Aku memerlukan bantuan rakan-rakan sekalian yang budiman untuk mengundi poster aku di http://www.graduatejunction.net/posters/science_vote.
Alhamdulillah, poster aku yang bertajuk "Analysis of Human Response" telah terpilih sebagai finalist di kalangan 300 penyertaan. Jadi, next step adalah mendapatkan undi sebanyak mungkin untuk menjadi pemenang.
Untuk makluman, pertandingan ini dianjurkan oleh graduatejunction.net yang menarik penyertaan di kalangan postgraduate students di seluruh dunia untuk men'komersial'kan research mereka. Aku menjadi wakil tunggal Malaysia (kemungkinan besar) dalam pertandingan ini. Untuk mengundi, rakan-rakan perlu mendaftar sebagai ahli. Pendaftaran adalah percuma tetapi memerlukan akademik EMAIL akaun seperti @lboro.ac.uk, @fke.utm.my, @utm.my dan sebagainya. Tarikh tutup undian adalah 31 Januari 2010.
Segala bantuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda sekalian.
Khamis, 21 Januari 2010
Vote me, please.
Sabtu, 16 Januari 2010
Plagiarism checker
D for today:
Sekadar ingin berkongsi sedikit info yang mungkin berguna kepada rakan-rakan yang tengah 'syok' menulis/menyiapkan thesis/report/paper etc.
Aku telah terjumpa satu software yang amatlah bagus untuk kita check sama ada hasil kerja kita selama ini telah bebas daripada unsur-unsur peniruan (plagiat). Kelebihan software ini adalah seperti berikut:
a) mempunyai lebih daripada 10 billion database untuk dibandingkan.
b) unlimited document length
c) unlimited resubmitting
d) side by side comparison
e) links to plagiarised work
f) dan yang penting sekali adalah FREE of Charge....
Di sini diberikan link nya.
Memang menjadi dan telah terbukti kehebatan software ini. Jadi, cuba-cubalah. First year report yang aku ingat bebas daripada peniruan pun mempunyai plagiarism ratio sebanyak 21%!! Banyak tu. Tapi yang bestnya, aku juga diberikan di mana links website/paper yang sepatutnya aku qoute itu.
Selamat mencuba.
Jumaat, 15 Januari 2010
Kadar A B C dan tarikh berkaitan
Untuk makluman rakan-rakan yang sedang bercuti belajar (kerana ramai juga yang mencari maklumat ni melalui google):
KADAR A B C di UK
Tarikh 2010
Check dah masuk ke belum di sini.
Khamis, 14 Januari 2010
New chapter
Mulai hari ini, insyaAllah blog ini akan lebih berkisar mengenai dua item yang mempunyai kaitan dengan pengajian atau kehidupan aku, iaitu:
i)TODAY ACHIEVEMENT(S) - A
ii)NEW THING(S) DISCOVERED TODAY - D
If takde entry, maknanya takde A dan D dalam hari itu... Hmmm, macam payah juga nak capai ni. Tapi, rasanya ia tidak mustahil jika aku betul-betul 'istiqamah' dalam membuat kerja setiap hari.
Jadi, sebagai permulaan, A untuk hari ini adalah :
1. Aku berjaya menyiapkan sebahagian 'Summary of LR' untuk dibincangkan dengan my THIRD supervisor... Siapakah dia? Teka... Walaupun aku dah masuk tahun ketiga, tetapi rasanya contribution aku perlu dijelaskan semula, memandangkan sekarang ianya menjadi makin kabur atau hilang. Kenapalah agaknya? Kononnya makin banyak tahu, rupanya makin tak tahu! Hhhmmm...
2. Aku berjaya menulis semula blog ini setelah sekian lama tidak memperuntukkan masa berfikir dan menulis secara santai. Harapnya ia akan berterusan sehingga bila-bila. InsyaAllah.
D for today:
1. 'Critical thinking' boleh dipelajari. Melalui buku yang aku baca, terdapat banyak kaedah untuk melatih diri menjadi critical thinker. Bacalah sendiri, senang cerita! Hehe... dalam pengajian aku, critical thinking adalah salah satu kunci kepada kejayaan. Tetapi, sebenarnya bukan senang nak berfikiran kritikal, jika tidak tahu caranya.
p/s: Sila klik link di atas. Cari la kat mana-mana... :P Belilah yang original jika berminat!
2. Benda remeh tetapi boleh menyakitkan jika tidak tahu. Hari ni, aku 'discover' cara berjalan dalam keadaan jalan yang licin akibat hujan turun selepas turunnya salji. Mungkin ianya benda biasa, tetapi jika tidak tahu, boleh terjatuh atau tergelincir, sepertimana terjadi kepada beberapa budak sekolah ketika aku menghantar Aisyah ke playgroup. Kesian mereka, siap jatuh terbaring lagi. Sakit tu dan ada yang menangis lagi :(
Jadi, sebenarnya tidak susah untuk mengelak terjatuh, cuma kita perlu berjalan seperti biasa berhampiran dinding atau pagar, yang mana kita boleh bergantung jika sekiranya hendak terjatuh... If takde dinding, berjalanlah di jalan yang digunakan kereta kerana jalan ini tidak licin. Simple tetapi ramai yang main redah je... hehe
3. Aku discover mengenai nisbah 1.618 dalam kehidupan manusia dan kedudukan Makkah/Kaabah sebagai pusat dunia, sepertimana video ini. MasyaAllah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menciptakan sesuatu dengan bersebab. Mungkin dengan nisbah ini juga, aku dapat membuat pengiraan bagi masalah yang aku 'sendiri reka' dalam pengajian aku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Selasa, 12 Januari 2010
I'm back
Nampaknya agak susah untuk mula menulis semula setelah berbulan-bulan tiada entry. Sedangkan banyak benda yang hendak dikongsi tapi aku semacam tak tahu macam mana nak memulakan semula. Hmmm pelik pulak rasanya.
Jadi, memandangkan blog ini pun dah lama tak terjaga, ianya menjadi tanggungjawab aku untuk menulis semula. Sekurang-kurangnya dapat menambah minat aku untuk menulis, bukan sahaja dalam hal-hal akademik malahan hal-hal sekeliling.
Tunggu entry seterusnya.
Selasa, 17 November 2009
Cuti-cuti Malaysia (Perjalanan pulang)
Perjalanan yang tidak dirancang. Beli tiket pun last minute tetapi alhamdulillah, dapat harga lebih murah daripada AirAsia (if beli last minute) dan berlepas daripada Birmingham International Airport, yang agak dekat dengan rumah. Semua ahli keluarga pun tidak tahu akan kepulangan kami kecuali Syafiq. Hehe... nak buat SURPRISE!! Nasib baik takde apa2 berlaku dalam perjalanan :)
Selasa, 27/10/2009
- Bertolak dari rumah di Nottingham pukul 10 pagi (GMT+8) dengan teksi ke Birmingham Airport.
- Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
- Tambang teksi adalah £57 untuk kereta estate (boot besar).
- Pemeriksaan imigresen tidak begitu ketat di Birmingham airport cumanya ada anjing yang menghidu hand langgage.
- Beg tangan ibu kena hidu pasal ada bawak duit pound yang lebih sikit. Hehe
- Flight ke Dubai pukul 1.20 petang yang memakan masa selama lebih kurang 6 jam 55 minit.
- Makanan dalam flight boleh tahan jugak tetapi selera tak sama.
- Makan berat sekali sahaja tetapi boleh minum jus setiap 45 minit.
- Sampai di Dubai lebih kurang pukul 11pm (waktu tempatan).
- Transit di Dubai selama lebih kurang 3 jam.
- Sesampai di Dubai, terus mencari kedai makan pasal lapar lagi rupanya.
- Terjumpa McD (insyaAllah halal). 4 beranak makan kena 63 dirham = RM63 = £13… kira OK la. Rezeki.
Rabu, 28/10/2009
- Sesudah solat jamak/qasar di Dubai airport, menaiki flight seterusnya pukul 2 pagi (waktu Dubai).
- Flight daripada Dubai ke Kula Lumpur tidak begitu ramai penumpang.
- Papa dapat duduk 4 seats sesorang… hehe.
- Flight memakan masa selama lebih kurang 6 jam 55 minit juga.
- Kali ni dapat makan breakfast 2 jam sebelum sampai ke Kuala Lumpur.
- Lapar jugak pasal 5 jam awal dalam flight tak diberi makan.
- Alhamdulillah, sampai di KLIA lebih kurang pukul 2 ptg (waktu Msia) .
- Syafiq datang ambik di KLIA. Kebetulannya, flight kami sama dengan flight ‘someone special’ bagi Syafiq.
- Di KLIA, makan dulu di Burger King. Mengidam!!
Album perjalanan kami di sini.
Jumaat, 2 Oktober 2009
Bila bank pun dah tak boleh dipercayai........
Better late than never, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam daripada kami sekeluarga. Teringin benar nak makan nasi dagang tahun ni tetapi belum tercapai hajat.
Dalam pada kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menghadiri jemputan rumah terbuka di Loughborough dan Nottingham, aku dikejutkan oleh kehilangan misteri duit daripada akaun sebanyak £426.35 (lebih kurang RM2358)... sikit ke banyak?
Kalau sepound or 2 pound, kira boleh la aku buat2 tutup sebelah mata je rasanya tetapi ni dah sampai beratus2 pound, boleh pokai den... if aku memang guna, kira OK la jugak. At least boleh la beli gadget pape. Macam2 boleh dapat dengan duit tu... menunaikan hajat diri sendiri, wife dan anak2... tetapi yang sebetulnya, duit tu adalah untuk membayar sewa rumah bulan Oktober ni, so memang duit itu diperlukan. Kalau tak perlu sekalipun, mana boleh orang curi duit kita then tak buat pape!!
Aku menyedari hal ini daripada hari Isnin, 21/09/09 lagi apabila mendapati jumlah available balance dan jumlah account balance berbeza begitu ketara dalam internet banking. Sedangkan, aku yakin tidak menggunakan debit kad or membeli apa2 barang secara online dalam tempoh 2 hari sebelum itu. Pelik pulak rasanya. Last aku guna adalah ketika membeli barang2 di Hyperama dan Tesco pada sehari sebelum raya iaitu 19/09/09. Transaction untuk shopping ini sudah dipaparkan dalam statement, so takde masalah untuk itu. Tetapi dalam internet banking pada masa itu, tiada lagi transaction yang melibatkan beratus-ratus tu dipaparkan dalam statement, so tidak tahu lagi apa benda tu.
Jadi, pada Selasa, 22/09/09 aku ke bank berkenaan cawangan Hyson Green untuk mendapatkan details dan melaporkan berkenaan hal ini. Malangnya, pihak bank sendiri tidak dapat berbuat apa2 selagi transaction itu tidak dipaparkan dalam statement. Slow betul sistem bank di sini. Mereka suruh aku tunggu petang tu or esoknya untuk statement tu update. Mereka just bagi no phone untuk aku call if statement tu dah update nanti. Kebetulan masa aku tunjukkan kad debit aku masa tu, kad tu sedikit terbelah dua, then mereka tukarkan kad baru untuk aku. So, ada jugak la benda yang dibuat selain balik tangan kosong.
Tunggu punya tunggu, malam Selasa, 23/09/09 lebih kurang 10pm baru la statement tu diupdate dan dapat la aku tahu rupanya kad debit aku digunakan untuk membayar premium insuran yang berharga £426.35 daripada Hastings Direct! Sapa punya kerja ni? Memang dilaknat Allah sesiapa yang menganiaya orang ni. Camne kad aku boleh digunakan pulak sedangkan kad itu still dalam simpanan aku? Maybe ianya digunakan dalam online transaction. Tetapi, camne laknat tu boleh tahu details aku?
