kenderaan) adalah untuk mengelakkan perkara tersebut dan membebankan kita dan pengguna2 jln raya yg lain di masa depan (jika berlaku musibah).
Konsep insurans adalah berdasarkan konsep takaful (sama tanggung) dan tidak bertentang dgn tuntutan Islam.