"I tau apa yang U dah buat di syarikat tu, OUTSTANDING! Syarikat tu dah berubah macam-macam sekarang. Tetapi sekarang, I nak U fokus pada career U pulak," kata BigBoss pada Samad yang masih terpinga-pinga di dalam bilik BigBossnya yang besar itu. Samad faham, BigBoss cuba memujuknya dengan cara pujian dan kata-kata manis, untuk dia menerima kenyataan yang dia perlu 'disingkirkan' daripada syarikat jagaannya yang selama ini telah menjadi darah daging hidupnya.
Apakah selama ini Samad tidak fokus kepada kerjayanya? TIDAK, Samad memang tengah membina kerjaya hidupnya, dalam cabang yang berbeza dengan rakan-rakannya yang lain. Samad tidak memilih jalan yang biasa kerana minatnya yang mendalam dengan apa yang telah dibuat olehnya selama ini. Samad ingin membantu dan bersama dengan pelanggan utama kepada perniagaan ini, sedangkan rakannya yang lain memilih untuk bekerja bersendirian di dalam bilik masing-masing. Atas sebab keikhlasan dan jiwanya ke arah itu, Samad telah dinaikkan pangkat kepada bos kecil di salah satu anak syarikat oleh BigBoss yang terdahulu, yang sememangnya mengetahui potensi yang lebih besar dalam diri Samad.
"Samad, U naik cepat sangat!," tambah BigBoss lagi membuatkan Samad semakin keliru. Kenapa BigBoss bercakap sebegitu kepadanya? Adakah BigBoss menafikan kewujudan Samad yang masih muda ini sebagai seorang bos kecil di syarikatnya? Betul, memang Samad muda tetapi dengan 'kemudaan' itu telah membolehkan Samad semakin rapat dengan para pelanggan. Samad telah memberikan sesuatu yang di luar jangkaan kerana telah berjaya membawa perubahan yang sangat positif di anak syarikat jagaannya. Tidak dinafikan, syarikat jagaan Samad semakin stabil dan telah memenangi beberapa anugerah dan pencapaian terbaik sejak diambilalih olehnya.
"OK, berapa lama tempoh yang U perlukan untuk settle down?" tanya BigBoss pada Samad, memberikan isyarat yang Samad memang perlu keluar juga akhirnya.
Isnin, 15 Februari 2016
Kisah Samad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))