Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Selasa, 3 Jun 2008

Apasal sunyi je ni?

Assalamualaikum kepada semua pengunjung...

Apa kena dengan aku ni? Lama benar tak update blog ni... Sejak akhir-akhir ni, aku dilanda syndrom TPBM.... Syndrom Tak Pandai Bahagi Masa. Susah gak ni...

Before balik Msia, insyaAllah 13 Jun ni (Jumaat 10mlm), aku kena settlekan beberapa perkara (important and urgent)

  1. Kena present kat kekawan MML pada 4 Jun pukul 3pm... at least boleh dapat pandangan berguna dari diaorg semua. Help me OK.
  2. Monthly report kena submit before this Friday (6 Jun)
  3. Meeting dengan supervisor pada 9 Jun (Mon) pukul 5pm. Kena submit meeting minutes lak selewatnya hari Khamis pasal Jumaat dah nak balik Msia.
  4. Kena present dalam Research Students Conference pada 10 Jun pukul 1015am.Wish me luck OK.
Macam banyak je kerja nak buat... tapi taklah seteruk tu sebenarnya. Pasal ada lagi masa melayan carboot, movies, games, MML games dan sebagainya.

Lepas settle benda-benda penting dan urgent ini, maka boleh la aku luangkan masa untuk persiapan balik pulak. Barang-barang pun tak beli lagi untuk bawak balik... hemmmm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))

Blog Widget by LinkWithin