Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Jumaat, 20 Februari 2009

Cabaran2 bagi pasangan yang kedua-duanya belajar

Sebagai salah seorang yang ber"tuah" kerana dipilih untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama isteri tercinta (yang juga belajar), di sini aku senaraikan antara cabaran-cabaran yang telah kami lalui setakat ini.

1. Penjagaan anak-anak
Disebabkan kami mempunyai 2 orang anak tersayang yang masih kecil (kerana kedua-duanya di bawah 3 tahun), maka mereka masih bergantung sepenuhnya kepada kami. Ke mana saja kami pergi (even nak ke tandas pun), mereka nak ikut... so, agak susah hendak meninggalkan mereka sendirian di ruang tamu or dalam bilik if kami hendak study or melakukan apa2 aktiviti di luar daripada pandangan mereka. Kebanyakan masa di rumah dihabiskan bersama anak2 di ruang tamu, menonton rancangan kartun On-Demand yang telah diulang lebih 20 kali sehari (rasanya).... apa nak buat? Nak study, mereka lak tukang tolong ajar, laptop kita pun nak main... hihi...

Sebenarnya, anak2 boleh dihantar ke Nursery or rumah pengasuh, tetapi apa la daya kami, mana mungkin mampu untuk menanggung perbelanjaan itu. Cuba bayangkan, untuk nursery, seorang anak dicaj ~£470 (setelah mendapat diskaun £100 utk student), maka untuk 2 orang anak, kira la kalau berani... hihi, ~£940 = ~RM4935 (if dikira £1 = RM5.25, £ dah rendah sikit berbanding masa mula2 sampai dulu, £1 = RM7). Lebih kurang RM5000 sebulan, wow... gaji aku kat Msia pun tak sampai tahap ni... Elaun yang kami dapat sebulan lebih kurang £1200, if tolak £940, berapa lagi yang tinggal ye? £260.... nak bayar sewa rumah pun tak mampu... sewa rumah kami £325 sebulan. Ini pun dikira sebagai sewa yang agak murah if dibandingkan dengan sewa di Loughborough (sebelum ni kami menyewa rumah di L'boro £485).

So, cara senang, jaga sendiri anak-anak.


2. Pembahagian Masa
Tujuan utama datang ke UK adalah untuk mendapatkan PhD. Walaubagaimanapun, disebabkan kami di sini bukannya bersendirian tetapi bersama isteri dan anak2, maka keluarga juga adalah perkara utama di samping PhD. Lebih2 lagi jika isteri juga belajar dan anak2 masih kecil. Disebabkan itu, maka pembahagian masa terlalu penting.

Dalam kes aku, aku belajar di Loughborough dan wife pula belajar di Nottingham. Dua tempat yang berbeza, jaraknya dalam 20 miles (32 km) dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Oleh kerana jaraknya kurang 100km, maka kami tidak mendapat dua elaun.

Dalam seminggu, hanya 2 hari atau maksimum 3 hari aku akan ke Loughborough. Hari lainnya, aku terpaksa membuat rotation dengan wife untuk menjaga sendiri anak2 yang masih kecil. Baru aku tahu betapa susahnya menjaga anak2... hihi. If di Malaysia, boleh je aku hantar anak2 ke rumah pengasuh dan bayarannya pun dalam RM200/seorang.

If wife tak belajar or salah seorang yang belajar, ramai yang mencari kerja part time untuk menampung keluarga. Tetapi, bagi aku, sememangnya mengharapkan duit daripada elaun yang aku dapat dan sedikit gaji di Msia.

Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Saksama.

Akan bersambung lagi, insyaAllah......

Kepada kekawan yang tiada apa2 halangan untuk belajar dengan aman dan tenteram, gunakanlah peluang yang ada ini untuk menghabiskan PhD anda sepantas mungkin. Peluang kita hanyalah sekali. Andalah orang2 yang lebih bertuah daripada kami. Ingatlah, PhD bukannya kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan Nobel Prizes.

2 ulasan:

  1. Iallah abe....ada hikmah tu....susah2 dulu....bersenang kemudian...insyaallah. Janji awak sekeluarga sihat....

    BalasPadam

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin