Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Isnin, 7 Januari 2008

Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Pemilihan Penghulu MML 2008

Pada 5 Januari 2008 (Sabtu), telah diadakan dengan jayanya Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Pemilihan Penghulu MML 2008. Walaupun dah agak lewat untuk sambutan hari raya, tetapi majlis tetap meriah dengan penglibatan hampir semua warga Masyarakat Melayu Loughborough (MML) untuk memasak hidangan pada hari ini. Antaranya adalah masakan daging kambing (ada yang goreng, panggang dan sebagainya), ayam masak macam-macam dan pelbagai hidangan lain yang disediakan secara pot luck.

Pada majlis ini juga telah diadakan pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu MML baru 2008. MML ini adalah sebuah persatuan yang berdaftar di bawah MSD (Malaysian Students Department). Walaupun persatuan ini hanyalah secara sukarela tetapi fungsinya amatlah penting dalam membantu para pelajar baru yang ingin melanjutkan pelajaran di Loughborough University khususnya.

Secara tradisinya, semua junior yang baru tahun 1 PhD (yang datang pada tahun 2007) dicalonkan untuk menjadi Penghulu termasuklah aku. Mana lah orang nak pilih aku pun, dah la baru sampai, then tak tahu apa-apa lak. Dah la kena bagi ucapan lak tu, macam nak promote diri lak. Pemilihan itu dimenangi oleh abg Zaid, yang sememangnya berpengalaman, dikenali ramai dan lebih berkaliber untuk jawatan Penghulu untuk tahun ini. Alhamdulillah. Walaupun kami junior yang lain tidak terpilih tetapi still kena memegang jawatan lain dalam MML dan aku dilantik pula menjadi Timbalan Setiausaha. Tugas besar jugak aku rasa ni. InsyaAllah aku akan cuba memberikan komitmen yang terbaik, sedaya dan semampu aku hulurkan.

Harap maaf aku tidak mengambil gambar semasa program ini, al maklum la baru membeli camcorder 30GB semasa boxing day yang lepas, maka aku hanya mengambil video. Saksikan sedikit rakaman buat tatapan semua (dah jadi cameraman, maka takde la muka aku.... sedih). Ada lagi video lain yang tak dimasukkan....


Antara yang awal tiba... janji Melayu kan?



Ada jugak muka aku rupanya, masa kena ke depan untuk perkenalkan diri....



Sesi bergambar kenangan.. apsal perempuan aje? Kan best ada ibu dan anak-anak sekali.



Penghulu dan anaknya. Takde orang nak ambik gambar aku pun, sedih sedih....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda boleh menggunakan 'smiley' di bawah di dalam komen anda (sila taip simbol 'smiley' secara manual..If anda klik tak kan ada apa2 kesan :P )

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x(
:-t b-( :-L x( =))

Blog Widget by LinkWithin