Setelah hampir setahun 5 bulan di UK, barulah aku berpeluang menonton bola sepak secara LIVE di Old Trafford, Theatre of Dreams. Agak susah juga untuk mendapatkan tiket jika kita tidak menjadi ahli kelab mereka. Tetapi, atas bantuan seorang kawan di Nottingham yang sudah menjadi ahli kelab, akhirnya aku dapat membeli dua tiket menonton perlawanan antara MU vs Portsmouth di Old Trafford pada hari Rabu yang lepas. Satunya untuk aku, dan satu lagi untuk adik ipar aku, Shafiq (seorang peminat hardcore MU dan sanggup menangis if MU kalah... Betulkan, Pit? Hihi...) Katanya, peluang menonton MU ini adalah salah satu impian seumur hidupnya...
Walaupun harga tiket agak mahal (melebihi RM600), tetapi peluang dan pengalaman ini bukannya selalu dapat. Maybe sekali seumur hidup, agaknya. Lagipun bukannya aku dan Shafiq sahaja yang pergi, tetapi kami menumpang kereta Hendrik, sahabat di Loughborough. So senang sikit, tak payah susah-susah drive. Ayah mertua Hendrik, peminat Ronaldo dan Najib, ofismate aku pun join sekali. Najib pun datang ni first time after 3 years.
Berbaloi dengan harga tiket, kami mendapat tempat di North Stand Tier 1 Lower, Entrance N43 Block N1403 Row BB dan Seat 257 dan 258. Seat ini second row betul2 di sebelah padang bahagian corner. Seat depan takde orang pulak, so seat kami memang di depan sekali. Takde apa2 halangan untuk menonton dan mengambil gambar dengan jelas.
Asalnya, aku juga membawa videocamera masuk ke dalam stadium selain kamera. Awal2 game (dalam 5 minit pertama), aku dengan selamba je ambik video, pasal aku fikir, kan kita dah bayar tiket, so boleh la ambik video dan gambar dengan sewenang-wenangnya. Rupa-rupanya tidak dibenarkan mengambil video di dalam stadium. Hampeh betul pulak rasanya. Siap si steward (mak guard pasal perempuan) tu tegur lagi tak bagi ambik video. Buang karan betul. Kononnya depa ni ada hakcipta untuk video padahal bukannya apa2 pun.
Sabtu, 25 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Van Der Sar tu org Terengganu..hihi :D
BalasPadamseat didepan itu memang sesuai utk mereka yang rabun jauh.. tak gitu abang? huhuhuh
BalasPadam