Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Khamis, 27 Disember 2007

Tarikh-tarikh penting untuk kakitangan awam

Tarikh Pembayaran Gaji 2008

  1. 24.01.2008 Khamis
  2. 25.02.2008 Isnin
  3. 25.03.2008 Selasa
  4. 24.04.2008 Khamis
  5. 22.05.2008 Khamis
  6. 25.06.2008 Rabu
  7. 24.07.2008 Khamis
  8. 25.08.2008 Isnin
  9. 25.09.2008 Khamis
  10. 20.10.2008 Isnin
  11. 25.11.2008 Selasa
  12. 18.12.2008 Khamis

Khamis, 20 Disember 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR BATIN



Assalamualaikum semua pembaca...
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam...
Alhamdulillah di UK, raya adalah pada 19 hb Disember, hari Rabu lagi. Awal sehari dari Malaysia. Ini adalah kali pertama aku beraya di perantauan, jauh daripada isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Kali pertama juga aku beraya dengan nasi berlaukkan telur mata je... Rasa sedih, pilu dan macam2 lagi.. Pada pagi rayanya, aku bersolat hari raya di universiti (James France Building) bersama dengan umat Islam yang lain. Boleh dikatakan ramai jugak yang hadir tapi rasanya ramai jugak yang tak hadir pasal waktu solatnya agak awal, iaitu dalam pukul 845 pg tepat. Ramai jugak yang tersalah hari cuti kerana menyangka raya pada 20 hb. Lepas solat, macam di Malaysia, kita akan bersalaman dengan rakan-rakan yang lain.

Lepas solat ni jugak, diadakan sedikit jamuan raya seperti sandwich, roti dan makanan arab oleh pak-pak Arab. Aku pun tumpang la sekaki dengan rakan-rakan lain. Rezeki pagi raya. Selepas itu, aku hanya melepak di rumah dan tidak ke mana-mana pasal nak ke Centre pun agak susah untuk masuk, dah takde orang kat sana sekarang ni. Kad aku tidak dapat access bangunan tu lagi. Maka, memerap di rumah je la aku pada hari raya tu. Sebenarnya tak rasa cam raya pun, cuma yang bezanya kita memakai baju melayu dan bersolat raya, selepas itu masing-masing dengan urusan sendiri. Ada jugak yang membuat Open House, tapi masalahnya aku bukannya dapat pergi, satu hal pasal takde kenderaan nak pergi, tak tahu rumah kat mana, tak tahu pun satu hal.... So, begitu lah hari raya pertama aku di UK...

Ibu, Aisyah dan Imran, cepat la datang sini. Papa dah rindu ni syg.

Sabtu, 15 Disember 2007

Internet di my rumah UK

Alhamdulillah, pada hari ini, 15 Disember 2007, rumah aku telah dipasang dengan broadband. Kira seminggu gak menunggu sebenarnya. Kalau lambat2, alamatnya tahun depan la baru dapat pasang kat rumah ni. Aku menggunakan Virgin, ambil package
2 for 20pound/month. Dalam pakej ni ada broadband (Saiz M), Phone (Saiz M : Call free landline UK for unlimited masa weekend) dan percuma TV Box saiz M gak. So kira dah ada entertainment la kat rumah sekarang ni...

Di sini, aku berikan sedikit panduan untuk memasang kepada yang baru macam aku ni:

1. Pertama sekali, benda yang paling penting, korang mesti ada buku akaun UK dulu, kalau takde, takyah cerita lagi. Itu yang paling utama kat UK ni. Takde buku akaun atau debit card, macam tak hidup kita di UK ni.

2. Daftar online di
http://allyours.virginmedia.com/html/specialoffers/index.html
. Pilih je pakej yg korang berkenan. Masa tu, ada pakej 2 for GBP20 dan free TV, tapi lani rasanya dah takde lak. Kena check offer pasal berubah-ubah. So, make sure kita tetapkan masa untuk diaorg datang pasang tu masa kita free. Biasanya ambil masa at least seminggu gak la pasal ada surat2 suh kita sign itu ini dan sebagainya.

3. Dalam masa seminggu or tarikh yg dijanjikan tadi, diaorg akan datang pasang semuanya. Ikut janji tu diaorg akan datang dalam pukul 8 pagi - 1 tghari, tapi biasanya diaorg akan sampai dalam pukul 11 pagi gak. Kalau takde TV, diaorg takkan pasang lagi line TV tu. Kat UK ni pun satu hal, nak tengok TV kena ada lesen geng...... macam Malaysia zaman dulu kala lak... salah satu pendapatan terpenting UK agaknya ni... Kalau takde lesen, diaorg akan tahu pasal ada alat yg boleh check signal TV kat rumah kita ni... macam2 diaorg ni. So, depends pada individu nak ada TV ke tak pasal harga lesen ni agak mahal gak, kalau convert Malaysia dalam RM948.50 gak (GBP135.50) per year. Mahal tu... tapi terpaksa la kalau nak tgk TV, walhal kalau guna laptop tgk TV pun kena lesen gak... check sini
http://www.tvlicensing.co.uk/index.jsp


4. Dah datang pasang, korang guna la seadanya. Macam broadband ni, kalau guna Vista, takyah install guna CD yang diberi tu pasal tak compatible. Untuk Vista, kena daftar secara online je kat sini https://autoreg.autoregister.net/. Benda macam ni diorg tak maklum pun awal2, kat CD pun takde... kena call baru tau... kena caj la pulak. Lagi satu, make sure korang ada Serial Number (untuk broadband) pasal untuk register ni perlu sangat benda ni.

5. Selamat mencuba pakej yang sama.

Jumaat, 14 Disember 2007

Hidup sebagai pelajar bermula

Alhamdulillah, minggu ini maka bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar semula...... setelah hampir 4 semester aku mengajar, maka sekarang aku pula sebagai pelajar... Minggu ini bermula dengan aku berjumpa dengan supervisor aku, Prof Rob Parkin pada hari Isnin, jam 12 tghari. Supervisor aku ini agak sibuk kerana dia adalah Head of School sekarang ini. Kena buat appointment la kalau nak jumpa... tapi akhirnya aku dapat juga berjumpa dengannya setelah 2-3 kali datang ke ofisnya minggu lepas.

Dalam perjumpaan pertama ini, yang mengambil masa lebih kurang 1 jam, dia mahukan aku membiasakan diri dahulu dengan keadaan di sini... dengan cuacanya yang agak sejuk, environment university di sini, dan sebagainya. Memang tidak dinafikan, dia memang supervisor yang baik (my first impression).... syukur alhamdulillah. Mengikut Prof Parkin, centre aku ini memang mempunyai ramai international students, antaranya daripada Malaysia (Najib - UUM) selain daripada aku sendiri, Thailand (Tuss -my partner dalam projek), Pakistan (Khurram Kamal - very nice guy), Bangladesh (Nastara - also good guy), China (Dr Pen),Germany (Michael), Italian, Mexico dan UK sendiri... kira ramai juga foreigner di sini... Dia menyuruh aku mengambil peluang berkenalan dan mengenali mereka dengan lebih dekat dari segi budaya hidup, cara bekerja dan sebagainya. Bukan calang-calang peluang ini...

Pada petangnya, aku berjumpa dengan Miss Jo Mason, yang banyak aku hubungi melalui email sebelum ini. Di sini, dia memberikan segala maklumat yang perlu aku tahu sebagai Research Student, contohnya, Kursus Induksi (department dan University), kad photostat, alatulis, bilik rehat, privileges dan sebagainya. Banyak benda juga yang aku kena belajar lagi sebenarnya. Tapi, semua itu aku akan belajar beransur-ansur.... insyaAllah.

Selepas itu, aku terus ke Holywell Mechatronics Research Centre, walaupun aku tak pasti nak mencari siapa. Di sini, aku berjumpa dengan Tuss, PhD student daripada Thailand yang juga membuat projek yang sama macam aku... kira my partner la ni... Aku diberikan tempat duduk, desktop, diperkenalkan dengan semua orang dan di-brief serba sedikit oleh Tuss... memang baik orangnya.... nice to meet him here.

Pada hari Selasanya, aku berjumpa pula dengan Co-supervisor aku, Prof Mike Jackson. Daripada first impression, tidak dinafikan bahawa dia juga adalah seorang yang baik, walaupun daripada kata students PhD yang lain, dia agak demanding. Tapi bagi aku, dia bagus dan very helpful. Dalam masa ini pun, dia tidak banyak demand untuk aku, just nak aku get familiar dengan environment di sini, sama macam Prof Parkin jugak...

Selepas itu, aku terus ke centre dan meneruskan hidup sebagai pelajar. Tapi keesokannya, aku tidak datang ke centre kerana agak penat hendak berjalan kaki sejauh 5/6 km (dalam 45 minit) dengan cuaca sejuk, selsema, beg berat, hidung berair, lapar dan sebagainya.

