Alhamdulillah.... bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan aku, isteri dan anak-anak dalam menghadapi dugaan hidup dan belajar di perantauan. Dan syukur alhamdulillah kerana dengan limpah rahmatNya, akhirnya aku berjaya menukarkan status aku daripada MPhil kepada PhD. Pada hari Khamis, 2 Oktober yang lepas (ketika umat Islam lain masih sibuk beraya), aku menghadapi viva aku yang pertama (10 months period) untuk defend my 1st year report (ala-ala proposal).
Tidak dinafikan, aku mengambil masa hanya sebulan untuk menyiapkan report itu (secara serius) selepas kembali daripada Malaysia. Viva aku mengambil masa selama 45 minit setelah diajukan pelbagai soalan daripada internal assessor yang begitu baik dan membantu. Soalan-soalan tersebut tidak diduga kerana lebih menfokuskan kepada setiap perkataan yang aku gunakan dalam report itu. Ada masanya di mana internal assessor yang memberikan aku idea yang berguna untuk menyelesaikan 'masalah yang aku reka itu'. Walaupun aku berjaya menukarkan status kepada PhD tetapi masih banyak yang perlu aku lakukan untuk memperbaiki pelbagai kelemahan yang aku ada. 2 years to go.......... insyaAllah.
kita rasa bab gini semua yg dtg berjuang akan lalui pengalaman yg sama.cuma ada sesetengah bernasib baik dr mula smpi ahkir-apapun-Allah menguji hamba-Nya tanpa henti.
BalasPadamkdg2 dugaan itu tidak mengenal masa dan waktu yg sepatutnya bergembira bersama keluarga!
semoga berjaya
BalasPadam