--------------------------------------------
Semalam, Isnin 26 hb April 2010, banyak benda berlaku. Macam-macam pulak tu....
Aku tidak turun ke Loughborough semalamnya, hanya buat kerja kat rumah, siapkan writing chapter pada paginya. Lagipun, aku dan anak-anak pun masih tidak sihat sejak last week, mungkin terkena 'Spring Bugs'... senang cerita, pasal perubahan musim agaknya.
Kisahnya bermula tengaharinya, bila tiba-tiba loceng pintu rumah berbunyi. Alahai sapa la datang pulak. Bukak bukak, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Nottingham City Council. OK.
Katanya, rumah yang aku baru pindah ni tidak ada rekod mengenai council tax payment. Betul la tu, pasal aku baru berpindah bulan Februari lepas. Mahal betul taxnya, lebih seribu pounds dalam setahun kena bayar. Jadi, aku cakap la yang aku dan wife student, tinggal berempat, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Yang aku tahu, jika student akan dapat pengecualian (exemption) council tax, tetapi mungkin silap aku masa tu, aku tidak perlu cakap yang aku juga 'student' kerana rasanya memadai dengan hanya cakap wife aku 'student', kerana dia yang belajar di Nottingham dan aku di daerah lain. Dah tidak semena-mena pulak, aku disuruhnya dapatkan surat daripada Loughborough University mengenai pengecualian cukai. Alahai lecehnya. Kalau belajar kat universities area Nottingham ni tak perlu bagi surat pasal rekod dah ada dalam sistem kata kita student. Tetapi, nasib baik jugak, wife aku datang explain pasal rumah sebelum ini, exemption atas nama wife aku sahaja. Jadi, dia suruh aku tunggu dulu, biar dia check dalam sistem, sama ada perlu or tidak aku berikan surat tu nanti. Ok la sikit.
Yang sebetulnya, aku ingatkan tuan rumah sudah maklumkan kepada Council mengenai perpindahan kami, sepertimana di rumah-rumah sebelum ini. Lagipun, tuan rumah hanya guna nama wife aku seorang dalam tenancy agreement. Tu yang aku buat senyap je, pasal kat rumah lama (Hartley Road, Nottingham jugak), tuan rumah yang inform kat Council then lepas tu sampai surat, baru wife aku call mintak exemption sebab student. Tut tut, untuk rumah baru ni, tuan rumah rupanya buat senyap jugak. Lepas pegawai tu balik, aku call tuan rumah. Dia pulak cakap yang aku sendiri yang kena inform kat Council semuanya, daripada tarikh mula pindah sampai la hal exemption... alahai, gitu pulak ke...
Hal seterusnya mengenai insurance kereta aku. Pasal kereta tu sudah tidak ada MOT (taknak buat pasal rasa macam tak berbaloi sebab side mirror cover dipecahkan orang semasa kat rumah lama), road tax pun tinggal beberapa hari sahaja lagi, lagipun dah lama tersadai tak digunakan. Walaupun aku sayang kereta ni, kereta pertama yang aku bayar cash semasa mula-mula sampai dahulu, dengan menyamai sebulan gaji di Malaysia (waktu tu £1 = RM7!)... tetapi, takkan nak simpan buat koleksi jadi besi buruk pulak, so aku mengambil keputusan untuk scrap! Kesian pulak rasanya, pasal kereta ni banyak berjasa dan engin pun still OK. Kalau kat Msia, memang aku simpan kereta ni sampai bila-bila. Tetapi, apakan daya, if dibiarkan, lama-lama jadi beban pulak, pasal insurance kereta ni lebih mahal daripada kereta yang satu lagi.
Lepas je aku cancel insurance tu, tetiba loceng pintu rumah berbunyi lagi. Sapa pulak kali ni? Tengok tengok, ada seorang mat salleh yang pada mulanya (kononnya) bertanya sama ada aku nak bersihkan garden ke apa ntah, tetapi lepas tu, tetiba tanya aku pasal nak jual kereta tu ke tak. Aik, macam tau je aku dah cancel insurance kereta tu! Aku boleh pulak tanya, berapa harga mau? Dia letak la harga £80! Mat oooii... murah ke mahal tu? Tetapi, aku menolak tawaran itu.
Yang sebenarnya, aku sudah contact Scrapyard Centre kat area Nottingham ni, katanya harga minggu ni adalah £165 per ton (kira timbang kati la agaknya). Sebab itu la aku fikir better aku scrap daripada jual £80 pasal setahu aku, kereta aku ni beratnya lebih kurang 1.3 tons gak (daripada pakcik google la), boleh la dapat lebih sikit kot.
Lepas mamat tu keluar, datang pulak member dia yang lebih berumur, bercakap pun slang.. Tanya lagi pasal kereta tu... rupanya diaorang ni dah lama memerhatikan kereta aku ni daripada jauh. Bahaya gak tu. Spy di mana-mana! Tanya berapa harga aku nak jual pasal dia berkenan sangat dengan interior kereta tu. Dia nak kusyen katanya. Tidak dinafikan, interior kereta tu masih lagi elok dan bagus. Awal-awal aku cakap, scrapyard boleh offer aku £165. Tut tut, datang seorang lagi member dia nak tawar-menawar dengan aku pasal harga kereta tu. Dua-dua mat salleh ni tak henti-henti nak offer aku daripada £80, £100, £110 dan maximum dia boleh bagi £130. Katanya, tak perlu peningkan kepala aku, diaorang boleh keluarkan kereta tu daripada rumah aku. Siap dah keluarkan duit pulak tu. Tapi aku still tidak buat sebarang keputusan. Kata mereka kat scrapyard, nanti kena caj pulak kalau nak recycle tayar, engin dan sebagainya. Nak kencing aku la tu. Nasib baik aku call Safuan kat Sheffield yang baru jugak scrap kereta, tanya pasal hal tu. Safuan kata, takde pulak caj tayar. Safuan pun boleh dapat £200 untuk scrap keretanya.
Lepas berbincang dengan wife, last last, aku cakap tak nak jual. Tetapi, boleh pulak semasa si mat salleh slang tu nak keluar pagar rumah aku, dia kutuk aku depan2!! "You're ID*OT! A**HOLE!". Cilanat punya mat salleh! Tetapi, nasib baik dia cakap slang, pasal masa dia kutuk tu, aku tak berapa faham... masa tu, aku pulak boleh senyum-senyum dan lepas tu tunjuk isyarat bagus kat diaorang... kelakar pulak rasanya. Lepas tu, baru aku perasan yang dia kutuk aku sebenarnya, hampeh betul! Orang tak nak jual, kena kutuk-kutuk pulak! Ini macam orang pun ada ke??