Kepada semua sanak keluarga dan sahabat handai walau di mana sahaja berada,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kami di UK menyambut hari raya pada hari Selasa, 30 hb September 2008. Awal sehari daripada di Malaysia. Kebetulan pula pada hari ini adalah hari lahir yang pertama putera kesayanganku, Muhamad Khalil Imran B Mohamad Hafis Izran.
HAPPY 1st BIRTHDAY IMRAN. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. JADILAH ANAK YANG SOLEH, SAYANG.
Sebagai pengalaman pertama menyambut hari raya Aidilfitri di perantauan, walaupun sedih kerana tidak dapat bersama keluarga di Malaysia tetapi dengan kehadiran ramai sahabat yang senasib di sini, kemeriahan tetap dirasai. Bermula pada malam raya, kebanyakan daripada kami mengadakan takbir raya dari rumah ke rumah. Kesayuan takbir raya inilah yang makin mengingatkan kami kepada tanahair. Namun ketika sebelum solat sunat hari raya di universiti, takbirnya agak berbeza dengan yang biasa didengar di Malaysia kerana diketuai oleh pak-pak Arab. Takbirnya lebih pendek dan kesayuannya hilang. Maka takde la rasa sedih-sedih sangat di pagi raya :P
Akan bersambung nanti....
Selasa, 30 September 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Sembang-sembang berisi (SSB) Dr Shahruniza 2008
Saksikan dan dapatkan tip-tip berguna untuk kita yang masih berjuang untuk mendapatkan PhD daripada salah seorang Dr baru di Loughborough University, UK...
-Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan-
Rabu, 3 September 2008
Selamat berpuasa...
Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua keluarga dan sahabat-sahabat, di Malaysia, UK dan di mana sahaja berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti untuk meningkatkan keimanan dan pahala bagi bekalan di akhirat kelak.
Untuk update terbaru dari aku sekeluarga boleh klik di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)