Malam tu jugak aku call no phone yang diberi oleh bank tu. Dah la no tu 0845 (antara no yang dicaj mahal), lepas tu boleh lak telephonist tu kata suruh call department yang handle benda ni esok pulak pasal department tu tutup sampai kul 8pm (masa tu dah kul 10pm lebih). Lepas tu, siap nak promote lak product depa suh tambah extra protection dalam akaun dengan £6.99/bulan untuk elak benda2 macam ni. H**peh.
Patutnya bank la yang bagi free extra protection untuk customers akaun, ini pulak nak suruh customers bayar untuk dapat protection. Apa fungsi bank? Dalam masa tu jugak, aku macam terfikir, adakah kes aku ni adalah konspirasi pihak bank untuk menyuruh aku membayar extra protection? Dalam masa orang susah hati, boleh pulak depa nak promote product! Terus hilang keyakinan aku dengan bank berkenaan.
Kalau nak dikira, aku report tu just ambik masa 1 minit tetapi si telephonist tu bercakap lebih 4 minit untuk explain product yang entah pape2. Dah la mahal nombor tu. Terpaksa la aku hang up pasal last2 dia nak pass pada her supervisor untuk continue. Memang hangin betul.
Disambung cerita, pagi Rabu (24/09/09) lebih kurang pukul 10am, aku call department yang dikenali sebagai Debit Dispute untuk report berkenaan hal ini. Aku bagitau berkenaan fraudulent transaction ini untuk tindakan diaorg. Jadi, menurut telephonist tu, mereka akan refund balik duit tu dalam masa 5 hari bekerja dan membuat investigation, tetapi aku perlu menandatangani satu surat agreement yang akan dihantar ke rumah. Surat agreement tu lebih kepada form yang kata kita tak buat transaction tu. If aku tidak menandatangani surat tu, mereka akan mengambil balik refund itu. So, rasa lega la sikit pasal at least pihak yang berkenaan dah tahu pasal kes aku ni.
So, aku kena tunggu lagi dalam 5 hari bekerja untuk refund. Tunggu punya tunggu surat agreement tu sehingga la hari Selasa, 29/09/09, aku macam tak sedap hati lagi. So, sekali lagi aku call debit dispute department ni untuk mengetahui perkembangan kes aku ni. Sekali lagi aku terkejut kerana diberitahu oleh telephonist tu yang aku kena ke mana2 cawangan bank berkenaan untuk pengesahan ID. Sekali lagi h**peh. Sebelum ni mana ada depa cakap suh gi bank untuk tunjuk photo ID. Buang karen je tunggu sampai kucing bertanduk! Selagi aku tak buat pengesahan ID tu, selagi tu la depa tak start investigation dan refund duit aku. Cakap tak serupa bikin punya bank!
So, tengahari Selasa tu juga aku sekali lagi ke bank cawangan Hyson Green untuk mengesahkan ID. Yang peliknya, kerani kaunter bank ni cakap tak perlu pun buat pengesahan ID photo asalkan tandatangan sama sudah memandai. So, pening betul. Si telephonist tu kata kena datang ke bank. Kerani kaunter tu pulak macam pelik aku datang ke kaunter untuk pengesahan ID. Lagi pelik bila kerani kaunter tu pun sendiri tak tau no phone debit dispute department. Siap tanya aku pulak. Apa punya bank la ini macam?? Diaorg ni nampaknya semacam tak syncronize antara satu sama lain.
