---------------------
1A
Apa benda 1A ni? Pasal exams ke? Nope... inilah adalah apa yang aku perolehi di UK, kesinambungan daripada post lalu.
A bererti Agama.
Memang kita tidak boleh nafikan, walau di mana kita berada, agama adalah suatu yang penting kepada kita semua. Tanpa agama, kita tiada pegangan hidup. Alhamdulillah kita dilahirkan dan dibesarkan dalam agama Islam.
Mengenali bangsa asing membuatkan aku tahu bahawasanya kebanyakan mereka tiada pegangan agama. Hidup mereka lebih difokuskan kepada benda2 duniawi seperti pekerjaan, pelajaran dan kehidupan seharian. Mungkin mereka cakap ada agama, tapi hanyalah dalam rekod kelahiran. Jarang sekali aku melihat mereka pergi ke gereja2 pada hari Ahad. Tetapi yang ramai mereka pergi adalah ke carboot sales di merata tempat.
Walaupun aku jauh di perantauan, tapi alhamdulillah aktiviti2 keagamaan selalu diadakan di kalangan rakan2 lain seperti program Perbincangan Ilmiah (lebih kurang usrah), kelas KAFA anak-anak, program Takbir Raya daripada rumah ke rumah, solat Hari Raya dan khutbah versi Msia, sambutan Maal Hijrah dan sebagainya.
Jadi, dapat aku simpulkan bahawa agama adalah seiring dengan kehidupan kita. Paling tidaknya, kita perlu bersyukur kerana kita ada Allah yang begitu hampir dengan kita walau di mana kita berada.