Syukur alhamdulillah, akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di Loughborough setelah pelbagai dugaan semasa di Malaysia dan semasa dalam perjalanan. Disebalik kesusahan, insyaAllah akan ada kemudahan yang Allah sediakan untuk kita sebagai hambaNya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Azlinda, yang banyak membantu memudahkan urusan dengan KPT dan Cuti Belajar, Abg Khairull Azmi, yang banyak membantu menukar status kepada pensyarah dan permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG), Encik Husin (KPT) yang meluluskan permohonan spouse program (allocation daripada universiti lain yang tidak digunakan), Encik Harun yang memudahkan urusan kenaikan jawatan pensyarah dan CTG, Puan Naemah (KPT), Puan Dahlina dan Puan Latifah yang banyak membantu memudahkan permohonan, keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan nasihat dan pandangan.
Sebenarnya, ramai yang tertanya-tanya, apa yang berlaku di minggu 'terakhir' aku di Malaysia. Sebenarnya, minggu itu tidak menjadi terakhir buat aku kerana aku terpaksa menunda perjalanan lewat 2 minggu. Minggu 'terakhir' itu yang sepatutnya aku datang ke UK berseorangan lagi, akhirnya isteri aku mendapat berita gembira daripada KPT.
Syukur kepada Allah, akhirnya isteri aku diberikan 'spouse' program scholarship setelah rayuan dilakukan oleh Puan Azlinda, Penolong Pendaftar UTM pada meeting dengan KPT pada saat-saat akhir harapan aku untuk datang bersama isteri dan anak-anak iaitu pada hari Khamis. Disebalik kepayahan untuk datang ke UK, isteri aku mendapat sesuatu yang boleh dianggap sesuatu yang mustahil buat masa ini.... alhamdulillah.
Langkah seterusnya, aku meminta bantuan Abang Khairull Azmi, Penolong Pendaftar HRM untuk menukar status isteri aku kepada pensyarah. Dengan menukar status kepada pensyarah, barulah isteri aku boleh mendapat Cuti Tanpa Gaji. Alhamdulillah, pada hari Jumaatnya dan dengan pantasnya, isteri aku dinaikkan status menjadi pensyarah dengan syarat isteri aku akan mendapat offer letter daripada KPT berkenaan scholarshipnya nanti. Untuk memudahkan urusan isteri aku, aku akhirnya menyambung cuti kepada 2 minggu lagi. Dalam masa yang sama, isteri aku menghantar surat memohon cuti tanpa gaji kepada fakulti kerana pengajiannya akan bermula 22 September 2008.
Pada Isninnya, aku dan isteri ke KPT untuk mendapatkan offer letter scholarship. Dengan adanya surat ini, maka hampir semua planning aku dan isteri iaitu untuk menukar status pensyarah dan CTG akan berjalan lancar. Semuanya bergantung kepada surat daripada KPT ini.
Memandangkan aku baru sampai pukul 1 tghari tadi (pukul 8 malam waktu Msia), dah mengantuk lak aku.... kena jetlag lak ni. OK la, kita sambung lagi nanti, insyaAllah.
Selasa, 29 Julai 2008
Akhirnya...
Sabtu, 5 Julai 2008
3 weeks gone, 1 week left
Mula-mula sampai...
Sedar tak sedar tinggal seminggu je lagi 'cuti sebulan' aku di Malaysia. Selama 3 minggu ini, macam-macam perkara yang berlaku... sampai tak sempat untuk aku update blog ni. Yang bestnya, balik Msia tak kena jetlag, kenapa ye? Aku pun tak sure kenapa...
Untuk minggu pertama aku di Malaysia, target aku adalah untuk settlekan passport aku dan anak-anak. Passport aku perlu di'renew' pasal dah nak expired di samping buat passport untuk anak-anak. Passport wife lambat lagi expired so tak perlu dulu. So, renew passport aku habis RM300 dan buat passport Aisyah dan Imran (RM150 each pasal bawah umur 12 tahun) kat Pekan Rabu, dekat Plaza Angsana. Dalam tempoh 2 jam siap. Total RM600. Hemm.. Nak buat sekejap je, cuma proses lain yang lambat nak settle, seperti nak pi tangkap gambar, isi form dan sebagainya.
Minggu pertama aku balik ni, wife ada interview cuti belajar hari Rabunya... tetapi sungguh mendukacitakan... UTM (dengan kata lain, TNC(P)) tak nak bagi sponsor, siap suruh wife aku berhenti pulak. Hemmmm... Mula-mula kata Imperial boleh pi, then tiba-tiba sekarang ni, kata tak boleh pulak, MAHAL. Dia suruh wife aku apply cuti tanpa gaji dalam masa tu, cuma masalahnya wife aku still tutor dan belum upgrade kepada pensyarah. Syarat untuk upgrade pulak kena dah nak sambung PhD baru boleh. Mula-mula tu aku try jumpa Penolong Pendaftar HRM untuk bantu wife aku upgrade pasal master dia dah OK, tetapi TNC(A) pulak tolak suruh TNC(P) pertimbangkan semula bagi cuti belajar. Main tolak-tolak pulak diaorang ni, ingat kitaorang ni apa?!! Diaorg ni LUPA pasal diaorang dulu pun sebab diberikan peluang la korang jadi macam sekarang ni. Memang macam tak nak tolong langsung. TNC(P) fikir mahal-mahal je, even pi Singapore pun kata MAHAL. Sekarang ni, peluang terakhir adalah merayu dengan KPT dapatkan scholarship spouse program daripada mana-mana universiti lain yang tak nak guna, itu pun kalau ada. Hemmm.... Dan worst case scenario, adalah berhenti kerja!! Kesian wife aku.
Minggu ke-2 aku prepare documents untuk visa application. Daripada translate surat beranak anak-anak dan surat nikah, isi form online dan sebagainya. Aku translate surat beranak dan surat nikah kat mahkamah sesyen JB. Aku ingatkan murah, rupanya diaorang caj aku RM30/sekeping. Kalau ye pun harga minyak naik, takkan surat translate pun naik kot. Setahu aku paling mahal pun kena RM20/sekeping. Dah la guna komputer dan printer office. Ceh!! Habis RM90 tu untuk 3 keping surat translate yang aku sendiri boleh buat dengan copnya yang macam pape ntah, ada 'Certified to be correct translation', sign, nama, dan bawah tu ada tulis interpreter. Tu je. Bukannya ada cop besar apa pun. Kalau macam ni, aku sendiri pun boleh buat cop. Pastu translate sendiri je. Kurang asam punya jurubahasa... kaum *n*i* lak tu, buat aku makin menyampah dengan diaorang la ni. Dah la takde resit. Duit poket la ni. Dua hari jugak aku kecewa pasal kena 'kencing' bulat-bulat dengan depa ni.
Dah settle translate surat-surat ni, aku call HRD untuk dapatkan Financial Affidavit baru untuk memudahkan proses apply visa wife dan anak-anak aku. Ada ke patut, depa kata tak boleh bagi surat tu takut aku bawak lari wife aku pulak nanti. Apa kejadah lak ni??!!! Siap macam tu sekali pemikiran depa ni. Depa kata wife aku still ada kes lagi sekarang ni, so takleh kasi surat tu. Kes apa pulaknya!!! Korang jugak la yang tak nak kasi sponsor pastu nak apply visa pun tak kasi. Hangin betul aku. Hemmm.... Siap cakap kalau aku bawak lari wife aku, biasiswa keluarga nanti depa tahan. Ingat aku ada duit ke nak beli tiket yang makin mahal ni!!! Duit tiket sendiri ni pun kena berjimat 2-3 bulan... Malas aku nak layan HRD ni. Aku check balik surat financial affidavit dari KPT yang lama, dalam tu ada tulis sekali elaun family. Tut tut, aku guna yang tu je la. Senang kerja.
Akhir minggu ke-2, iaitu pada 29 hb Jun, adik aku bertunang di Putrajaya. Tahniah Ju dan Suraiya. Semoga pertunangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin, insyaAllah. Dalam pada itu, 28 dan 29 hb ni aku demam yang agak teruk selepas sampai di Banting. Sampai je Banting, aku muntah-muntah. Awalnya, anak aku, Aisyah muntah di dalam kereta. Nasib baik driver tak muntah sekali masa tu :) Lepas tu, aku pening kepala dan badan jadi panas. Pagi esoknya baru OK sikit tapi perut pulak meragam. Tak sure kenapa? Siang hari tu ada la aku makan daging kambing. Tapi apa salah daging kambing pulak? Hihi.. Ujian Allah untuk aku la ni. Penghapus dosa, insyaAllah.
Minggu ke-3, kebetulan dah balik Klang/Banting tu, dalam keadaan sedikit tak sihat, aku pergi hantar visa application di Wisma MCA. Dengan menggunakan documents sokongan yang ada seperti surat dari Lboro U, financial affidavit KPT yang lama dan sebagainya, aku apply visa untuk wife dan anak-anak. Awalnya plan nak buat Banker Cheque dekat Alliance Bank kat Wisma MCA tu, tapi tak dapat pulak pasal depa kata kena ada akaun Alliance Bank baru boleh buat. Apa kejadah lak korang ni?? Sapa la yang nak guna bank ni?? Last-last, aku terpaksa berjalan keluar mencari Maybank kat seberang jalan. Boleh je buat kat Maybank dan depa tak kisah pun ada akaun ke tak. Sekarang ni, fee visa kena RM664/person berbanding dulu dalam RM700++ masa aku apply. So, kena RM1992 untuk visa wife dan anak-anak +(RM5*3) untuk caj banker draft, total RM2007. Aku settlekan urusan visa ni dan bertawakkal harapnya tiada masalah.
Lepas settle visa, aku dan wife bawak anak-anak berjalan di Zoo Negara. Aku sendiri pun tak pernah datang sini lagi sebenarnya. Bukannya selalu dapat bersama wife dan anak-anak. Then, lepas tu, kitaorg ke rumah adik wife di Petaling Jaya, if tak silap. Then, akhirnya bermalam di Klang. Hari Selasanya, aku, wife dan anak-anak bersama Mie (mak aku) balik ke Kelantan. Perjalanan pergi dari Klang ke Pasir Puteh bermula pukul 3pm memakan masa lebih 9 jam kerana kami banyak berhenti pasal Aisyah muntah (hampir sejam berhenti), isi minyak, perut dan sebagainya. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 1230 pagi setelah aku tersesat jugak dalam 15 minit pasal ada jalan baru rupanya di Machang. Yea la, dengan gelapnya, hujan renyai-renyai dan tak perasan pulak ada junction baru dekat Machang tu. Tapi semuanya selamat.
Di Kelantan, aku melawat kak Ngah aku, yang kematian suami pada Februari lepas. Sehari di Kelantan melepaskan kerinduan aku pada kampung halaman yang mana di sini la aku dilahirkan dan di sini la hala tuju hidup aku bermula. Sungguh banyak memori yang tidak dapat aku lupakan. Bermula dari zaman aku masih kecil, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah sebelum aku merantau ke Skudai selepas itu. Di sini la ianya bermula. Kini, yang tinggal di Kelantan hanya kakak ke-2 aku sementara yang lain berada di Selangor dan aku di Johor. Kesempatan ini jugak aku gunakan untuk melawat kaum keluarga di Kg. Dalam Kemunting, Pasir Puteh dan Alor Lintang, Besut, dan singgah di Pantai Bisikan Bayu untuk melepaskan kerinduan kepada pantai. Hari Khamisnya, kami bertolak semula ke Klang dalam pukul 1200pm selepas mencari sedikit barang di Pasar Pasir Puteh dan Pasar Minggu terutamanya keropok, serunding daging, murtabak dan sebagainya. Kami sampai di Klang dalam pukul 9 lebih kerana aku singgah di R&R Awan Besar untuk solat dan perkena Satay Kajang. Yum yum.... alhamdulillah.
Hari Jumaatnya, aku plan nak pi ambik visa di Wisma MCA. Aku dah check kat internet dan alhamdulillah semuanya settle. Cuma aku tersalah timing pulak pasal masa aku apply dulu iaitu tahun lepas, aku datang collect bermula pukul 430pm-530pm tetapi sekarang ni, waktu collection bermula pukul 10am - 3pm. Plannya nak pergi selepas solat Jumaat, tetapi dah tak sempat pasal diaorang tutup pukul 3 pm sharp katanya (lepas aku call tanya boleh datang lambat sikit tak). So terpaksa la guna Plan B, mintak tolong orang ambikkan tetapi kena buat Authorization Letter pasal aku dah nak balik Skudai esoknya. Last-last, mintak tolong husband Iwan (adik wife) yang tinggal kat KL tu.
Itu la sedikit sebanyak aktiviti aku selama 3 minggu ini dan tinggal lagi seminggu sebelum aku fly semula. Status wife dan anak-anak masih tak menentu. Doa-doakan lah kami supaya keluarga kami tidak lagi berpisah jauh, insyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)