Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Sabtu, 3 Mei 2008

Aduan kepada KPT - 'Kesilapan kecil KPT memberikan masalah besar kepada pelajar'

Aduan ini aku telah hantar kepada KPT (dan juga MSD sebenarnya) untuk tindakan seterusnya... tunggu apa tindakan diaorg (kalau ada la)

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya adalah pelajar PhD tajaan KPT di bawah program SLAI UTM dan baru memulakan pengajian pada bulan Disember 2007 di Loughborough University, UK. Saya mempunyai masalah berkenaan elaun bulan 5, 6 dan 7 yang sepatutnya sudah diperolehi pada 29 hb yang lepas.

Pada awalnya, KPT meletakkan status 'spouse' kepada saya menyebabkan tiada elaun sara hidup untuk saya sedangkan isteri saya masih belum memulakan pengajiannya. Jika isteri saya sudah memulakan pengajiannya, maka saya akan mendapat elaun keluarga dari UTM. Masalahnya, isteri saya belum pun mendapat offer dari universiti di UK dan kini masih berada di Malaysia, membuat persediaan untuk melanjutkan pengajiannya. Hanya saya seorang sahaja yang sudah memulakan pengajian di UK pada waktu ini.

Kesilapan kecil KPT meletakkan status program saya kepada 'Spouse' memang betul-betul menyusahkan saya sedangkan sebelum saya mendaftar PhD, UTM meletakkan saya di bawah program SLAI. Sekiranya saya terus mendiamkan diri, alamatnya saya tidak akan memperolehi elaun sara hidup untuk selamanya.

Saya sudah menghubungi pegawai KPT untuk menyelesaikan masalah ini dan menurut beliau, elaun saya akan masuk lambat dalam 3-4 minggu lagi sekiranya tiada masalah lain. Saya sendiri tidak faham mengapa perkara ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, menyebabkan saya menghadapi tekanan emosi dan kewangan yang teruk.

Kini, saya menghadapi masalah kewangan untuk membayar sewa rumah dan menyara hidup kerana segala perbelanjaan/budget sudah lari dari apa yang dirancangkan.

Saya mengharapkan pihak yang berkenaan dapat menyegerakan kemasukan elaun bulan 5, 6 dan 7 saya. Tanpa elaun-elaun ini, tuan-tuan akan tahu betapa peritnya hidup di perantauan.

Terima kasih.

1 ulasan:

  1. salam hafis,

    huhu...org KPT kalau tak tau,maknanya tak pernh duk UK aaa..suh dia mai duk UK,bru tau aa camna idup kt UK ni..hingat kita ni 24jam ada pitih tuh...duk msia,tak po aa tak dop pitih,ni £ mhl ooo..yg dirisaukn sewa umah,mengamuk omputih nanti kalau tak byr.tak byr jgk,mengamuk aa sikit...takde doh lembut2 nih-hehe

    BalasPadam

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin