Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Jumaat, 13 Mac 2009

Zaman sekolah

Entah mengapa fikiran aku tiba-tiba teringat zaman sekolah menengah dahulu.... di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah yang begitu banyak kenangan suka-duka buat aku. Sekolah biasa yang sudah ditukar taraf bestari kini. Sudah hampir 11 tahun lamanya sejak aku meninggalkan alam persekolahan...

Teringatkan cikgu-cikgu yang banyak berjasa kepada aku ketika di sekolah dahulu terutamanya Cikgu Latifah dan Cikgu Anita. Terima kasih kepada mereka semua kerana tanpa mereka, siapalah aku kini? Di mana cikgu-cikgu sekarang? Puas aku men'google' tapi tak jumpa jejak mereka pun. Macam mana cara nak contact mereka? Ada sesapa kenal ke? Mungkin ada lagi yang masih kekal di Sekolah Kamil.

Cikgu Latifah ni menjadi guru kelas aku ketika aku di Tingkatan 4. Dia mengajar aku subjek Biologi sehingga aku berjaya mendapat A2 dalam subjek ni, alhamdulillah. Rupanya dulu aku pernah belajar Biologi ye, tapi lani apa pun dah lupa. Dah lama tinggalkan...

Kebetulan, suami Cikgu Latifah ni adalah boss kepada arwah ayah aku di Klinik Kesihatan Pasir Puteh. So, memang agak rapat hubungan aku, keluarga aku dan keluarga Cikgu Latifah, lebih-lebih lagi dengan suaminya. Kalau tak salah aku, kami ada 'bau-bau bacang' (dah lama tak guna perkataan ni). Aku biasa ke quarters (rumah banglo kerajaan) Cikgu Latifah berdekatan klinik if dijemput makan-makan (ni yang best). Last yang aku tahu, Cikgu Latifah dah berpindah ke Gua Musang dalam tahun 1998 (kalau tak silap) sebelum aku memulakan pengajian di universiti. Dikhabarkan, Cikgu Latifah menjadi pengetua di salah sebuah sekolah di sana.

Cikgu Anita, seorang lagi guru yang memberikan impak yang begitu besar dalam hidup aku. Guru kelas aku ketika di Tingkatan 5 dan mengajar subjek Matematik Tambahan. Disebabkan dialah, aku rasa aku begitu berminat subjek Add Maths ni. Pernah sekali, dalam peperiksaan penggal sekolah masa Form 4, aku dapat A dalam Add Maths tetapi B dalam Matematik biasa.... pelik kan... Add Maths macam jadi lebih mudah... hihi.

Alhamdulillah, berkat pengajaran Cikgu Anita dan kesungguhan aku menyiapkan setiap soalan Add Maths sehingga berjaya mendapat jawapan baru aku akan tidur, akhirnya aku telah berjaya memecahkan rekod sekolah aku masa tu untuk mendapatkan A1 dalam subjek ni. Rekod sekolah yang tidak dapat dipecahkan selama hampir 5-6 tahun (aku rasa). Nothing is impossible.

Seingat aku, pada masa tu (1997), subjek Add Maths ni adalah antara subjek killer untuk SPM. Semua orang takut ambil kertas peperiksaan subjek ni. Lebih-lebih lagi kami dari sekolah biasa. Semua senior-senior cakap subjek ni payah. Itulah mindset namanya. Perlu setkan minda kata subjek ni mudah. Sekarang, aku tidak pasti. Maybe sudah berubah. Pengalaman belajar Add Maths yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Mie la (my mother) yang menjadi peneman aku di waktu aku sibuk mencari cara penyelesaian bagi setiap soalan, sehingga kadang-kadang sampai pukul 3 pagi baru aku akan tidur. Terima kasih, Mie.

Last yang aku tahu, Cikgu Anita mengikut suaminya ke Amerika Syarikat selepas aku tamat SPM. Dia sudah tiada sewaktu aku mendapat results. Sedih juga aku, kerana dia tiada bersama untuk berkongsi kejayaan.

Disebabkan dia tiada, aku diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah mengajar subjek Add Maths sebagai cikgu sandaran menggunakan hanya kelulusan SPM yang baru aku dapat, sebelum aku memulakan pengajian di universiti. Sempat jugak aku mengajar junior-junior aku sendiri dalam tempoh 17 hari. Pengalaman manis inilah yang membuatkan aku berminat menjadi pensyarah sekarang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua cikgu-cikgu yang telah berjaya mengubah hidup aku. Hanya Allah yang dapat membalas jasa, pengorbanan dan ilmu yang diberikan. :)

5 ulasan:

  1. My bro mmg seorg yg terer Add Maths.. =)
    Ni nk tmbh sikit...
    Masa sy form 4 sehingga trial SPM tak pernah dpt A dlm Add Math (B pun rasanye tak pernah dpt)..tp lepas abe sy ni ajar sy Add Maths masa beliau tgh cuti sem, alhmdulillah sy merupakan salah seorang dari dua student Sekolah Menengah Kamil yg dpt A1 utk subject Add Maths SPM 2001..
    Terima kasih abe.. =)

    BalasPadam
  2. well done bro-bro....Abe husband cikgu latifah nama gapo? Kot2 saya boleh tgk dalam website kementerian kesihatan....moh.gov.my....tgk dalam semakan doktor berdaftar.

    BalasPadam
  3. http://mmc.gov.my/v1/index.php?option=com_wrapper&Itemid=50

    BalasPadam
  4. abe, kak long jupo doh alamat latest hsbnd cikgu latifah..klik kt link sy or sini ( http://mmc.gov.my/v1/searchmmc/main_search.php?action=detail&id=17420 ) .
    Dia duk pahang loni..kak long royak nti kak long try contact...

    BalasPadam

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin