Imran memang anak yang baik
Nama manjanya Iman atau Imyan
Umur Imran sudah setahun 4 bulan
Mempunyai 8 batang gigi
Sudah pandai berjalan walaupun tidak sepantas mana
Sekali kakak tolak, terbalik lah dia
Walaupun tidak pandai bercakap, selain 'papa'
Dia pandai tergelak apabila menonton kartun, favourite kakak
Entah aksi mane yang menyebabkan Imran begitu gembira
Aksi kakak turut membuat Imran ceria
Memang Imran seorang yang mudah ketawa
Apabila kene marah, Imran akan mencebik sedih
Selimut busuknyalah menjadi teman rapatnya
Apabila nak tido, atas keta atau di tempat asing
Asalkan ada selimut busuk, terasa selamatlah dia
Sejak lahir memang tak banyak kerenah
Walaupun perut kembung, diaper basah, tetap biasa
Hanya bile perut lapar sahaja dia akan minta dimanja
Dan minta dimanja pada waktu tidurnya
Bukan dengan menangis minta didakap
Tapi dia sendiri akan pergi mencari
Mak Teh dan Mak Lang selalu menjadi mangsa
Sebab itu mak teh dan mak lang sayang pada Imran
Apatah lagi mak pengasuh Imyan
Sungguh sedih apabila hendak meninggalkan mereka
Teringat lagi pada malam terakhir Imran di rumah sana
Sanggup mak pengasuh Imran datang membantu mengemas rumah
Dan tidak sanggup pulang selagi tidak menidurkan Imran
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik Imyan pun sayang padanya
Tak lupe juga Tokmi, Uwan dan juga Atuk
Teringat dulu Atuk mencari Imran setiap kali balik kerja
'Amroji' sentiasa menjadi panggilan mesra
Tapi di sini, mereka tiada
tiada sesiapa yang akan menyayangi Imran,
Selain papa dan ibu...
dan kakak.
Selasa, 24 Februari 2009
Sayang Imran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
isk isk ..sedih la pulak..
BalasPadamdengar sajak dari papa untuk imran
imran aisyah wan nak jumpa you all, rindu sangat tapi apa boleh buat jauh sangat. jumpa nanti ye. i love both of you
BalasPadamKitaorg dah tak sabar menanti kedatangan Wan dan Atuk bulan 3 ni.
BalasPadambila wan n atuk dtg UK..seronok la aisyah n iman nanti...
BalasPadam