Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Isnin, 9 Jun 2008

Disukai dan tidak disukai

Di sini aku senaraikan 4 perkara yang bagus dan 4 perkara yang tak berapa bagus mengenai pribumi UK (mat dan minah salleh, tak termasuk Paki, India dan Arab) daripada pandangan, pengamatan dan pengalaman aku selama 6-7 bulan di sini. If ada kesilapan fakta, sila maklumkan, geng.

Bagusnya bila:

  1. Menegur kita asyik tanya "Are you alright?". Kekadang rasa baiknya diaorg ni. Ambik berat dengan orang lain tu. Walhal cashier masa nak bayar pun, depan tegur macam ni. Bukan kenal pun.
  2. Bercakap depan kita biasanya diaorg guna bahasa cantik punya, contohnya "Brilliant", "Excellent", "Very Good" dan sewaktu dengannya. Tapi kita perlu ingat, diaorg ni biasanya tak menggambarkan apa yang diaorg cakap tu, lebih-lebih lagi jika mereka tu supervisor kita. So, make sure tidak begitu gembira bila mendengar mereka asyik memuji kita.
  3. Memberi kita barang-barang secara FREE. Satu budaya orang di sini, mereka akan memberikan barang-barang contohnya perabot, mainan, barangan komputer dan sebagainya, yang tidak lagi diperlukan kepada orang lain. Biasanya barang-barang ini masih baru dan boleh digunakan. Setakat ini, aku telah mendapat TV dan printer free. Thanks. Bukan setakat itu, kita jugak boleh request barang apa yang kita nak. Kan bagus kalau kita ada budaya ini di Malaysia. Kekadang sampai rosak pun, kita still simpan kan... kan.
  4. Dapat membeli barangan secara murah di carboot. Satu lagi budaya orang di sini, kebiasanya setiap Ahad, depa ada buat jualan murah barang-barang second hand. Sebut saja apa nak, semua boleh dapat dengan harga yang terlalu (kali 10) murah. Contohnya, monitor komputer 17" aku pernah dapat dengan harga 40pence, masih OK dan boleh digunakan. Tetapi kena la pandai memilih. Nanti kena pulak barang yang rosak dan ditipu. Hampir semua Melayu di UK tahu mengenai carboot (maybe ada yang menjaga standard dengan tidak membeli barang second hand ni), dan sememangnya ianya menjadi aktiviti hujung minggu sekeluarga dan kekawan.


Tak bagusnya bila:
  1. Masa buat kerja boleh kentut-kentut.. Apa ke hal? Pernah satu ketika, depa datang pasang broadband dan TV kat rumah aku, boleh ke patut kentut-kentut depan customers. Dalam rumah lak tu. Bukannya sekali. Jika sekali, boleh la kita agak terlepas la tu. Kurang asam betul... Rasanya tak semua orang depa macam ni...
  2. Suka jaga tepi kain orang. Ada jugak ke macam ni? Ingatkan orang-orang kita je... Jawapannya ada. Lebih-lebih lagi jika berjiran dengan orang-orang tua. Malas nak cerita lebih-lebih. Ada sorang kawan melayu tu, jiran dia siap datang rumah suruh tukar langsir lain pasal katanya langsir ni dah bertahun guna yang sama!! Apa ke hal ni?
  3. Kita bercakap diaorang tak faham, tapi diaorang bercakap kita boleh faham. Asyik suruh kita repeat, "say it again" je. Maknanya english kita lagi bagus la tu :p Agaknya listening part depa kurang bagus ni!
  4. Bawak anjing masa pi pasar minggu or carboot. Ada ke patut nak bawak anjing ke tempat-tempat awam. Risau betul aku bila berjalan semasa nak tengok barang-barang kat pasar minggu atau carboot. Dah la kita kena samak jika kena air liur anjing tu. Pastu anjing-anjing tu pulak, anjing bulldog, muka garang-garang. Sanggup aku "lari" ikut jalan lain if tetiba terserempak dengan anjing-anjing ni. Pernah satu ketika, semasa tengah khusyuk cari barang kat carboot, tetiba ada anjing kat belakang. Terus hilang idea nak cari barang apa.
Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang tidak terlintas buat masa ini. Sebarang komen atau penambahan perkara lain adalah dialu-alukan.

Wassalam.

2 ulasan:

  1. salam en hapis...

    apa yg encik ckp tuh,memang betui..itulh sikap sebenarnya tp heran ya,mengapa org kita ni,pandang deme mcm jakun..diaorg,sikitpun tak pandang kita pasti memang sikap suka memuji..itu mcm dh kebiasaan tp awas,jgn terpedaya.hehe...

    omputih ni relaly concern tntg jiran esp yg ada anak..kdg2 terlebih concern smpai kes ketuk2 pintu pun ada-bebudak mana tak bising..jakun tul agaknya dgr sore budak..hehe..

    nanti bila dh bwk anak isteri,lg deme mesra alam.hehe

    BalasPadam
  2. salam
    Bab yg paling tak tahan tue ttg anjing deoranglah... walaupun anjing2 tue kebanyakannya 'friendly' dan takkan gigit kita...tp tension jugaklah bila kat carboot pun boleh bawak yg saiz sebesar anak lembu. Kalau pegi park lagilah... dibiarkan anjing deorang tgak bertali... kita plak nak kene lari ...takut jugak tiba2 kene terkam.
    yg no 3 tu setuju jugak... bila kita tanya...dia jwb lain pdhal rasa dah guna ayat yg betul dan sebut dgn jelas. MMg ada mslh pendengaran deorang nie.
    Psl yg lain2 tue tak pernah alami lagi... jiran kami ok jer buat hal sendiri...

    BalasPadam

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin