------------------------------------
Di Malaysia, jarang sekali barang-barang yang kita pakai, kita akan jual. Kebiasaanya, barang tersebut akan digunakan sehinggalah rosak.
Tetapi tidak di UK. Majoriti masyarakat UK suka menjual barang yang tidak diperlukan lagi, malah suka juga membeli barang-barang terpakai. Daripada itulah, wujudnya CARBOOT!
Daripada pengamatan aku, perkataan CARBOOT digunakan kerana sesiapa sahaja (tidak kiralah British, Polish, Pakistan, India, China atau Melayu sekalipun) dapat menjual apa sahaja barang-barang (daripada buku-buku, mainan, barangan elektronik, perabot, makanan, handphone, pakaian dan apa sahaja yang terfikir nak jual) dengan membawa kereta dan menjual barangan tersebut dengan mempamerkannya di bahagian boot kereta masing-masing, di tempat khas pada hujung minggu. Itulah CARBOOT.
Pertama kali aku ke carboot adalah di Quorn, kampung berhampiran Loughborough. Walaupun di Malaysia, aku lebih sukakan barangan yang baru ataupun tidak pernah terfikir untuk membeli barangan terpakai, tetapi tidak di UK. Begitu juga dengan kebanyakan orang-orang Melayu yang datang ke UK (terutamanya yang berkeluarga), akan menyukai carboot dan ianya akan menjadi aktiviti utama family di hujung minggu.
Di sini, disenaraikan sedikit-sebanyak tips ber'carboot' (daripada pengalaman sendiri):
- Better cari penjual mat salleh - Biasanya mat salleh akan menjual barang-barang sendiri yang mereka benar-benar tidak perlukan atau pakai lagi dengan harga yang terlalu murah. Let it go je dengan berapa harga sekalipun. Tetapi, tidak dengan penjual lain seperti India atau Pakistan, kerana mereka sebenarnya mencari untung daripada carboot. Pernah aku perasan, awal-awal mereka ini sebenarnya membeli barangan daripada penjual mat salleh dan kemudiannya menjual di tempat mereka dengan harga yang lebih tinggi. Who knows?
- Konsep siapa cepat, dia dapat - Di carboot, mata dan rezeki memainkan peranan utama. Kekadang, kita sudah nampak barang yang kita nak, tetapi terlambat sesaat kerana telah ditanya orang.
- Setkan benda yang hendak dibeli - Biasanya, sebelum ke carboot, aku dah setkan apa benda yang hendak dibeli or dicari. Jika tidak, biasanya benda yang bukan-bukan pulak akan dibeli. Jadi, elakkan membeli 'sampah'.
- Konsep membeli untuk keperluan - Harus diingat, disebabkan harga barangan adalah terlampau murah, semua benda boleh dibeli. Tetapi, membelilah untuk kegunaan dan elakkan pembaziran.
- Elak membeli barangan elektrik - Ingat, tiada siapa akan menjual heater pada musim sejuk atau kipas pada musim panas, kecualilah ianya rosak!
- Awas dengan anjing! - Awasi kaki ketika berjalan kerana kekadang anjing boleh berada di belakang kita. Begitu juga dengan penjual, aku selalu elak membeli barangan daripada penjual yang membawa anjing.
- Cuba tawarkan harga terendah - Kita yang menentukan harga. Bagi aku, harga 2 pounds adalah tinggi di carboot. Jarang sekali aku tengok orang membeli barangan berharga lebih 100 pounds ketika di carboot.
- Kelebihan datang awal - Kalau datang awal, biasanya senang nak parking. Tentu sekali banyak barangan yang kita hendak, akan senang dapat. Tetapi, keburukannya, ada sesetengah carboot seperti di Junction 29 (M1) yang menyediakan parking yang jauh untuk pembeli yang datang awal dan terpaksalah berjalan kaki lebih kurang 500 meter ke tempat carboot. Daripada segi harga, semestinya mahal dan tidak boleh ditawar kerana pada awal-awal ini, penjual pun baru membuka 'boot' mereka.
- Kelebihan datang lambat - Sebagai contoh di carboot Derby. Jika datang lambat dan rezeki murah pada hari itu, adakalanya akan mendapat parking sticker free daripada pembeli yang sudah hendak balik (kerana di carboot ni, untuk parking di tempat yang proper, kita perlu mempamerkan sticker parking yang berharga 50p). If tak, kena saman pulak. Kelebihan lain, masa dah nak habis carboot ni, biasanya penjual akan menurunkan harga lagi murah, daripada £1 kepada 50p, daripada 50p kepada 10p dan sebagainya. Tetapi masalahnya, perlukah kita dengan barangan itu?
- Kenali 'carbooter' dan 'trader' - carbooter adalah mereka yang betul-betul menjual barangan sendiri, manakala trader adalah penjual yang ingin meraih untung. Daripada jenis barang-barang, kita akan perasan mana satu carbooter dan mana satu trader. Jika dah penuh barangan dijual adalah dvd dan cd sahaja, sahlah itu trader. Carbooter akan menjual pelbagai barangan sendiri sahaja.
- Awas dengan barangan curi! - Elak juga daripada membeli barangan seperti handphone atau basikal kerana dikhuatiri mungkin dicuri. Cuba tanya detail untuk setiap barangan yang dicurigai. Jika barangan sendiri, sudah pasti penjual akan dapat menjelaskannya.
- Awas penyeluk saku! - Berhati-hati ketika berjalan berhimpit-himpit kerana kebarangkalian untuk dompet hilang adalah tinggi.
- Lihat pada jenis kereta penjual - Ada baiknya juga kita lihat pada jenis kereta penjual untuk mengetahui sama ada dia betul-betul ingin 'let it go' barang-barang or kaut untung. Sebagai contoh, penjual yang memandu kereta-kereta mewah seperti Land Rover/BMW 5 series/Mercedes E class/Audi (model baru), biasanya mereka yang benar-benar ingin 'clear'kan rumah dan akan menjual barangan dengan harga yang murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))