So, terpaksa la aku menunggu lebih kurang 10 minit di kaunter tu selepas kerani tu membuat panggilan demi panggilan ke beberapa department untuk mengetahui details berkenaan kes aku. Last2, kerani tu mintak photo ID daripada aku. Aku ingatkan gambar passport je rupanya depa nak photo ID seperti lesen memandu or sebagainya yang mempunyai gambar. So, aku bagi la lesen memandu untuk pengesahan. So, settle berkenaan pengesahan ni. Then, kerani tu cakap suh tunggu lagi dalam masa 3-5 hari bekerja untuk refund dan surat agreement akan dihantar ke rumah. Menunggu lagi... sampai bila?
So, menunggu lagi la aku... Alhamdulillah, pada Khamis, 01/10/09, aku check internet banking, refund telah diperolehi tetapi masih lagi di awangan kerana tidak dikira sebagai available balance. Tetapi, surat agreement masih tidak diperolehi sehingga la ke saat ini. Maknanya, refund tu boleh diambil semula bila2 masa sekiranya aku tidak menandatangani surat agreement yang entah bila akan sampai!
Apakah pengajaran daripada kisah ini?
Selasa, 8 September 2009
Aisyah first biskut raya


tersenyum suka, sbb papa kesayangan puji dia pandai buat biskut raya.....
siap-siap je biskut masak, terus angkut sebiji nak bagi kat papa yang tengah pose and adik imran yang tengah tido.. tak sabar la tu nak tunjuk hasil kerje dia..
good girl aisyah, dia sendiri yang teringin nak buat, ok!
though, she's only 3, hasil kerje not bad !
Sabtu, 22 Ogos 2009
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam sedunia.
Sepertimana di Malaysia, kami di UK juga mula berpuasa bermula hari Sabtu, 22 Ogos 2009. Cumanya, kami di sini mula bersahur sebelum pukul 3.35 am dan berbuka pada pukul 8.19pm. Jika dikira-kira, rasanya lebih kurang 17 jam berpuasa.
Jadi, kami bersyukur kerana menjadi antara hamba Allah yang beruntung, diberikan kelebihan untuk lebih beribadat kepada Allah di bulan yang mulia ini. Syukur alhamdulillah.
Isnin, 10 Ogos 2009
Unanswered questions
Daripada pengalaman tinggal di UK selama lebih kurang setahun 9 bulan, terdapat soalan2 yang tidak boleh ditanya kepada orang putih ni (maybe kita tak kisah sangat), antaranya:
1. Untuk mat salleh:
"Berapa banyak pendapatan kamu?"
- Soalan ni cukup sensitif dan entah la, agaknya depa ni tak leh kita tahu banyak mana gaji mereka. Maybe pasal depa ni ada juga yang takde kerja tapi dapat 'elaun cari kerja' yang kerajaan bagi. Itu pasal nak rahsiakan pendapatan, lebih2 lagi mereka ni asalnya pokai tapi hidup nak bergaya.
2. Untuk minah salleh:
"Berapakah umur kamu?"
- Soalan ini juga amat sensitif bagi minah salleh. Entahlah. Kalau boleh mereka nak merahsiakan umur sebenar. Agaknya mereka nak jadi muda selalu, dan if kita tahu umur mereka, habis la maruah mereka. Walaubagaimanapun, mereka akan nampak lebih tua dan matang walaupun umur baru belasan tahun. Tetapi, kematangan sebenar tidaklah boleh digambarkan daripada luaran.
Isnin, 13 Julai 2009
Berfalsafah 2
"Sahabat yang baik adalah orang yang bercakap benar dan bukannya hanya membenarkan kata-kata."
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
Khamis, 9 Julai 2009
Berfalsafah 1
"Tanpa permulaan, kita tidak akan sampai ke mana-mana."
"Kita akan lebih bersyukur sekiranya selalu melihat ke bawah."
"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan semalam paling jauh dengan kita"
Sabtu, 13 Jun 2009
Aktiviti2 selama ini...
(Klik utk besarkan gambar)




BBQ di Carsington Water : 25 Mei 2009


4th Anniversary di Nandos (Halal), Leicester : 27 Mei 2009

Holiday di North Wales : 7-9 Jun 2009









Jumaat, 22 Mei 2009
Bingkisan PhD
PhD...
