Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ramadhan di perantauan

________________________

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu kita berada di bulan Ramadhan. Walaupun begitu, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Berpuasa, Berbuka dan Bersahur kepada seluruh umat Islam, walau di mana sahaja berada.


Tahun ini adalah kali ketiga aku dan keluarga berpuasa di perantauan. Kali ketiga juga aku dan keluarga akan beraya di sini. Jauh daripada keluarga dan sanak-saudara, juga kesibukan menyambut bulan Syawal... tiada shopping baju raya, biskut raya, balik kampung beraya dan seumpamanya. Sedih pula rasanya.

Mengikut pengalaman dan pemerhatian aku, ada beberapa perkara yang berbeza mengenai bulan Ramadhan di perantauan berbanding dengan Malaysia (persamaannya adalah kita semua berpuasa pada bulan ini), antaranya:

  1. Yang paling nampak adalah di sini tiada Pasar Ramadhan (PARAM). Kat Malaysia, aku dan wife memang pelanggan setia ke PARAM... mesti beli 2-3 jenis kuih pun paling kurang. Kat sini, setiap keluarga akan masak sendiri. Antara kelebihannya, dapat berjimat-cermat, tiada pembaziran, dapat makan pelbagai masakan orang rumah dan yang paling best, pahala orang yang memasak untuk orang berpuasa adalah sama dengan orang yang berpuasa, insyaAllah.
  2. Jadual waktu solat berbeza-beza. Di perantauan ini, jadual waktu solat adalah bergantung kepada jadual mana yang kita yakin dan percaya. Mana-mana boleh diikuti, tetapi tidak boleh la main tukar-tukar. Sekejap jadual waktu Islamicfinder, sekejap jadual waktu masjid ni, masjid tu dan sebagainya. Aku mengikuti jadual waktu daripada Islamicfinder, Subuhnya lebih awal sejam daripada jadual waktu yang lain. Maknanya, orang lain baru nak bersahur bila aku dah siap solat Subuh. Nasib baik juga Maghribnya sama. Tetapi, waktu Isyak pula yang lain-lain. Waktu Isyak daripada Islamicfinder adalah lewat dalam sejam daripada jadual yang lain. Maknanya, orang lain dah habis solat tarawikh, tetapi aku baru hendak mula. Untuk hari ini, Isyak untuk aku adalah pukul 10.35 malam.
  3. Tempoh berpuasa. Di Malaysia, biasanya kita bersahur pukul 5 - 5.30 pagi pasal Subuh dekat-dekat pukul 6 pagi. Di sini, sahur pukul 2.30 pagi, Subuh pukul 3 pagi... dah tu, kena masa Summer ni, berbuka pukul 830 malam. Berapa jam tu tempoh puasa? Dalam 17 jam!! Tetapi alhamdulillah, itulah dugaan Allah. Walaupun bunyi macam lama puasa sampai 17 jam, tetapi kami di sini masih sihat walafiat. Setiap kepayahan, insyaAllah akan ada kesenangan yang Allah janjikan. Semenjak bulan Ramadhan ni, cuaca agak sejuk walaupun tengah musim panas, jadinya tiada rasa lapar dan dahaga yang melampau-lampau.
  4. Dari segi cara pembayaran zakat fitrah. Kalau di Malaysia, biasanya kita perlu berjumpa Tok Iman atau AJK Masjid untuk urusan pembayaran zakat, tetapi di sini, keadaannya berbeza dan lebih senang. Kita boleh membayar zakat secara online sama ada melalui website yang disediakan menggunakan debit kad ataupun paypal. Yang penting adalah niat.

1 ulasan:

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin