Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Selasa, 29 Julai 2008

Akhirnya...

Syukur alhamdulillah, akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di Loughborough setelah pelbagai dugaan semasa di Malaysia dan semasa dalam perjalanan. Disebalik kesusahan, insyaAllah akan ada kemudahan yang Allah sediakan untuk kita sebagai hambaNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Azlinda, yang banyak membantu memudahkan urusan dengan KPT dan Cuti Belajar, Abg Khairull Azmi, yang banyak membantu menukar status kepada pensyarah dan permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG), Encik Husin (KPT) yang meluluskan permohonan spouse program (allocation daripada universiti lain yang tidak digunakan), Encik Harun yang memudahkan urusan kenaikan jawatan pensyarah dan CTG, Puan Naemah (KPT), Puan Dahlina dan Puan Latifah yang banyak membantu memudahkan permohonan, keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan nasihat dan pandangan.

Sebenarnya, ramai yang tertanya-tanya, apa yang berlaku di minggu 'terakhir' aku di Malaysia. Sebenarnya, minggu itu tidak menjadi terakhir buat aku kerana aku terpaksa menunda perjalanan lewat 2 minggu. Minggu 'terakhir' itu yang sepatutnya aku datang ke UK berseorangan lagi, akhirnya isteri aku mendapat berita gembira daripada KPT.

Syukur kepada Allah, akhirnya isteri aku diberikan 'spouse' program scholarship setelah rayuan dilakukan oleh Puan Azlinda, Penolong Pendaftar UTM pada meeting dengan KPT pada saat-saat akhir harapan aku untuk datang bersama isteri dan anak-anak iaitu pada hari Khamis. Disebalik kepayahan untuk datang ke UK, isteri aku mendapat sesuatu yang boleh dianggap sesuatu yang mustahil buat masa ini.... alhamdulillah.

Langkah seterusnya, aku meminta bantuan Abang Khairull Azmi, Penolong Pendaftar HRM untuk menukar status isteri aku kepada pensyarah. Dengan menukar status kepada pensyarah, barulah isteri aku boleh mendapat Cuti Tanpa Gaji. Alhamdulillah, pada hari Jumaatnya dan dengan pantasnya, isteri aku dinaikkan status menjadi pensyarah dengan syarat isteri aku akan mendapat offer letter daripada KPT berkenaan scholarshipnya nanti. Untuk memudahkan urusan isteri aku, aku akhirnya menyambung cuti kepada 2 minggu lagi. Dalam masa yang sama, isteri aku menghantar surat memohon cuti tanpa gaji kepada fakulti kerana pengajiannya akan bermula 22 September 2008.

Pada Isninnya, aku dan isteri ke KPT untuk mendapatkan offer letter scholarship. Dengan adanya surat ini, maka hampir semua planning aku dan isteri iaitu untuk menukar status pensyarah dan CTG akan berjalan lancar. Semuanya bergantung kepada surat daripada KPT ini.

Memandangkan aku baru sampai pukul 1 tghari tadi (pukul 8 malam waktu Msia), dah mengantuk lak aku.... kena jetlag lak ni. OK la, kita sambung lagi nanti, insyaAllah.

1 ulasan:

  1. Salam saudara Hafiz,
    Menarik blog anda,
    sekadar utk bertanya, bagaimana permohonan spouse program yg dibuat oleh isteri saudara utk smbung pengajian? Saya bercadang utk sambung pengajian mengikut husben yg insyaAllah bakal sambung PhD di Belanda dan bercadang utk mohon melalui spouse program, utk pengetahuan saudara sy merupakan pegawai non academic UTM, justeru sy ingin mendapat nasihat tntg prosedur memohon spouse program spt yg dimohon oleh isterisaudara?

    BalasPadam

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin