Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.

Rabu, 8 Oktober 2008

PhD qoutes....

"PhD bukan semestinya mencipta sesuatu yang baru tetapi lebih kepada mencari jawapan kepada sesuatu yang kita rasa kita tahu tetapi sebenarnya kita tidak tahu."

"PhD tidak susah dalam mencari jawapan tetapi susah dalam mereka soalan."

Proses PhD
Aku sendiri mencipta masalah...
Aku sendiri yang berusaha mencari penyelesaian...
Aku sendiri yang mendapatkan jawapan...
Aku sendiri yang terbitkan papers/journals....
Aku sendiri yang persembahkan hasilnya....
Aku sendiri....

Supervisor(s)....
hanya memberi panduan ke arah yang betul....

Assessor(s)....
hanya 'recognize' dan 'evaluate'..

Fikir-fikirkanlah.....

Isnin, 6 Oktober 2008

Sabtu, 4 Oktober 2008

SSB Dr Siti

Sepertimana yang dijanjikan, akhirnya aku telah berjaya convert dan upload video SSB yang seterusnya. Harap maaf kepada sahabat-sahabat di Malaysia kerana tidak dapat menonton video ini. Veoh maybe still block Malaysia. Pandai-pandai la guna bypass IP. Aku pernah buat ketika balik ke Malaysia tempoh hari dan berjaya... Layan....




Alhamdulillah...

Alhamdulillah.... bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan aku, isteri dan anak-anak dalam menghadapi dugaan hidup dan belajar di perantauan. Dan syukur alhamdulillah kerana dengan limpah rahmatNya, akhirnya aku berjaya menukarkan status aku daripada MPhil kepada PhD. Pada hari Khamis, 2 Oktober yang lepas (ketika umat Islam lain masih sibuk beraya), aku menghadapi viva aku yang pertama (10 months period) untuk defend my 1st year report (ala-ala proposal). 


Tidak dinafikan, aku mengambil masa hanya sebulan untuk menyiapkan report itu (secara serius) selepas kembali daripada Malaysia. Viva aku mengambil masa selama 45 minit setelah diajukan pelbagai soalan daripada internal assessor yang begitu baik dan membantu. Soalan-soalan tersebut tidak diduga kerana lebih menfokuskan kepada setiap perkataan yang aku gunakan dalam report itu. Ada masanya di mana internal assessor yang memberikan aku idea yang berguna untuk menyelesaikan 'masalah yang aku reka itu'. Walaupun aku berjaya menukarkan status kepada PhD tetapi masih banyak yang perlu aku lakukan untuk memperbaiki pelbagai kelemahan yang aku ada. 2 years to go.......... insyaAllah.


Blog Widget by LinkWithin