Tapi, hari Khamis aku datang semula. Hari ini aku ada discussion dengan Tuss mengenai Human Adaptive Mechatronics. Aku di-brief olehnya serba sedikit daripada apa yang dia tahu... bagus betul begini. Aku suka bekerja berkumpulan begini, sama ketika Master dulu.

InsyaAllah, aku akan menyambung lagi blog ini kemudian. Sekarang dah agak lewat untuk balik, baru pukul 6 ptg, tapi di luar keadaan macam gelap gelita, macam pukul 9/10 mlm di Malaysia.

Rabu, 12 Disember 2007

Perkara-perkara yang perlu diambilkira sekiranya ingin cuti belajar di UK/Eropah


Beberapa perkara yang perlu diambilkira apabila ingin melanjutkan pelajaran di UK. Perkara-perkara ini adalah tersirat dan jarang diceritakan sehinggalah anda sendiri mengalaminya.



1. Jet lag

Perbezaan waktu antara Malaysia (GMT+8) dan UK (GMT) adalah 8 jam. Maknanya, waktu di Malaysia lebih cepat 8 jam mendahului waktu di UK, yang akan menyebabkan ‘jet lag’. Ini adalah fenomena individu yang akan merasai dirinya masih berada di Malaysia dengan waktu tidur dan makan akan mengikut waktu Malaysia. Perumpamaannya, jasad berada di UK tetapi rohani masih di Malaysia. Fenomena ini akan mengambil masa 2 hingga 5 hari untuk dibetulkan bergantung pada individu. Contohnya, kita akan merasa mengantuk yang amat sangat apabila jam di UK menunjukkan pukul 6 petang (GMT), bersamaan dengan pukul 2 pagi waktu Malaysia (GMT+8) kerana biasanya waktu ini kita dah tidur di Malaysia. Sekiranya kita tidur pukul 6 petang waktu UK, kita akan terjaga pukul 11 malam nanti (bersamaan 7 pagi waktu Malaysia). Begitu juga dengan perut, kita akan merasai lapar apabila tiba waktu makan tengahari di Malaysia sedangkan waktu itu baru 4 pagi di UK.

  1. Cuaca

Bagi yang pertama kali berada di Eropah, tidak dinafikan kita akan merasa kesejukkan yang agak melampau apabila berada di luar bangunan. Kebiasaannya, suhu di luar di antara 9°C hingga -6°C, memang berbeza dengan Malaysia, yang kebiasaannya 32°C hingga 35°C.

  1. Tandas

Satu perkara yang amat ketara perbezaannya adalah tiadanya air di dalam tandas. Bagi seorang muslim, biasanya perkara begini amat tidak disukai. Ada beberapa penyelesaian di sini:

a) Membasahkan tisu dan menggunakannya untuk membasuh. Rasanya sesuai untuk air kecil.

b) Menyediakan bekas kecil atau botol air apabila ingin meninggalkan rumah. Penyelesaian ini rasanya sesuai untuk membuang air kecil dan juga air besar sekiranya terdesak.

c) Yang paling praktikal adalah membuang air terutamanya air besar di rumah sendiri sahaja. Tetapi mungkin akan menjadi masalah jika tetiba perut kita memulas. Doa kepada Allah agar dijauhkan perkara begitu.

  1. Air :

Bagi yang pertama kali datang ke UK, kita akan mengakui akan kelainan rasa air minuman terutamanya air kosong kerana kandungan kalsium yang tinggi. Rasanya agak berbeza dengan air kosong di Malaysia, yang sedap dan tiada rasa. Biasanya lebih bagus kalau kita minum air yang dicampur jus, serbuk kopi dan sebagainya. Terdapat dua paip air, satu yang terlampau sejuk, dan satu lagi yang terlampau panas, sehingga berasap-asap. Bayangkan ketika ingin menggosok gigi atau mengambil air sembahyang, air yang mana satu menjadi pilihan. Agak susah jugak untuk memilih tetapi biasanya kita akan menggunakan shower di mana airnya boleh dikawal paras kepanasannya. Nasib baik ada shower tu, jika tidak alamatnya boleh beku atau melecur mulut. Air yang agak sejuk ni boleh diminum terus (kalau terdesak dan jika ditulis ‘drinking water’ di tandas) dan boleh digunakan untuk memasak. Air yang panas tidak sesuai kerana kita tidak tahu dah berapa lama pemanas tu sudah digunakan.

