Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Ahad, 5 April 2009

3 perkara

__________________________
3 Perkara yang FREE/MURAH di UK tetapi MAHAL di M'sia


  • Tol
Di UK, tol adalah FREE berbanding dengan M'sia yang tolnya begitu mahal. Hanya ada beberapa highway yang mempunyai tol yang kebanyakannya di bandaraya London dan satu di Birmingham. Tetapi, kita juga mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan laluan bertol ini dan memilih highway yang tidak bertol untuk ke destinasi yang sama.

  • Call
Untuk menelefon daripada UK ke Msia, terdapat pelbagai cara untuk membuat panggilan secara FREE dan if berbayar, lebih murah (10 kali) berbanding membuat panggilan daripada Msia ke UK. Antara kaedah yang digunakan adalah melalui VOIP (voice over IP) iaitu panggilan secara internet (yang berganda-ganda lebih laju daripada Msia) dan terdapat juga syarikat telekomunikasi yang menawarkan panggilan FREE ke semua destinasi antarabangsa termasuk M'sia kecuali Eropah (company itu tidak dapat dinyatakan di sini bagi mengelak free advertisement utk mereka, tetapi boleh tanya secara direct if berminat... hihi)

  • Kereta
Satu perkara lagi yang agak berbeza dengan M'sia dan memang kita sedia maklum. Terbaru, ada beberapa kawan membeli Mercedes C Class (tahun 2002 ke atas) berharga dalam lingkungan £4000 - £7000 (lebih kurang RM21600 - RM37800) sahaja. If dicampur tax untuk dibawa balik ke M'sia, rasanya lebih murah lagi. Di M'sia, even yang second hand sekalipun, still mahal dan menjangkau RM100,000 (maybe). Apapun, itu semua rezeki Allah.


__________________________
3 Perkara yang FREE/MURAH di M'sia tetapi MAHAL di UK

  • Lesen TV
Di UK, untuk menggunakan alatan seperti TV, komputer atau mobile phone sekalipun untuk menonton siaran TV (yang disiarkan LIVE), kita diwajibkan membeli lesen yang berharga begitu mahal sekali. Untuk setahun, lesen TV berwarna berharga £142.50 (lebih kurang RM769.50) dan untuk TV black and white (tak sure ada lagi ke tak yang guna ni), berharga £48 (RM259.20). Tiada lesen, boleh didenda maksimum £1000 (RM5400)!! Syukur alhamdulillah, lesen TV di M'sia adalah FREE walaupun sebelum ini dikenakan sedikit bayaran tetapi tidaklah semahal di UK!! Rasanya, inilah salah satu sumber pendapatan negara diaorang.


  • Channel sukan
Walaupun EPL (English Premier League) terkenal di serata dunia dan siarannya dapat ditonton dengan mudah dan murah di M'sia (or tgk FREE di kedai2 mamak), tetapi tidak di UK itu sendiri. Siaran bola di TV UK merupakan antara rancangan paling mahal untuk dilanggan dan tidak semua orang mampu untuk melanggannya. Disebabkan ini, terpaksalah aku mencari alternatif lain. Nak ke stadium pun, bukannya selalu dapat kerana tiket pun mahal gak!

  • Sticker kenderaan
Satu lagi perkara yang membuat aku 'meluak' dengan UK universities. Sudah la kita (pelajar antarabangsa) perlu membayar yuran pengajian yang 3-4 kali ganda mahalnya daripada pelajar local, kena pulak bayar sticker kenderaan untuk memasuki kampus universiti dengan harga yang tidak munasabah. Caj yang dikenakan untuk sekeping sticker kertas yang nak tampal pun kena guna 'selotip' berharga £60 (lebih kurang RM324) setahun! Apa punya bisnes la ni?! If kat M'sia pun, sticker berharga RM2 (UTM) tu pun kita ingat dah mahal. Tahun pertama je aku apply sticker ni untuk memasuki kampus universiti tetapi kini, aku merasakan begitu tidak adil semacam teraniaya dan mencari alternatif lain untuk memasuki kampus. Mereka yang 'kaya', aku rasa no problem kot. Lagipun, ofis aku bukannya berada di dalam kampus dan kekadang je perlu memasuki kampus if ada kursus or meeting dengan supervisors.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))

Blog Widget by LinkWithin