Alhamdulillah, pada hari ini, 15 Disember 2007, rumah aku telah dipasang dengan broadband. Kira seminggu gak menunggu sebenarnya. Kalau lambat2, alamatnya tahun depan la baru dapat pasang kat rumah ni. Aku menggunakan Virgin, ambil package
2 for 20pound/month. Dalam pakej ni ada broadband (Saiz M), Phone (Saiz M : Call free landline UK for unlimited masa weekend) dan percuma TV Box saiz M gak. So kira dah ada entertainment la kat rumah sekarang ni...
Di sini, aku berikan sedikit panduan untuk memasang kepada yang baru macam aku ni:
1. Pertama sekali, benda yang paling penting, korang mesti ada buku akaun UK dulu, kalau takde, takyah cerita lagi. Itu yang paling utama kat UK ni. Takde buku akaun atau debit card, macam tak hidup kita di UK ni.
2. Daftar online di
http://allyours.virginmedia.com/html/specialoffers/index.html. Pilih je pakej yg korang berkenan. Masa tu, ada pakej 2 for GBP20 dan free TV, tapi lani rasanya dah takde lak. Kena check offer pasal berubah-ubah. So, make sure kita tetapkan masa untuk diaorg datang pasang tu masa kita free. Biasanya ambil masa at least seminggu gak la pasal ada surat2 suh kita sign itu ini dan sebagainya.
3. Dalam masa seminggu or tarikh yg dijanjikan tadi, diaorg akan datang pasang semuanya. Ikut janji tu diaorg akan datang dalam pukul 8 pagi - 1 tghari, tapi biasanya diaorg akan sampai dalam pukul 11 pagi gak. Kalau takde TV, diaorg takkan pasang lagi line TV tu. Kat UK ni pun satu hal, nak tengok TV kena ada lesen geng...... macam Malaysia zaman dulu kala lak... salah satu pendapatan terpenting UK agaknya ni... Kalau takde lesen, diaorg akan tahu pasal ada alat yg boleh check signal TV kat rumah kita ni... macam2 diaorg ni. So, depends pada individu nak ada TV ke tak pasal harga lesen ni agak mahal gak, kalau convert Malaysia dalam RM948.50 gak (GBP135.50) per year. Mahal tu... tapi terpaksa la kalau nak tgk TV, walhal kalau guna laptop tgk TV pun kena lesen gak... check sini
http://www.tvlicensing.co.uk/index.jsp
4. Dah datang pasang, korang guna la seadanya. Macam broadband ni, kalau guna Vista, takyah install guna CD yang diberi tu pasal tak compatible. Untuk Vista, kena daftar secara online je kat sini https://autoreg.autoregister.net/. Benda macam ni diorg tak maklum pun awal2, kat CD pun takde... kena call baru tau... kena caj la pulak. Lagi satu, make sure korang ada Serial Number (untuk broadband) pasal untuk register ni perlu sangat benda ni.
5. Selamat mencuba pakej yang sama.
Sabtu, 15 Disember 2007
Internet di my rumah UK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))