22 tahun dahulu, aku tak pernah menduga bahawa aku akan melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap yang paling tinggi ini... Tak pernah terbayang bahawa aku dalam proses mengejar cita-cita untuk mendapatkan title Dr (of Philosophy). Alhamdulillah, masa makin berubah.
If semua orang boleh, maka aku juga BOLEH!
If semua orang berjaya, makan aku juga akan BERJAYA (insyaAllah).
Jika UPSR adalah ukuran utk ke sekolah menengah rendah, PMR ukuran ke sekolah menengah tinggi, SPM ukuran ke universiti/matrikulasi/STPM, degree ukuran untuk kerja dan master ukuran kebijaksanaan kita di mata masyarakat/majikan, apa pulak PhD?
Adakah PhD ukuran rambut yang makin kurang? Or ukuran usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa? Or ukuran kelebihan diri berbanding rakan2 lain sejawatan?
Dalam dunia akademik, sesiapa ketinggalan maka dia akan keterbelakang, dipinggirkan dan di'anaktiri'kan. So, apakah peranan PhD?
p/s: Napa 22 tahun? Sebab masa ni aku baru darjah 1... sekarang kiranya dah 'tua sikit'.
Sabtu, 25 April 2009
LIVE from Old Trafford
Walaupun harga tiket agak mahal (melebihi RM600), tetapi peluang dan pengalaman ini bukannya selalu dapat. Maybe sekali seumur hidup, agaknya. Lagipun bukannya aku dan Shafiq sahaja yang pergi, tetapi kami menumpang kereta Hendrik, sahabat di Loughborough. So senang sikit, tak payah susah-susah drive. Ayah mertua Hendrik, peminat Ronaldo dan Najib, ofismate aku pun join sekali. Najib pun datang ni first time after 3 years.
Berbaloi dengan harga tiket, kami mendapat tempat di North Stand Tier 1 Lower, Entrance N43 Block N1403 Row BB dan Seat 257 dan 258. Seat ini second row betul2 di sebelah padang bahagian corner. Seat depan takde orang pulak, so seat kami memang di depan sekali. Takde apa2 halangan untuk menonton dan mengambil gambar dengan jelas.
Asalnya, aku juga membawa videocamera masuk ke dalam stadium selain kamera. Awal2 game (dalam 5 minit pertama), aku dengan selamba je ambik video, pasal aku fikir, kan kita dah bayar tiket, so boleh la ambik video dan gambar dengan sewenang-wenangnya. Rupa-rupanya tidak dibenarkan mengambil video di dalam stadium. Hampeh betul pulak rasanya. Siap si steward (mak guard pasal perempuan) tu tegur lagi tak bagi ambik video. Buang karan betul. Kononnya depa ni ada hakcipta untuk video padahal bukannya apa2 pun.
Ahad, 19 April 2009
Sport day
(Ketka di taman permainan, Aisyah meminta duit daripada Papa untuk membeli aiskrim)
Alhamdulillah, cuaca semalam cerah dan baik sekali. Dengan matahari yang memancar dan suhu yang tidak begitu sejuk, aku dan adik ipar, Shafiq mengambil peluang ini melakukan aktiviti-aktiviti luar di Nottingham dan Loughborough.
Paginya, bermula pukul 10 pagi hingga 12 tghari, aku mengambil peluang bermain badminton bersama rakan-rakan di Nottingham. Sungguh puas hati bermain kerana 3 courts ditempah dan ramai rakan yang datang. Best betul. Menang atau kalah bukan menjadi soal bagi aku. Yang penting dapat mengeluarkan peluh, beriadah dan melepaskan tekanan daripada research yang tidak berkesudahan lagi. Sori geng, aku bukannya hardcore player. Main suka-suka je. Mana ada masa nak belajar skill2 ni... hihi.
