Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Rabu, 2 Januari 2008

Cuti.... cuti... cuti.... di UK

Kalau nak ikutkan kalender akademik universiti sini (UK), ada beberapa hari je cuti panjang di mana universiti pun tutup. Berbeza dengan Malaysia di mana kita akan ada bermacam-macam cuti... Cuti Raya (2 kali setahun), cuti raya-raya lain lagi, cuti merdeka, cuti hari pekerja, cuti maulud nabi, cuti keputeraan raja setiap negeri dan bermacam-macam lagi cutinya.... Kekadang tulah yang bestnya kat Malaysia.... banyak cuti.... korang best ke? Makin banyak cuti, makin produktif agaknya.

OK, berbalik kepada topik, cuti UK ni kalau ikutkan kalender yang diberi untuk tahun 2008 ni adalah seperti berikut:


Gambar ihsan - Michael (Cambridge)... Thanks bro.
  1. Cuti Krismas (paling panjang) - start 24 Dec 2007 sehinggalah 1 January 2008. Dah habis dah ni.
  2. Cuti Easter (apa benda ni? Check sini) - dalam 5 hari gak, bermula 21 - 25 Mac 2008.
  3. Bank Holidays (bank pun nak cuti ke? Public holiday lak tu, check sini) - dalam setahun ada beberapa kali, 5 May, 26 May, 25 & 26 Ogos 2008. Kalau korang perasan, kebanyakan cuti ni adlah pada hari Isnin sahaja, kenapa ya? Unik ke? Fikir-fikirkan....

3 ulasan:

  1. ooo... aku ingat kat sana cuti panjang masa summer...

    kat france lain ada 2 kali, satu musim sejuk and satu masa summer, tapi masa summer la panjang...

    BalasPadam
  2. hahaha...kami pun masih compius pasal cuti kat uk ni....hanya tau cuti..dan cuti itu masa utk berjalan..hahahaha..

    BalasPadam
  3. Dah habis round Europe ke apau? Hihi...

    BalasPadam

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

Blog Widget by LinkWithin