Assalamualaikum semua pembaca...
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam...
Alhamdulillah di UK, raya adalah pada 19 hb Disember, hari Rabu lagi. Awal sehari dari Malaysia. Ini adalah kali pertama aku beraya di perantauan, jauh daripada isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Kali pertama juga aku beraya dengan nasi berlaukkan telur mata je... Rasa sedih, pilu dan macam2 lagi.. Pada pagi rayanya, aku bersolat hari raya di universiti (James France Building) bersama dengan umat Islam yang lain. Boleh dikatakan ramai jugak yang hadir tapi rasanya ramai jugak yang tak hadir pasal waktu solatnya agak awal, iaitu dalam pukul 845 pg tepat. Ramai jugak yang tersalah hari cuti kerana menyangka raya pada 20 hb. Lepas solat, macam di Malaysia, kita akan bersalaman dengan rakan-rakan yang lain.
Lepas solat ni jugak, diadakan sedikit jamuan raya seperti sandwich, roti dan makanan arab oleh pak-pak Arab. Aku pun tumpang la sekaki dengan rakan-rakan lain. Rezeki pagi raya. Selepas itu, aku hanya melepak di rumah dan tidak ke mana-mana pasal nak ke Centre pun agak susah untuk masuk, dah takde orang kat sana sekarang ni. Kad aku tidak dapat access bangunan tu lagi. Maka, memerap di rumah je la aku pada hari raya tu. Sebenarnya tak rasa cam raya pun, cuma yang bezanya kita memakai baju melayu dan bersolat raya, selepas itu masing-masing dengan urusan sendiri. Ada jugak yang membuat Open House, tapi masalahnya aku bukannya dapat pergi, satu hal pasal takde kenderaan nak pergi, tak tahu rumah kat mana, tak tahu pun satu hal.... So, begitu lah hari raya pertama aku di UK...
Ibu, Aisyah dan Imran, cepat la datang sini. Papa dah rindu ni syg.
raya kt uk even with family or without family,i think sama je..kemeriahannya tak sama dgn msia.so jgn terkejutlh kalu pagi raya just mkn roti je sb terkejar nk g solat.bknnya mcm kt msia,masjid tepi umah.semoga anda tabah hidup di perantauan..
BalasPadam