Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Rabu, 14 April 2010

Facebook and me


-----------------------
Untuk ke sekian kalinya, aku sekali lagi deactivate my facebook account! Rasanya untuk kali yang ke-empat. "Chipsmore", kata Kaklong. He he..

Walaupun ada baiknya mempunyai Facebook, tetapi antara sebab-sebab aku deactivate adalah (ini adalah berdasarkan pengalaman dan perasaan sendiri, maaf sekiranya menyinggung perasaan sesiapa):
-------------------------

  1. Buat masa sekarang, aku rasa adalah lebih baik untuk aku tidak mengambil tahu pasal hal ehwal orang lain kerana 'perjuangan' aku yang masih belum selesai. Hal ehwal family and belajar adalah lebih utama buat masa ini :)
  2. Sebelum ini, masa yang diperuntukkan untuk melayan facebook sebenarnya melebihi daripada sepatutnya! Dengan kata lain, walaupun aku ingat nak buka sekejap je, tetapi rupanya macam-macam pulak benda yang aku berminat nak explore.... status la, komen status la, letak gambar la, tengok gambar orang la, baca komen yang berjela-jela la, dan bermacam-macam lagi benda yang mencuri masa, sebenarnya..
  3. Dengan sebab no. 2, aku rasa facebook itu 'melagha'kan atau dalam perkataan lain, tidak memberikan banyak faedah kecuali mendekatkan semula kekawan yang telah lama berjauhan or lost contact.
  4. Aku rasa tidak perlu juga untuk mengingati segala macam memori daripada sejarah hidup kerana ianya menyebabkan kita 'kembali' menyimpan dendam atau amarah yang telah lama reda (jika ada).
  5. Facebook menjadi tempat menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan segala macam kemewahan dunia, walaupun niatnya adalah baik, mungkin ingin 'berkongsi' tetapi dalam masa yang sama, menyebabkan adanya perasaan cemburu dan dengki. Jadi, aku rasa better aku menjauhkan diri daripada benda-benda yang sedemikian.
  6. Facebook tidak dapat membantu aku menghabiskan thesis aku dengan cepat! Yang aku tahu, kita boleh mengerjakan tanah ladang dan mendapat hasil dengan cepat! Tetapi masalahnya, kerja sebenar kita akan menjadi slow.
  7. Facebook dijadikan tempat berniaga, tidak kira la produk apa pun! Maaf tidak berminat. Untuk aku, rezeki ada di mana-mana tetapi bukan di facebook! Kaya duit tidak semestinya kaya di akhirat.
------------------------

Sehingga ke tarikh yang tidak tahu bila (mungkin sehingga 'perjuangan' selesai), selamat tinggal dulu facebook. Mungkin bila aku berminat nak buat reunion ke, akan aku activate balik nanti! Terima kasih semua sahabat-sahabat yang mengenali aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))

Blog Widget by LinkWithin