Tarikh Pembayaran Gaji 2008
- 24.01.2008 Khamis
- 25.02.2008 Isnin
- 25.03.2008 Selasa
- 24.04.2008 Khamis
- 22.05.2008 Khamis
- 25.06.2008 Rabu
- 24.07.2008 Khamis
- 25.08.2008 Isnin
- 25.09.2008 Khamis
- 20.10.2008 Isnin
- 25.11.2008 Selasa
- 18.12.2008 Khamis
Tarikh Pembayaran Gaji 2008
Assalamualaikum semua pembaca...
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam...
Alhamdulillah di UK, raya adalah pada 19 hb Disember, hari Rabu lagi. Awal sehari dari Malaysia. Ini adalah kali pertama aku beraya di perantauan, jauh daripada isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Kali pertama juga aku beraya dengan nasi berlaukkan telur mata je... Rasa sedih, pilu dan macam2 lagi.. Pada pagi rayanya, aku bersolat hari raya di universiti (James France Building) bersama dengan umat Islam yang lain. Boleh dikatakan ramai jugak yang hadir tapi rasanya ramai jugak yang tak hadir pasal waktu solatnya agak awal, iaitu dalam pukul 845 pg tepat. Ramai jugak yang tersalah hari cuti kerana menyangka raya pada 20 hb. Lepas solat, macam di Malaysia, kita akan bersalaman dengan rakan-rakan yang lain.
Lepas solat ni jugak, diadakan sedikit jamuan raya seperti sandwich, roti dan makanan arab oleh pak-pak Arab. Aku pun tumpang la sekaki dengan rakan-rakan lain. Rezeki pagi raya. Selepas itu, aku hanya melepak di rumah dan tidak ke mana-mana pasal nak ke Centre pun agak susah untuk masuk, dah takde orang kat sana sekarang ni. Kad aku tidak dapat access bangunan tu lagi. Maka, memerap di rumah je la aku pada hari raya tu. Sebenarnya tak rasa cam raya pun, cuma yang bezanya kita memakai baju melayu dan bersolat raya, selepas itu masing-masing dengan urusan sendiri. Ada jugak yang membuat Open House, tapi masalahnya aku bukannya dapat pergi, satu hal pasal takde kenderaan nak pergi, tak tahu rumah kat mana, tak tahu pun satu hal.... So, begitu lah hari raya pertama aku di UK...
Ibu, Aisyah dan Imran, cepat la datang sini. Papa dah rindu ni syg.
Alhamdulillah, pada hari ini, 15 Disember 2007, rumah aku telah dipasang dengan broadband. Kira seminggu gak menunggu sebenarnya. Kalau lambat2, alamatnya tahun depan la baru dapat pasang kat rumah ni. Aku menggunakan Virgin, ambil package
2 for 20pound/month. Dalam pakej ni ada broadband (Saiz M), Phone (Saiz M : Call free landline UK for unlimited masa weekend) dan percuma TV Box saiz M gak. So kira dah ada entertainment la kat rumah sekarang ni...
Di sini, aku berikan sedikit panduan untuk memasang kepada yang baru macam aku ni:
1. Pertama sekali, benda yang paling penting, korang mesti ada buku akaun UK dulu, kalau takde, takyah cerita lagi. Itu yang paling utama kat UK ni. Takde buku akaun atau debit card, macam tak hidup kita di UK ni.
2. Daftar online di
http://allyours.virginmedia.com/html/specialoffers/index.html. Pilih je pakej yg korang berkenan. Masa tu, ada pakej 2 for GBP20 dan free TV, tapi lani rasanya dah takde lak. Kena check offer pasal berubah-ubah. So, make sure kita tetapkan masa untuk diaorg datang pasang tu masa kita free. Biasanya ambil masa at least seminggu gak la pasal ada surat2 suh kita sign itu ini dan sebagainya.
3. Dalam masa seminggu or tarikh yg dijanjikan tadi, diaorg akan datang pasang semuanya. Ikut janji tu diaorg akan datang dalam pukul 8 pagi - 1 tghari, tapi biasanya diaorg akan sampai dalam pukul 11 pagi gak. Kalau takde TV, diaorg takkan pasang lagi line TV tu. Kat UK ni pun satu hal, nak tengok TV kena ada lesen geng...... macam Malaysia zaman dulu kala lak... salah satu pendapatan terpenting UK agaknya ni... Kalau takde lesen, diaorg akan tahu pasal ada alat yg boleh check signal TV kat rumah kita ni... macam2 diaorg ni. So, depends pada individu nak ada TV ke tak pasal harga lesen ni agak mahal gak, kalau convert Malaysia dalam RM948.50 gak (GBP135.50) per year. Mahal tu... tapi terpaksa la kalau nak tgk TV, walhal kalau guna laptop tgk TV pun kena lesen gak... check sini
http://www.tvlicensing.co.uk/index.jsp
4. Dah datang pasang, korang guna la seadanya. Macam broadband ni, kalau guna Vista, takyah install guna CD yang diberi tu pasal tak compatible. Untuk Vista, kena daftar secara online je kat sini https://autoreg.autoregister.net/. Benda macam ni diorg tak maklum pun awal2, kat CD pun takde... kena call baru tau... kena caj la pulak. Lagi satu, make sure korang ada Serial Number (untuk broadband) pasal untuk register ni perlu sangat benda ni.
5. Selamat mencuba pakej yang sama.
Alhamdulillah, minggu ini maka bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar semula...... setelah hampir 4 semester aku mengajar, maka sekarang aku pula sebagai pelajar... Minggu ini bermula dengan aku berjumpa dengan supervisor aku, Prof Rob Parkin pada hari Isnin, jam 12 tghari. Supervisor aku ini agak sibuk kerana dia adalah Head of School sekarang ini. Kena buat appointment la kalau nak jumpa... tapi akhirnya aku dapat juga berjumpa dengannya setelah 2-3 kali datang ke ofisnya minggu lepas.
Dalam perjumpaan pertama ini, yang mengambil masa lebih kurang 1 jam, dia mahukan aku membiasakan diri dahulu dengan keadaan di sini... dengan cuacanya yang agak sejuk, environment university di sini, dan sebagainya. Memang tidak dinafikan, dia memang supervisor yang baik (my first impression).... syukur alhamdulillah. Mengikut Prof Parkin, centre aku ini memang mempunyai ramai international students, antaranya daripada Malaysia (Najib - UUM) selain daripada aku sendiri, Thailand (Tuss -my partner dalam projek), Pakistan (Khurram Kamal - very nice guy), Bangladesh (Nastara - also good guy), China (Dr Pen),Germany (Michael), Italian, Mexico dan UK sendiri... kira ramai juga foreigner di sini... Dia menyuruh aku mengambil peluang berkenalan dan mengenali mereka dengan lebih dekat dari segi budaya hidup, cara bekerja dan sebagainya. Bukan calang-calang peluang ini...
Pada petangnya, aku berjumpa dengan Miss Jo Mason, yang banyak aku hubungi melalui email sebelum ini. Di sini, dia memberikan segala maklumat yang perlu aku tahu sebagai Research Student, contohnya, Kursus Induksi (department dan University), kad photostat, alatulis, bilik rehat, privileges dan sebagainya. Banyak benda juga yang aku kena belajar lagi sebenarnya. Tapi, semua itu aku akan belajar beransur-ansur.... insyaAllah.
Selepas itu, aku terus ke Holywell Mechatronics Research Centre, walaupun aku tak pasti nak mencari siapa. Di sini, aku berjumpa dengan Tuss, PhD student daripada Thailand yang juga membuat projek yang sama macam aku... kira my partner la ni... Aku diberikan tempat duduk, desktop, diperkenalkan dengan semua orang dan di-brief serba sedikit oleh Tuss... memang baik orangnya.... nice to meet him here.
Pada hari Selasanya, aku berjumpa pula dengan Co-supervisor aku, Prof Mike Jackson. Daripada first impression, tidak dinafikan bahawa dia juga adalah seorang yang baik, walaupun daripada kata students PhD yang lain, dia agak demanding. Tapi bagi aku, dia bagus dan very helpful. Dalam masa ini pun, dia tidak banyak demand untuk aku, just nak aku get familiar dengan environment di sini, sama macam Prof Parkin jugak...
Selepas itu, aku terus ke centre dan meneruskan hidup sebagai pelajar. Tapi keesokannya, aku tidak datang ke centre kerana agak penat hendak berjalan kaki sejauh 5/6 km (dalam 45 minit) dengan cuaca sejuk, selsema, beg berat, hidung berair, lapar dan sebagainya.
Tapi, hari Khamis aku datang semula. Hari ini aku ada discussion dengan Tuss mengenai Human Adaptive Mechatronics. Aku di-brief olehnya serba sedikit daripada apa yang dia tahu... bagus betul begini. Aku suka bekerja berkumpulan begini, sama ketika Master dulu.
InsyaAllah, aku akan menyambung lagi blog ini kemudian. Sekarang dah agak lewat untuk balik, baru pukul 6 ptg, tapi di luar keadaan macam gelap gelita, macam pukul 9/10 mlm di Malaysia.
Beberapa perkara yang perlu diambilkira apabila ingin melanjutkan pelajaran di
1. Jet lag
Perbezaan waktu antara
Bagi yang pertama kali berada di Eropah, tidak dinafikan kita akan merasa kesejukkan yang agak melampau apabila berada di luar bangunan. Kebiasaannya, suhu di luar di antara 9°C hingga -6°C, memang berbeza dengan Malaysia, yang kebiasaannya 32°C hingga 35°C.
Satu perkara yang amat ketara perbezaannya adalah tiadanya air di dalam tandas. Bagi seorang muslim, biasanya perkara begini amat tidak disukai.
a) Membasahkan tisu dan menggunakannya untuk membasuh. Rasanya sesuai untuk air kecil.
b) Menyediakan bekas kecil atau botol air apabila ingin meninggalkan rumah. Penyelesaian ini rasanya sesuai untuk membuang air kecil dan juga air besar sekiranya terdesak.
c) Yang paling praktikal adalah membuang air terutamanya air besar di rumah sendiri sahaja. Tetapi mungkin akan menjadi masalah jika tetiba perut kita memulas. Doa kepada Allah agar dijauhkan perkara begitu.
Bagi yang pertama kali datang ke
Jika di Malaysia, sehelai baju atau seluar biasanya adalah untuk sehari pakai. Berbeza dengan
Agak susah sebenarnya nak makan di café atau kantin universiti atau mana-mana kedai makan yang menyediakan masakan halal. Walaubagaimanapun, sekiranya terdesak sangat, kekadang kita boleh mencari sandwich tuna atau vegetarian. Di supermarket sekalipun, jangan harap kita akan menjumpai symbol HALAL pada packet makanan. Di sini, kita hanya bergantung kepada symbol V, iaitu sesuai untuk vegetarian. Jangan fikir lebih-lebih, jika tidak kebulur la kita di sini.
Satu perubahan besar yang perlu diambil kira apabila ingin melanjutkan pelajaran di
Jika di Malaysia, kita akan solat Zohor lebih kurang pukul 1 tengahari, tetapi di
Biasanya di Malaysia, solat Jumaat dilakukan di awal waktu, iaitu selepas azan dan khutbah. Tetapi berbeza dengan di
Jika di Malaysia, kita jarang-jarang berjalan kaki ke tempat kerja. Dengan cuacanya yang sejuk, begnya yang berat, perutnya yang lapar, hidungnya yang berair, jaraknya yang agak jauh, perkara-perkara ini akan menjadi rutin harian sehinggalah kita ada kenderaan sendiri di
Satu benda yang perlu di’highlight’
Begitulah serba sedikit perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila anda ingin melanjutkan pelajaran di
Wassalam.
Hafis