Alhamdulillah, syukur kepada Allah, akhirnya elaun yang ditunggu-tunggu sudah masuk...
Aku sendiri tidak menyangka yang masalah ini akan diselesaikan dalam tempoh ini pasal masa aku check kat sistem penyata KPT tu, tiada apa-apa lagi mengenai akaun aku, jadi aku pun tak check online banking untuk bank aku di sini.
Sedar sedar, sampai satu surat daripada bank di sini sesudah aku menghantar pertanyaan kepada KPT seperti dalam entry sebelum ini. Surat ini diposkan semalam dan terus sampai hari ini... super first class punya pos kot. Dalam surat tu ada diberikan details mengenai kemasukan elaun ini. Maknanya elaun aku ni dah masuk semalam lagi rupanya. Alhamdulillah... aku betul-betul bersyukur kepada Allah.
Sebelum ini aku asyik memikirkan pasal duit... duit... duit....makan macam mana.... sampailah aku sendiri tak bersemangat nak melakukan kerja lain... Kini, elaun bukan lagi menjadi masalah buat aku. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang begitu prihatin dalam membantu aku menghadapi krisis ini, terutamanya Hani, Mie, Ju dan Kak Long, Kak Chik (yang selalu risaukan keadaan aku di sini), Najib (sahabat baik aku di Mekatronik-jasa baik hang pasti aku tidak akan lupa sampai bila-bila.... hang la penyelamat aku pada hari gelap tu.... jom lawan bola lagi), Wan Hazli (yang selalu menanya khabar aku dan sanggup meminjamkan duit anytime), Safuan (yang selalu offer pinjaman untuk aku), Kak Siti dan Bro Sarajul (yang menanya khabar dan offer pinjaman), Azam (Glasgow), Rizal, Kak Zanah/Abg Aede dan rakan-rakan lain yang tidak tersebut namanya di sini.... Ramai lagi rasanya...
Jutaan terima kasih juga kepada pihak KPT terutamanya Puan Da*i*a* dan BS-KPSU yang cepat membuat pembetulan setelah dimaklumkan mengenai masalah ini. Walaupun pada awalnya aku kecewa kerana tidak mengetahui tarikh sebenar akan dapat elaun ini tetapi sekurang-kurangnya hal ini mengajar aku supaya selalu berjimat, menyimpan dan membuat back-up jika hal begini berulang lagi. InsyaAllah berkat doa daripada semua, aku berjaya melalui masalah ini dengan jayanya...
Orite (perkataan yang selalu digunakan oleh salah seorang kawan karib aku di sini... siapa ye?), aku perlu siapkan monthly report lak ni. Esok tengahari kena submit pasal next week (Friday, 16th May 2008) ada meeting dengan supervisors. Doakan aku untuk dapat melalui semua ini juga dengan jayanya.... Terima kasih geng.....
Wassalam.
Jumaat, 9 Mei 2008
Akhirnya.... alhamdulillah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam hafis..
BalasPadamtgh boring2..then tersurf blog ko..
semoga tabah menghadapi dugaan..
murad dah pindah rumah ke?
nizam
leicester
Salam Nizam... masalah kecik je sebenarnya... cuma aku ni yang buat gempak-gempak sikit. Silap diaorg kot pasal kena kat aku... hihi...
BalasPadamAnyways, thanks for your concern.
Wife murad dah sampai dan dia still duk rumah lama lagi. Tgh cari rumah lain gak tu... Ada masa dtg la rumah baru aku...
brape ek elaun tuk org yg dah berfamily gi sambung PHD kat uk tu?
BalasPadamthanks