Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Sabtu, 1 Januari 2011

Panduan lengkap untuk perlanjutan visa (UK) - Part 1

-----------------------------------------------

Alhamdulillah, setelah pelbagai rintangan dan dugaan, akhirnya aku sudah menghantar permohonan perlanjutan visa untuk kami sekeluarga, yang sepatutnya tamat pada 31 Disember ini. Alangkah lega rasanya, walaupun permohonan baru sahaja dihantar kerana memikirkan kemungkinan aku sekeluarga perlu pulang ke Malaysia sekiranya tidak dapat menyelesaikannya sebelum tarikh tamat. Kira 'overstay' la pulak nanti, at least boleh dapat tiket balik free kan... :p



Di sini, ingin aku berkongsi serba sedikit pengalaman sebagai panduan kepada rakan-rakan yang akan membuat permohonan perlanjutan visa nanti. Mungkin situasinya berbeza bagi setiap orang tetapi hasilnya nanti adalah sama, iaitu masing2 perlu menghantar 'permohonan yang lengkap' sebelum tarikh visa tamat. Pengalaman ini kekadang boleh diperolehi daripada rakan-rakan rapat melalui lisan tetapi ada baiknya aku coretkan sebagai rujukan yang mudah di kemudian hari.

Untuk memohon perlanjutan visa (ini valid bagi sesiapa yang telah berada di UK sahaja dan hanya untuk pelajar), terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian segera, sebaiknya 3 bulan sebelum tarikh visa tamat. Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Financial Affidavit (FA) yang baru
Kebanyakan pelajar di UK adalah dibiayai oleh sponsor masing-masing. Sekiranya kita perlu memohon perlanjutan tempoh pengajian dan sponsor, ada baiknya kita memohon selewat-lewatnya 3 bulan daripada tarikh tamat.

Penting diingatkan di sini bahawa untuk mendapatkan FA yang baru, biasanya ianya melalui pelbagai peringkat. Setiap peringkat akan ada orang yang in-charge. Setiap peringkat juga memakan masa yang lama dan kekadang selagi tidak di follow-up, selagi itulah permohonan kita akan diperam di atas meja mereka (kisah benar!). Kita juga perlu ingat yang bukan permohonan kita seorang sahaja yang perlu dilayan oleh mereka.

Contohnya bagi kes aku, ianya akan melalui akuan Ketua Jabatan, kemudian pengesahan/kelulusan Dekan dan barulah dihantar ke peringkat HRD universiti. Biasanya di peringkat fakulti dan universiti, permohonan kita akan memakan masa lebih daripada sebulan dan kekadang mencecah 2 bulan. Setelah mendapat kelulusan di peringkat universiti, barulah ianya akan dihantar ke peringkat seterusnya, iaitu KPT. Di sini, aku nasihatkan supaya rakan-rakan rajin dan sentiasa follow-up di peringkat mana permohonan kita berada. Tidak salah kalau kita email atau telefon sendiri mana-mana pegawai yang berkenaan di universiti ataupun di KPT. Step paling last di sini adalah pegawai/kerani di KPT sendiri akan menghantar email menanyakan berkenaan no akaun kita. Itu maknanya permohonan perlanjutan tempoh pengajian dan sponsor telah diluluskan di KPT. Ketika ini kita bolehlah memohon mendapatkan FA yang baru daripada mereka, untuk diposkan ke alamat kita di UK. Dalam tempoh seminggu lebih daripada tarikh email itu, insyaAllah elaun perlanjutan akan masuk ke akaun kita dan FA akan sampai ke rumah kita.

Sebenarnya, kita juga boleh mendapatkan FA daripada universiti masing-masing, tetapi make sure FA tersebut mengandungi nama penuh yang betul, tarikh lahir, kursus, nama universiti di UK, tempoh sponsor, amount yang mencukupi untuk cover kita sekeluarga, adanya cop pengesahan dan ada statement yang menyatakan kita dibenarkan untuk keluar dan masuk ke UK tanpa syarat.

2. CAS

3. ATAS (jika perlu)

4. Bank statement

5. Borang permohonan

6. Yuran

7. Cara pembayaran

8. Cara hantar

Untuk perkara ke-2 hingga ke-8, ianya akan dihuraikan di kesempatan yang lain, insyaAllah. Harap bersabar menunggu.

Wassalam.

Selamat tahun baru 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))

Blog Widget by LinkWithin