  1. Pakaian

Jika di Malaysia, sehelai baju atau seluar biasanya adalah untuk sehari pakai. Berbeza dengan UK, pakaian anda boleh dipakai sehinggalah ianya kotor, bukan disebabkan peluh atau bau badan, tetapi kotor disebabkan terkena makanan atau comot. Biasanya sehingga 2-3 hari kita boleh memakai pakaian yang sama. Terimalah hakikat ini. Disebabkan cuaca yang sejuk, peluh pun tidak berbau, dan sebenarnya agak susah hendak keluar.

  1. Makanan

Agak susah sebenarnya nak makan di café atau kantin universiti atau mana-mana kedai makan yang menyediakan masakan halal. Walaubagaimanapun, sekiranya terdesak sangat, kekadang kita boleh mencari sandwich tuna atau vegetarian. Di supermarket sekalipun, jangan harap kita akan menjumpai symbol HALAL pada packet makanan. Di sini, kita hanya bergantung kepada symbol V, iaitu sesuai untuk vegetarian. Jangan fikir lebih-lebih, jika tidak kebulur la kita di sini.

  1. Memasak

Satu perubahan besar yang perlu diambil kira apabila ingin melanjutkan pelajaran di UK adalah kemahiran memasak. Memang tidak dinafikan, semasa kursus SLAB, tidak dinyatakan untuk seseorang pandai memasak sebagai keperluan di perantauan. Bayangkan, untuk sebungkus nasi pun dah cecah £2.50 - £3.50 pound. Kali begini setiap hari, alamatnya pokai la poket. Jadi, lebih baik memasak sendiri. Dinasihatkan agar sesiapa yang tidak pandai memasak (including me), agar belajar memasak di Malaysia, sekurang-kurangnya masak nasi, telur pedas, kari ayam dan sebagainya (sedapnya). Kalau tak, alamatnya makan roti dan telur selalu (sedih….).

  1. Perubahan waktu solat

Jika di Malaysia, kita akan solat Zohor lebih kurang pukul 1 tengahari, tetapi di UK (masa dekat winter ni), pukul 1 tu dah masuk waktu Asar. Biasanya Zohor lebih kurang pukul 11.50 pagi, Asar dalam 1.30 tengahari, Maghrib 3.50 petang, Isyak 5.15 petang. Isyak adalah yang paling lama kerana ketika ini malam agak panjang, iaitu sehingga lebih kurang pukul 6.15pagi barulah Subuh. Perkara ini perlu diambil perhatian betul-betul oleh sesiapa yang bercadang untuk cuti belajar di UK/Eropah. Jika tidak, asyik terlepas je waktu solatnya.

  1. Solat Jumaat

Biasanya di Malaysia, solat Jumaat dilakukan di awal waktu, iaitu selepas azan dan khutbah. Tetapi berbeza dengan di UK, solat Jumaat dilakukan di akhir waktu, iaitu dalam pukul 1. Dalam 5-10 minit sebelum Asar, barulah khatib habis membacakan khutbah dan solat Jumaat. Selepas sahaja habis solat Jumaat, tunggu beberapa minit, solat Asar pula dilakukan secara berjemaah. Agak pelik untuk yang pertama kali datang, tetapi begitulah hakikatnya hidup di UK. Jika dilakukan solat Jumaat di awal waktu, iaitu dalam pukul 11, kemungkinan besar, ramai akan yang terlepas disebabkan kerja atau kelas. Pukul 1 juga sesuai kerana ketika inilah waktu rehat untuk pejabat.

  1. Jalan kaki

Jika di Malaysia, kita jarang-jarang berjalan kaki ke tempat kerja. Dengan cuacanya yang sejuk, begnya yang berat, perutnya yang lapar, hidungnya yang berair, jaraknya yang agak jauh, perkara-perkara ini akan menjadi rutin harian sehinggalah kita ada kenderaan sendiri di UK. Dinasihatkan kepada semua, praktislah berjalan kaki dan sedikit exercises di rumah (Malaysia), agar tidak merasa susah ketika berada di UK nanti. Kenalah cergas selalu. Tetapi yang bagusnya, walaupun berjalan jauh, tiada setitik pun peluh di badan. Baju pun tak akan berbau, dan boleh digunakan sehingga 2-3 hari. Penat tu memang penat. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, insyaAllah. Nak senang, belajar je kat Malaysia di mana kita memang dah ada kenderaan sendiri dan segala kemudahan sudah disediakan. Jauh berjalan, luas permandangan dan pengalaman J

