Blog ini adalah luahan hati, perasaan, rasa dan idea ketika berada di UK, bersama isteri dan anak-anak. Kesusahan biasanya mengajar kita lebih matang dan berdikari.
Segala pengalaman yang diceritakan adalah pengalaman sebenar yang mana mungkin tidak semuanya sama bagi setiap manusia. Hayatilah sebagai panduan dan pedoman.
online cashback

Ahad, 29 Januari 2012

Tour Europe - Itinerary and budget

Di'ciplak' from my wife's blog untuk tatapan semua.
-----------------------------------------------------------

Mungkin ada sesiapa yang mahu tour europe sendiri naik kereta jugak. Di sini saya share berapa budget kami. Bolehlah simpan duit dari sekarang kan. Pada mulanya kami merancangkan nak ikut pakej yang tour europe naik bus tuh. tapi suamiku amat memahami diriku yang sentiasa lambat dalam segala hal. and dia pun tak leh nak cepat. takut peserta rombongan lain akan jenuh menunggu kami yang lambat. so kami decide let's tour europe on our own. And below its what we have spend...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 1 (Nottingham-dover-calais-Disneyland) :
Fuel = £60
Tol calais-paris  =20.50 euro
Parking Disneyland = 15 euro
Ferry return P&0 ferry = £78


Day 2 (Paris to Lauterbrunnen, Switzerland):
Fuel = 50 euro + 28 euro +74.24 euro
Tol paris to siwtzerland = 34 euro + 2.80 euro
sticker highway switzerland = 33.50 euro

Day 3 (jalan kaki je - top of europe)

Day 4: (Lauterbrunenen to Mestre, Italy)
Tol = 1.90 euro + 1.50 euro + 17 euro

Day 5 (Mestre to Venice):
Fuel = 40 euro
(train from trochetto parking to st marco) -people mover (return) 2 x 2person = 4 euro

Day 6 (Venice, Italy to Schwagau, Germany):
Waterbus in venice (arsenal station to st marco station) = 6.50 x 2
parking at Trochetto (48 jam) = 42 euro
Fuel (at mestre)= 60 euro
Fuel (boundary italy) = 24.50 euro
Tol at Innsbruck = 8 euro
Austria vignette = 7.90 euro

Day 7 (Schwagau, germany to Luxemborg airport):
Parking (at neuschwanstein castle) = 5 euro
Fuel = 40 euro + 40 euro

Day 8 (luxemborg to calais to dover)
Fuel (esso luxemborg) = 48 euro 

Total (fuel, tol, parking, ferry) =  606.84 euro +£60 +£78 = £ 603.9 (in pound)

----------------------------------------------------------------------------

Hotel Day 1 = Hotel Cheap Beds Paris-Rosny = 52 euro (mcm asrama, but with en suite bathroom)

Hotel Day 2 = Oberland hotel, Lauterbrunen Switzerland = 200 CHF (customer service paling bagus, hotel best)
Hotel Day 3 = Hotel Schützen Lauterbrunnen  = 200 CHF (hotel best, tapi customer service tak bagus, kene berbalah dulu dengan receiptionist baru leh check-in)
Hotel Day 4 = Hotel President, Mestre  = 72 euro  (hotel paling bagus, customer service best, facilities 4 star)
Hotel Day 5 = Hotel Nuovo Teson = 115 euro (facilities buruk, tapi bilik mahal... nak bermalam di pulau venice le katakan .. better stay kat president hotel (tapi di tanah besar lah)
Hotel Day 6 = Ferienwohnung Purucker apartment = 75 euro ( apartment yang sungguh cantik, susunan dan barang2 yang sungguh mahal dalam apartment membuat ku risau if imran pecahkan)
Hotel Day 7 =  Campanile Hotel Luxembourg Aéroport = 51.20 euro ( customer service buruk. kene argue dengan receptionist dulu)
Hotel Day 8 = Travelodge Ashford = £50 (love travelodge always, harga murah tapi facilities and customer service bagus)

Total = 365.20 euro + 400 CHF + 50 pound = £ 627.30 pound

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bayaran ke tempat menarik

Day 1  Disneyland paris = 1 day x 2 park (magic ticket promotion x 2 adults x 2 kids = £199

Day 3 : Ticket train to puncak Swiss Alps Jungfraujoch x 2 adults = £256 (ticket mountain train yang paling mahal dalam dunia)


Day 7: Castle neuschwanstein : student dapat less (tapi tak bawak student kad le pulak, nasib hubby bawak kad dia)  12 + 8  = 20 euro

Total = £17.30 + £455 = 472.30 pound

--------------------------------------------------------------------------------------------
Total keseluruhan = 472.30 + 627.30 + 603.9 = £1703.50

*** tuh tidak termasuk shopping baju, fridgemagnet, souvenir.. huhu
*** masih murah berbanding if kami ikut package tour europe yang sorang £600 tuh sbb if x 4 person = dah £2400
***memandangkan naik kereta sendiri, so kami angkut air mineral, air juice ( di europe sungguh mahal air mineral sume, melainkan if shopping kat supermarket diorang lah, not at vending machine or kedai runcit), beras, and segala makanan segera. kami hanya beli kebab halal kat Mestre Italy je sepanjang 8 hari tuh.


naik kereta sendiri, so boleh berenti2 di tengah jalan bile nampak view cantik

Sabtu, 26 November 2011

After four years... Part 2

---------------------


1A

Apa benda 1A ni? Pasal exams ke? Nope... inilah adalah apa yang aku perolehi di UK, kesinambungan daripada post lalu.

A bererti Agama.
Memang kita tidak boleh nafikan, walau di mana kita berada, agama adalah suatu yang penting kepada kita semua. Tanpa agama, kita tiada pegangan hidup. Alhamdulillah kita dilahirkan dan dibesarkan dalam agama Islam.

Mengenali bangsa asing membuatkan aku tahu bahawasanya kebanyakan mereka tiada pegangan agama. Hidup mereka lebih difokuskan kepada benda2 duniawi seperti pekerjaan, pelajaran dan kehidupan seharian. Mungkin mereka cakap ada agama, tapi hanyalah dalam rekod kelahiran. Jarang sekali aku melihat mereka pergi ke gereja2 pada hari Ahad. Tetapi yang ramai mereka pergi adalah ke carboot sales di merata tempat.

Walaupun aku jauh di perantauan, tapi alhamdulillah aktiviti2 keagamaan selalu diadakan di kalangan rakan2 lain seperti program Perbincangan Ilmiah (lebih kurang usrah), kelas KAFA anak-anak, program Takbir Raya daripada rumah ke rumah, solat Hari Raya dan khutbah versi Msia, sambutan Maal Hijrah dan sebagainya.

Jadi, dapat aku simpulkan bahawa agama adalah seiring dengan kehidupan kita. Paling tidaknya, kita perlu bersyukur kerana kita ada Allah yang begitu hampir dengan kita walau di mana kita berada.

Jumaat, 25 November 2011

After four years... Part 1



------------------------------------------------------------------------

Lama betul tak menulis di sini, ingat macam dah tak nak menulis di blog ni lagi.. apa pun, terima kasih kepada rakan2 yang menziarah tapi harap maaf, tuan rumah tiada seketika...
Tapi, tergerak jugak hati untuk menulis kembali setelah hampir setahun (agaknya) tidak update blog ni...

Alhamdulillah, pada 24 hb November yang lepas, genaplah 4 tahun aku berada di perantauan. Aku ingat lagi, sewaktu mula2 sampai di UK, aku datang berseorangan. Tidak membawa isteri dan anak2 kerana pelbagai urusan yang belum selesai di Malaysia ketika itu. Hanya membawa diri, satu beg besar dan satu beg laptop. Bersedia menempuh pelbagai rintangan dan dugaan yang mendatang untuk mencapai cita2. Tapi, di sinilah, segala-galanya bermula.

Before bertolak di KLIA pada November 2007.

Di samping keluarga yang datang menghantar aku.

OK, setelah 4 tahun di sini, apa yang aku dapat sebenarnya. Di sini, dapat aku simpulkan kepada beberapa perkara iaitu:

1A, 3B, 2C, 1D, 1G, 1H, 2J, 3K, 2M, 3P, 3S, 2T dan 1U (macam gred periksa pulak).

Untuk mengetahui maksud di sebalik setiap abjab ini, tunggu post seterusnya, insyaAllah. Tahun depan pulak la agaknya... hehe








Selasa, 19 April 2011

Bila nak habis?

_________________________________________

Satu pertanyaan untuk diri aku sendiri:

BILA NAK HABIS NI?



Pilihan jawapan:
a. TAKTAU.
b. SIKIT LAGI.
c. BILA DAH SIAP!
d. LAGI 2 BULAN PURNAMA.
e. INSYAALLAH.
f. BILA DAH VIVA.
g. SUBMIT DULU.
h. HABISKAN WRITING DULU.
i. SEMUA JAWAPAN DI ATAS.

Khamis, 7 April 2011

Re-Post : Sembang-sembang berisi (SSB)

Sebagai motivasi untuk cepat-cepat menghabiskan pengajian, terutamanya PhD...
sama-sama kita saksikan video2 motivasi ini...

SSB Dr Siti





SSB Dr Shahruniza



SSB Dr Hairi

Sabtu, 1 Januari 2011

Segmen Gadget(s)

---------------------------------------


Sebenarnya, banyak benda yang aku boleh huraikan mengenai gadget. Pada hakikatnya, aku adalah seorang peminat gadget. Bermacam-macam gadget yang bermain di fikiran (wishlist) dan yang telah aku miliki. Sama seperti kaum wanita, yang mempunyai wishlist untuk handbag, kasut, tudung dan seumpamanya, walaupun telah banyak memiliki barangan tersebut. Antara gadget yang telah dimiliki adalah seperti berikut (sebagai rekod sahaja dan bukan untuk berlagak):

1. Smartphone HP iPAQ rw6828 (Windows Mobile 5) - beli di Msia tahun 2006. Handset paling mahal yang pernah dibeli, rasanya harga ketika itu adalah lebih RM2k.


2. SPV M3100 a.k.a HTC TyTn (Windows Mobile 5) - dibeli untuk hadiah wife ketika mula-mula sampai di UK.

3. HTC TyTn II (Windows Mobile 6.1) - kini, mainly used for navigation dan internet modem ketika di hotel.

4. Sony PSP Slim - dibeli asalnya untuk melepaskan 'tension', tetapi kini menjadi gadget my daughter. Telah siap di'crack' dan game boleh di'download' daripada internet.

5. Sony alpha DSLR a200 -hadiah daripada wife for my birthday 2008. Thanks sayang.

6. Garmin nuvi 255w - dibeli di UK tetapi akan digunakan di Malaysia nanti. Peta Malaysia dah ready.

7. Sony netbook Vaio VPCW115XG (asalnya Windows XP tetapi ditukar kepada Windows 7 Pro) - dibeli di Malaysia pada 2009 ketika pulang ber'cuti'.

8. XBOX 360 Elite - dibeli pada November 2009 dengan harga bargain (ketika itu). Terpengaruh dengan games dalam High Definition dan lawan online, terutamanya games football (Fifa 10, Fifa 11 etc).

9. Pinky HP Mini 110 - hadiah birthday wife (2010) yang mengambil masa 8 bulan untuk ditunaikan... huhu

10. Customized PC Desktop Media Centre (Windows 7 Pro) - di'swap' dengan rakan dengan PSP slim (other one) pada 2009. First time built desktop dengan membeli processor, memory dan hard disk sendiri.

11. Blackberry Curve 3G - terpengaruh dengan latest gadget yang menggunakan OS selain Windows Mobile. Asalnya minat dengan iPhone 4, tetapi tidak mampu dibeli buat masa ini.

Kesemua gadget-gadget ini masih lagi berfungsi dan digunakan hingga ke hari ini. Tetapi biasalah, keinginan untuk memiliki gadget yang lain masih ada.

Wishlist (tetapi bersyukurlah dengan apa yang ada!)

1. Produk Apple seperti iPod touch 4G, iPhone 4 atau iPad.

2. Sony PS3 - memang dah kaki games (bola and adventure games)!

3. Any tablet/touch screen PC/smartphone yang menggunakan OS Android seperti Samsung Galaxy.

InsyaAllah, di kesempatan yang lain, aku akan membuat review mengenai gadget-gadget ini.

Panduan lengkap untuk perlanjutan visa (UK) - Part 1

-----------------------------------------------

Alhamdulillah, setelah pelbagai rintangan dan dugaan, akhirnya aku sudah menghantar permohonan perlanjutan visa untuk kami sekeluarga, yang sepatutnya tamat pada 31 Disember ini. Alangkah lega rasanya, walaupun permohonan baru sahaja dihantar kerana memikirkan kemungkinan aku sekeluarga perlu pulang ke Malaysia sekiranya tidak dapat menyelesaikannya sebelum tarikh tamat. Kira 'overstay' la pulak nanti, at least boleh dapat tiket balik free kan... :p



Di sini, ingin aku berkongsi serba sedikit pengalaman sebagai panduan kepada rakan-rakan yang akan membuat permohonan perlanjutan visa nanti. Mungkin situasinya berbeza bagi setiap orang tetapi hasilnya nanti adalah sama, iaitu masing2 perlu menghantar 'permohonan yang lengkap' sebelum tarikh visa tamat. Pengalaman ini kekadang boleh diperolehi daripada rakan-rakan rapat melalui lisan tetapi ada baiknya aku coretkan sebagai rujukan yang mudah di kemudian hari.

Untuk memohon perlanjutan visa (ini valid bagi sesiapa yang telah berada di UK sahaja dan hanya untuk pelajar), terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian segera, sebaiknya 3 bulan sebelum tarikh visa tamat. Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Financial Affidavit (FA) yang baru
Kebanyakan pelajar di UK adalah dibiayai oleh sponsor masing-masing. Sekiranya kita perlu memohon perlanjutan tempoh pengajian dan sponsor, ada baiknya kita memohon selewat-lewatnya 3 bulan daripada tarikh tamat.

Penting diingatkan di sini bahawa untuk mendapatkan FA yang baru, biasanya ianya melalui pelbagai peringkat. Setiap peringkat akan ada orang yang in-charge. Setiap peringkat juga memakan masa yang lama dan kekadang selagi tidak di follow-up, selagi itulah permohonan kita akan diperam di atas meja mereka (kisah benar!). Kita juga perlu ingat yang bukan permohonan kita seorang sahaja yang perlu dilayan oleh mereka.

Contohnya bagi kes aku, ianya akan melalui akuan Ketua Jabatan, kemudian pengesahan/kelulusan Dekan dan barulah dihantar ke peringkat HRD universiti. Biasanya di peringkat fakulti dan universiti, permohonan kita akan memakan masa lebih daripada sebulan dan kekadang mencecah 2 bulan. Setelah mendapat kelulusan di peringkat universiti, barulah ianya akan dihantar ke peringkat seterusnya, iaitu KPT. Di sini, aku nasihatkan supaya rakan-rakan rajin dan sentiasa follow-up di peringkat mana permohonan kita berada. Tidak salah kalau kita email atau telefon sendiri mana-mana pegawai yang berkenaan di universiti ataupun di KPT. Step paling last di sini adalah pegawai/kerani di KPT sendiri akan menghantar email menanyakan berkenaan no akaun kita. Itu maknanya permohonan perlanjutan tempoh pengajian dan sponsor telah diluluskan di KPT. Ketika ini kita bolehlah memohon mendapatkan FA yang baru daripada mereka, untuk diposkan ke alamat kita di UK. Dalam tempoh seminggu lebih daripada tarikh email itu, insyaAllah elaun perlanjutan akan masuk ke akaun kita dan FA akan sampai ke rumah kita.

Sebenarnya, kita juga boleh mendapatkan FA daripada universiti masing-masing, tetapi make sure FA tersebut mengandungi nama penuh yang betul, tarikh lahir, kursus, nama universiti di UK, tempoh sponsor, amount yang mencukupi untuk cover kita sekeluarga, adanya cop pengesahan dan ada statement yang menyatakan kita dibenarkan untuk keluar dan masuk ke UK tanpa syarat.

2. CAS

3. ATAS (jika perlu)

4. Bank statement

5. Borang permohonan

6. Yuran

7. Cara pembayaran

8. Cara hantar

Untuk perkara ke-2 hingga ke-8, ianya akan dihuraikan di kesempatan yang lain, insyaAllah. Harap bersabar menunggu.

Wassalam.

Selamat tahun baru 2011.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Harapnya tak lewat

Harapnya tidak lewat lagi untuk mengucapkan

'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin'

kepada semua yang mengenali kami, tidak kira di masa sahaja berada.


Ikhlas daripada:
Hafis, Wani, Melati dan Imran

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ramadhan di perantauan

________________________

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu kita berada di bulan Ramadhan. Walaupun begitu, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Berpuasa, Berbuka dan Bersahur kepada seluruh umat Islam, walau di mana sahaja berada.


Tahun ini adalah kali ketiga aku dan keluarga berpuasa di perantauan. Kali ketiga juga aku dan keluarga akan beraya di sini. Jauh daripada keluarga dan sanak-saudara, juga kesibukan menyambut bulan Syawal... tiada shopping baju raya, biskut raya, balik kampung beraya dan seumpamanya. Sedih pula rasanya.

Mengikut pengalaman dan pemerhatian aku, ada beberapa perkara yang berbeza mengenai bulan Ramadhan di perantauan berbanding dengan Malaysia (persamaannya adalah kita semua berpuasa pada bulan ini), antaranya:

  1. Yang paling nampak adalah di sini tiada Pasar Ramadhan (PARAM). Kat Malaysia, aku dan wife memang pelanggan setia ke PARAM... mesti beli 2-3 jenis kuih pun paling kurang. Kat sini, setiap keluarga akan masak sendiri. Antara kelebihannya, dapat berjimat-cermat, tiada pembaziran, dapat makan pelbagai masakan orang rumah dan yang paling best, pahala orang yang memasak untuk orang berpuasa adalah sama dengan orang yang berpuasa, insyaAllah.
  2. Jadual waktu solat berbeza-beza. Di perantauan ini, jadual waktu solat adalah bergantung kepada jadual mana yang kita yakin dan percaya. Mana-mana boleh diikuti, tetapi tidak boleh la main tukar-tukar. Sekejap jadual waktu Islamicfinder, sekejap jadual waktu masjid ni, masjid tu dan sebagainya. Aku mengikuti jadual waktu daripada Islamicfinder, Subuhnya lebih awal sejam daripada jadual waktu yang lain. Maknanya, orang lain baru nak bersahur bila aku dah siap solat Subuh. Nasib baik juga Maghribnya sama. Tetapi, waktu Isyak pula yang lain-lain. Waktu Isyak daripada Islamicfinder adalah lewat dalam sejam daripada jadual yang lain. Maknanya, orang lain dah habis solat tarawikh, tetapi aku baru hendak mula. Untuk hari ini, Isyak untuk aku adalah pukul 10.35 malam.
  3. Tempoh berpuasa. Di Malaysia, biasanya kita bersahur pukul 5 - 5.30 pagi pasal Subuh dekat-dekat pukul 6 pagi. Di sini, sahur pukul 2.30 pagi, Subuh pukul 3 pagi... dah tu, kena masa Summer ni, berbuka pukul 830 malam. Berapa jam tu tempoh puasa? Dalam 17 jam!! Tetapi alhamdulillah, itulah dugaan Allah. Walaupun bunyi macam lama puasa sampai 17 jam, tetapi kami di sini masih sihat walafiat. Setiap kepayahan, insyaAllah akan ada kesenangan yang Allah janjikan. Semenjak bulan Ramadhan ni, cuaca agak sejuk walaupun tengah musim panas, jadinya tiada rasa lapar dan dahaga yang melampau-lampau.
  4. Dari segi cara pembayaran zakat fitrah. Kalau di Malaysia, biasanya kita perlu berjumpa Tok Iman atau AJK Masjid untuk urusan pembayaran zakat, tetapi di sini, keadaannya berbeza dan lebih senang. Kita boleh membayar zakat secara online sama ada melalui website yang disediakan menggunakan debit kad ataupun paypal. Yang penting adalah niat.

Isnin, 2 Ogos 2010

Tips ber'carboot'

------------------------------------
Di Malaysia, jarang sekali barang-barang yang kita pakai, kita akan jual. Kebiasaanya, barang tersebut akan digunakan sehinggalah rosak.
Tetapi tidak di UK. Majoriti masyarakat UK suka menjual barang yang tidak diperlukan lagi, malah suka juga membeli barang-barang terpakai. Daripada itulah, wujudnya CARBOOT!
Daripada pengamatan aku, perkataan CARBOOT digunakan kerana sesiapa sahaja (tidak kiralah British, Polish, Pakistan, India, China atau Melayu sekalipun) dapat menjual apa sahaja barang-barang (daripada buku-buku, mainan, barangan elektronik, perabot, makanan, handphone, pakaian dan apa sahaja yang terfikir nak jual) dengan membawa kereta dan menjual barangan tersebut dengan mempamerkannya di bahagian boot kereta masing-masing, di tempat khas pada hujung minggu. Itulah CARBOOT.
Pertama kali aku ke carboot adalah di Quorn, kampung berhampiran Loughborough. Walaupun di Malaysia, aku lebih sukakan barangan yang baru ataupun tidak pernah terfikir untuk membeli barangan terpakai, tetapi tidak di UK. Begitu juga dengan kebanyakan orang-orang Melayu yang datang ke UK (terutamanya yang berkeluarga), akan menyukai carboot dan ianya akan menjadi aktiviti utama family di hujung minggu.
Di sini, disenaraikan sedikit-sebanyak tips ber'carboot' (daripada pengalaman sendiri):

  1. Better cari penjual mat salleh - Biasanya mat salleh akan menjual barang-barang sendiri yang mereka benar-benar tidak perlukan atau pakai lagi dengan harga yang terlalu murah. Let it go je dengan berapa harga sekalipun. Tetapi, tidak dengan penjual lain seperti India atau Pakistan, kerana mereka sebenarnya mencari untung daripada carboot. Pernah aku perasan, awal-awal mereka ini sebenarnya membeli barangan daripada penjual mat salleh dan kemudiannya menjual di tempat mereka dengan harga yang lebih tinggi. Who knows?
  2. Konsep siapa cepat, dia dapat - Di carboot, mata dan rezeki memainkan peranan utama. Kekadang, kita sudah nampak barang yang kita nak, tetapi terlambat sesaat kerana telah ditanya orang.
  3. Setkan benda yang hendak dibeli - Biasanya, sebelum ke carboot, aku dah setkan apa benda yang hendak dibeli or dicari. Jika tidak, biasanya benda yang bukan-bukan pulak akan dibeli. Jadi, elakkan membeli 'sampah'.
  4. Konsep membeli untuk keperluan - Harus diingat, disebabkan harga barangan adalah terlampau murah, semua benda boleh dibeli. Tetapi, membelilah untuk kegunaan dan elakkan pembaziran.
  5. Elak membeli barangan elektrik - Ingat, tiada siapa akan menjual heater pada musim sejuk atau kipas pada musim panas, kecualilah ianya rosak!
  6. Awas dengan anjing! - Awasi kaki ketika berjalan kerana kekadang anjing boleh berada di belakang kita. Begitu juga dengan penjual, aku selalu elak membeli barangan daripada penjual yang membawa anjing.
  7. Cuba tawarkan harga terendah - Kita yang menentukan harga. Bagi aku, harga 2 pounds adalah tinggi di carboot. Jarang sekali aku tengok orang membeli barangan berharga lebih 100 pounds ketika di carboot.
  8. Kelebihan datang awal - Kalau datang awal, biasanya senang nak parking. Tentu sekali banyak barangan yang kita hendak, akan senang dapat. Tetapi, keburukannya, ada sesetengah carboot seperti di Junction 29 (M1) yang menyediakan parking yang jauh untuk pembeli yang datang awal dan terpaksalah berjalan kaki lebih kurang 500 meter ke tempat carboot. Daripada segi harga, semestinya mahal dan tidak boleh ditawar kerana pada awal-awal ini, penjual pun baru membuka 'boot' mereka.
  9. Kelebihan datang lambat - Sebagai contoh di carboot Derby. Jika datang lambat dan rezeki murah pada hari itu, adakalanya akan mendapat parking sticker free daripada pembeli yang sudah hendak balik (kerana di carboot ni, untuk parking di tempat yang proper, kita perlu mempamerkan sticker parking yang berharga 50p). If tak, kena saman pulak. Kelebihan lain, masa dah nak habis carboot ni, biasanya penjual akan menurunkan harga lagi murah, daripada £1 kepada 50p, daripada 50p kepada 10p dan sebagainya. Tetapi masalahnya, perlukah kita dengan barangan itu?
  10. Kenali 'carbooter' dan 'trader' - carbooter adalah mereka yang betul-betul menjual barangan sendiri, manakala trader adalah penjual yang ingin meraih untung. Daripada jenis barang-barang, kita akan perasan mana satu carbooter dan mana satu trader. Jika dah penuh barangan dijual adalah dvd dan cd sahaja, sahlah itu trader. Carbooter akan menjual pelbagai barangan sendiri sahaja.
  11. Awas dengan barangan curi! - Elak juga daripada membeli barangan seperti handphone atau basikal kerana dikhuatiri mungkin dicuri. Cuba tanya detail untuk setiap barangan yang dicurigai. Jika barangan sendiri, sudah pasti penjual akan dapat menjelaskannya.
  12. Awas penyeluk saku! - Berhati-hati ketika berjalan berhimpit-himpit kerana kebarangkalian untuk dompet hilang adalah tinggi.
  13. Lihat pada jenis kereta penjual - Ada baiknya juga kita lihat pada jenis kereta penjual untuk mengetahui sama ada dia betul-betul ingin 'let it go' barang-barang or kaut untung. Sebagai contoh, penjual yang memandu kereta-kereta mewah seperti Land Rover/BMW 5 series/Mercedes E class/Audi (model baru), biasanya mereka yang benar-benar ingin 'clear'kan rumah dan akan menjual barangan dengan harga yang murah.
Begitulah serba-sedikit tips yang dapat dikongsi di sini. Apa-apa pun, membelilah dengan bijak dan elakkan pembaziran.

Isnin, 26 Julai 2010

Cuaca dan pemanduan

Sejak bermulanya musim panas, maka banyak perkara juga menjadi PANAS!!

Pemandu panas baran...

Pakaian pun panas-panas!

Tiada kajian khusus dilakukan, tetapi secara hakikatnya, apabila cuaca panas, ramai pemandu-pemandu di UK menjadi panas baran dan hilang sabar. Jika sebelum ini, aku selalu anggap pemandu di UK ni berhemah di jalan raya, tetapi nampaknya, title itu ditarik balik. Kini, pemandu di UK tidak jauh beza perangainya dengan pemandu di Malaysia, yang sememangnya panas sepanjang tahun (note: tidak semua macam ni)...

Tetapi alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, cuaca agak sejuk sedikit kerana hujan turun kekadang.. suhu pun tak berapa panas... jadi dah kurang bunyi 'hon-hon', maki-hamun dan sebagainya.

Jumaat, 25 Jun 2010

Family visit (Complete - Updated)


----------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, akhirnya Mie, Kaklong, Abe Mi, Syahirah dan Ma (mak Abe Mi) datang menziarahi kami di UK.

Sedikit catatan perjalanan mereka sehingga Jumaat (180610).


Ahad (060610) - sampai di Birmingham International Airport. Walaupun agak delay, tetapi alhamdulillah semuanya selamat. Aku sampai kat terminal betul2 masa mereka keluar gate.

Barang-barang yang dibawa daripada Msia (154kg)

Isnin (070610) - mereka rehat2 di Nottingham + hilangkan jetlag. Siangnya, aku seorang ke Lboro. Malamnya, bawak mereka jejalan ke ASDA West Bridgford, Nottingham.

Happy 4th Birthday, my dear.

Selasa (080610) - sambutan birthday aisyah pada tengah malamnya. Paginya, plan awal nak jejalan di Nottingham city tapi hujan memanjang. Jadi, bawak jejalan dan shopping di East Midlands Designer Outlet, Junction 28 - M1 pasal kat situ berbumbung dan senang access dengan kereta. Boleh tahan mereka borong barang2, daripada coklat, baju, jersey bola, portmeirion, kasut dan banyak lagi... hehe.

East Midlands Designer Outlet

Rabu (090610) - asalnya nak ke Nottingham City jugak tetapi sampai2 je masa nak parking, hujan lebat. Jadi, bawak mereka jejalan di Loughborough, sambil2 shopping di kedai Poundlands, Primark. On the way ke Lboro, singgah di Rushcliffe Country Park. Cantik gak tempatnya, ada tasik dan angsa besar, tempat bercamping... hehe. Kat Lboro, hujan dah reda. Masa nak balik, nasib baik jari Imran takde pape pasal tersepit di pintu lif. Syukur alhamdulillah.

Rushcliffe Country Park

Loughborough Town

Khamis (100610) - plan awal nak ke Thursday carboot sales di Ravenshead, tapi rupanya cancel pasal hujan lagi. So, dalam pukul 10 pagi, bawak mereka jejalan ke Nottingham Castle, jumpa Robin Hood (patung), Nottingham City centre dan kawasan sekitar. Tetapi, kasihan kat Mie dan Ma, tak dapat jalan banyak pasal sakit kaki.

Nottingham Castle

Jumaat (110610) - alhamdulillah cuaca panas hari ni. Paginya takde plan ke mana2 pasal petangnya hendak bertolak ke Lancaster rumah Kak Norni. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam 15 minit mengikut M6. Mereka semua masih jetlag (tidur waktu Msia) dalam perjalanan, dengan tinggal aku seorang yang drive... hehe.. Sampai di rumah Kak Norni dalam pukul 915pm tetapi waktu tu tak Maghrib lagi pasal siang panjang sekarang ni.
Baru sampai di rumah Kak Norni di Lancaster.

Sabtu (120610) - alhamdulillah, cuaca hari ni cerah, panas tetapi sejuk. Pagi2, kami ber'carboot' , ber' window-shopping' di Original Factory Outlet dan mencuci mata dengan barangan antik di Lancaster. Tengahari, melawat bandar Lancaster. Kak Norni dan Abg Faizul menjamu kami dengan sup kambing dan ayam/kambing BBQ, sedap! Katanya, seekor kambing dibeli untuk menjamu kami termasuk kawan2 rapatnya... hehe. Petangnya, bertolak ke rumah Kak Pau di Manchester. Perjalanan memakan masa hanya 1 jam. Sebelum menonton World Cup antara England vs USA pukul 730pm, sempat lagi bergambar di Stadium Old Trafford....

Carboot Sabtu di Lancaster.

Kedai antik terbesar yang 'agal mahal' jika dibandingkan dengan carboot.

Bersiar-siar di Lancaster town. Sejak bila Tok Ma ada menantu Minah Salleh tu? Hehe

Terima kasih buat Kak Norni sekeluarga.

Old Trafford, Manchester bersama Kak Pau sekeluarga.


Ahad (130610) - awal pagi (dalam pukul 7 lebih), kami bersama family Kak Pau turun ke carboot yang agak besar di Manchester. Menghabiskan masa dalam 3 jam di sini. Boleh tahan hasil tangkapan... hehe. Selepas itu, ke bandar Manchester. Ber'window-shopping' di Manchester Arndale Shopping Centre selama lebih kurang 2 jam. Then, lunch di Jazera, restoran tersedap di Manchester (kata Kak Pau)... memang best. Pukul 6 ptg, bertolak pulang ke Nottingham dan perjalanan mengambil masa dalam 2 jam setengah. Hujan lebat di tengah jalan.

Hasil carboot Ahad di Manchester.

Manchester Arndale.

Tempat khusus untuk kami di Restoran Jazera.

Isnin (140610) - sepatutnya aku ada meeting dengan supervisor pada hari ni tetapi dibatalkan kerana first supervisor aku ada meeting yang lagi penting. Jadi, dapatlah aku berehat-rehat before ke London esok. Tiada aktiviti khusus pada hari ini. Cumanya, aku membawa Kak Long dan abe Mi sekali lagi ke Junction 28 untuk membeli barang-barang yang tidak sempat beli last week. Tak puas lagi sebenarnya... hehe. Harga jersey sudah makin mahal. Last week dapat harga £14, hari ni £20. Tak jadi beli... hehe.

Sekali lagi ke Designer Outlet, Junction 28.

Selasa (150610) - bertolak ke London (lebih spesifik: Harlow Town train station) dalam pukul 8 pagi. Sampai di sana dalam pukul 1040 pagi. Kemudian, menaiki train masuk ke London. Sampai di Liverpool Street train station, then menaiki tube ke destinasi pertama - Malaysian Hall untuk lunch. Abe Mi terkejut kerana harga makanannya sahaja berharga RM27.505.50)... if tak convert, harganya sama macam di Malaysia cuma currency je yang lain. Selepas itu, mencari cenderahati di kedai berdekatan Bayswater tube station... dapat diskaun khas untuk pelancong Malaysia. Kemudian, destinasi kedua - Buckingham Palace, jadinya turun di St James Park tube station. Daripada tube station, berjalan kaki lebih kurang 15 minit baru sampai di Buckingham Palace. Kesian Tok Mie dan Tok Ma, penat berjalan. Destinasi seterusnya ke Big Ben dan Eye of London, turun di Westminster tube station. Selepas itu, sepatutnya hendak ke London Bridge, tetapi timing salah kerana masa tu peak hour, orang ramai baru balik kerja. Jadi, bertolak balik ke Harlow Town untuk ke Travelodge hotel di Stansted Great Dunmow. Daripada train station, perjalanan dengan kereta mengambil masa dalam 30 minit ke hotel.

Harlow Town train station.

Welcome to London.

Sampai di Bayswater tube station - nak ke Malaysian Hall.

Masakan Malaysia, tetapi harga UK.

Kedai cenderamata yang beri diskaun khas untuk Malaysian.

Pandu arah ke Buckingham Palace.

Buckingham Palace.

Menara di hadapan Buckingham Palace. Apa nama ntah?

Big Ben.

Eye of London.

Menunggu tube untuk pulang semula ke Harlow Town.

Rabu (160610) - first destinasi hari ini adalah ke Freeport Braintree Outlet Shopping Village. Menghabiskan masa bershopping dalam 3 jam. Akhirnya, Tok Mi dan Tok Ma jumpa beg tangan idaman hati... hehe. Kemudian, lunch di Chicken Cottage, Cambridge sambil jumpa kawan lama Kak Long yang belajar di sini. Kemudian, menghabiskan sejam bersiar-siar di bandar Cambridge before bertolak pulang ke Nottingham.

Selepas check out di Travelodge Stansted Great Dunmow.

Freeport Braintree Outlet Shopping Village.

Jumpa kawan Kak Long di Chicken Cottage Cambridge.

Di hadapan King's College, Cambridge.

Khamis (170610) - di Nottingham. Aktiviti paginya adalah lebih kepada packing barang-barang ke dalam kotak2 pampers dan mencari beg untuk dibawa naik ke dalam cabin. Petangnya, aktiviti strawberry picking di Calverton (30 minit daripada rumah), dan bersiar-siar di Wollaton Park dan Millenium Garden (dalam University of Nottingham).

Strawberry Picking.

Wollaton Park.

Millenium Garden.

Jumaat (180610) - hari terakhir di UK. Flight pukul 2.30petang. Bertolak ke Birmingham Airport dalam pukul 10 pagi. Perjalanan memakan masa dalam sejam. Check in memakan masa lebih kurang 15 minit kerana banyak kotak dan beg. Kali ini, bagasi check-in tidak melebihi 150kg kerana masing-masing membawa hand luggage. Dikhabarkan cenderahati Tok Ma yang dibeli di London (globe yang ada cecair) tidak melepasi imigresen. Kesian pulak kerana terlupa check. Yang lain, alhamdulillah tiada masalah.
Terima kasih kerana sudi datang ke rumah no 18.

Before check-in. Bawa balik pampers daripada UK... hehe.

Aisyah tidak faham lagi makna perpisahan. Kalau berpisah dengan papa je, dia kisah... hehe.


Semoga Tok Mi, Tok Ma, Kak Long, Abe Mi dan Syahirah tidak serik untuk datang sekali lagi. Terima kasih atas kunjungan yang sungguh bermakna.

Blog Widget by LinkWithin