Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Sabtu, 14 Julai 2007

Tip Dr Fadzilah Kamsah

APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?
Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.


Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.


Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan
kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.
Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut
menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf
di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin
kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi
Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun
walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim.


Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.
Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak
Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan
losers

Adalah mudah iaitu:-


Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri

Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri

Mereka tidak boleh.Tips;




1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan
mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan
tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada
masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran
untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan
menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih
daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak
apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami
isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar
bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh
tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula
terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))

Blog Widget by LinkWithin