  1. Pemanduan di UK

Satu benda yang perlu di’highlight’kan di sini, jalan-jalan di UK bukannya besar dan lebar macam di Malaysia, kecuali di lebuhraya yang biasanya 3 lanes. Jalan-jalan di bandar atau kampung biasanya akan muat-muat dua kereta. Sudahlah jalan kecil, ada pulak kenderaan diletakkan di bahu kiri kanan jalan, terpaksalah memberi laluan kepada pemandu lain di hadapan. Pejalan kaki di sini mempunyai lessen besar, di mana keutamaan diberikan untuk melintas jalan (di tempat melintas sahaja). Semua kenderaan kena berhenti untuk memberi peluang pejalan kaki melintas. Walaupun kedudukan pemandu sama di sebelah kanan, tetapi biasakan diri sebelum datang ke UK dengan kenderaan Eropah. Butang signalnya di mana, butang lampu, wiper dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa penumpang lain juga perlu memakai tali pinggang keledar, termasuk anak-anak kecil, yang perlu menggunakan car seat dan sebagainya. Had laju di jalan-jalan bandar dan kampung biasanya hanya 30 batu/jam, lebih kurang 50km/jam. Kalau di Malaysia, kita boleh je memecut sesuka hati, tetapi di UK, kamera polis merata-rata. Yang bagusnya, di tempat ada kamera, ada diletakkan papan tanda mengatakan ada kamera di hadapan. Tidak main la speed trap menggunakan kamera sembunyi-sembunyi ni. Cubalah buat macam di Malaysia, tunggu je surat saman di rumah. Lampu isyarat di sini juga agak berbeza sedikit di mana selepas MERAH, akan ada juga lampu KUNING menandakan kita boleh berjaga-jaga untuk jalan. Macam praktikal, untuk membolehkan kita bersedia untuk bergerak. Tetapi jika di simpang empat yang berlampu isyarat, jangan terperanjat sekiranya kita ingin ke kanan, kereta daripada hadapan juga adalah berlampu hijau ketika itu, dan kita perlu memberi laluan kepada mereka daripada laluan hadapan dahulu sebelum membelok. Jika di Malaysia, jika kita ingin membelok ke kanan, kereta daripada simpang hadapan akan berhenti. Walaupun agak pelik di sini, tetapi kadar kemalangannya agak kurang. Mengapa?

Begitulah serba sedikit perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila anda ingin melanjutkan pelajaran di UK/Eropah. Sebenarnya ada bermacam lagi pengalaman lain yang tidak sempat ditulis ketika ini. InsyaAllah di lain masa saya akan menulis lagi. Setiap pengalaman boleh dikongi bersama walaupun saya berada di UK baru 3 minggu. Ada lagi 3 tahun yang perlu dilalui. Doakan kejayan saya dan rakan-rakan Malaysia lain di sini. Segala komen dan maklumat lain daripada pembaca, diucapkan jutaan terima kasih.

Wassalam.

Hafis

Loughborough, UK

Sabtu, 14 Julai 2007

Blood Type

Did You Know?


Blood type and Rh

How many people have it?

O +

40 %

O -

7 %

A +

34 %

A -

6 %

B +

8 %

B -

1 %

AB +

3 %

AB -

1 %


Does Your Blood Type Reveal Your Personality?



According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?


TYPE O

You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.

TYPE A

You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax

TYPE B

You're a rugged individualist, who's straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.

TYPE AB

Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.



MOST IMPORTANT INFO NOW:


You Can Receive

If Your Type Is

O-

O+

B-

B+

A-

A+

AB-

AB+

AB+

YES

YES

YES

YES

YES

YES

YES

YES

AB-

YES

YES

YES

YES

A+

YES

YES

YES

YES

A-

YES

YES

B+

YES

YES

YES

YES

B-

YES

YES

O+

YES

YES

O-

YES

Tip Dr Fadzilah Kamsah

APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?
Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.


Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.


Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan
kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.
Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut
menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf
di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin
kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi
Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun
walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim.


Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.
Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak
Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan
losers

Adalah mudah iaitu:-


Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri

Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri

Mereka tidak boleh.Tips;




1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan
mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan
tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada
masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran
untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan
menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih
daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak
apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami
isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar
bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh
tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula
terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Selasa, 26 Jun 2007

Blog Widget by LinkWithin