Petangnya, dalam pukul 5.30 hingga 7.15pm, aku dan Shafiq pergi pulak ke Loughborough bertemu sahabat-sahabat lama bermain bola sepak. Pergh... begitu ramai sahabat yang turun hari ini. Satu team dalam 10 orang, hampir sama dengan game sebenar. Aku akui sudah lama tidak turun ke Loughborough bermain bola sepak sejak berpindah ke Nottingham. Sebelum ini, akulah tukang jaga bola dan sememangnya akan turun bermain bersama. Sudah banyak kali aku diperlawa datang oleh mereka tetapi asyik mengelak kerana jarak dan sebagainya. Tetapi, akhirnya aku datang juga semalam. Thanks guys, best dapat bermain bersama lagi.
Oleh yang demikian, aku isytiharkan Sabtu sebagai 'my sport day'... hihi. Ahad? Carboot day... hihi. Tak jugak kerana hari ni (Ahad) aku tidak ke carboot sebab sakit-sakit tulang sendi bermain semalam... haha.
Ahad, 5 April 2009
3 perkara
__________________________
3 Perkara yang FREE/MURAH di UK tetapi MAHAL di M'sia
- Tol
- Call
- Kereta
__________________________
3 Perkara yang FREE/MURAH di M'sia tetapi MAHAL di UK
- Lesen TV
- Channel sukan
- Sticker kenderaan
Isnin, 30 Mac 2009
Perubahan Waktu UK (+1 jam)
Hari ni, Ahad 29 Mac 2009, berlakunya perubahan waktu di UK di mana ianya berubah daripada GMT+0 kepada GMT+1 (or dipanggil BST - British Saving Time). Maknanya, bila jam menunjukkan pukul 1 pagi, ianya terus dianjakkan ke pukul 2 pagi. Tiada pukul 1 pagi hari ni. Waktu diawalkan sejam dan maknanya juga, beza waktu dengan Malaysia menjadi hanya 7 jam daripada 8 jam sebelum ini.
Perubahan waktu ini adalah selaras dengan perubahan musim daripada Autumn/Fall(luruh) dan Winter(sejuk) kepada Spring(bunga) dan Summer(panas). Jika sebelum ini, waktu solat Subuh bermula pukul 3.40pagi, sekarang Subuh menjadi pukul 4.40pagi, Zohor (12.10tghari menjadi 1.10tghari), Asar (3.30pm kepada 4.30pm), Maghrib (6.35pm kepada 7.35pm) dan Isyak (8.30pm kepada 9.30pm). Di permulaan perubahan waktu ini, waktu solat sudah menjadi seakan-akan waktu solat di Malaysia cuma Subuh dan Isyak yang berbeza sedikit. Tetapi dalam bulan Mei/Jun nanti di mana musim panas adalah di kemuncaknya, Subuh akan bermula di antara 2.30 - 2.45pagi dan Isyak (11.00 - 11.30mlm). Cuba bayangkan, if di Malaysia, Subuh pukul 2.30pagi dan Isyak pukul 11.30 mlm. Berapa jam nak tidur? Macam mana agaknya? Sememangnya waktu solat di UK akan berubah setiap hari.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, 'orang-orang sini' seolah-olah sesuka hati menukarkan sesuatu untuk menepati citarasa diaorang. Walhal dalam kes jam sekalipun. Walaupun dah tukar waktu jam, waktu 'ofis hour' still pukul 9-5 lagi. Dan yang menyedihkan lagi, kedai-kedai pun kebanyakannya tutup dalam pukul 5 ptg (kecuali shopping2 besar dan bar-bar!), walhal waktu maghrib bermula pukul 9.30 mlm. Siang panjang pun seolah-olah tiada aktiviti luar boleh dilakukan selepas waktu kerja. Nak kerja lebih waktu pun susah, kerana biasanya pagar ofis dah tutup pukul 9pm!
Ahad, 22 Mac 2009
Cambridge
Selepas hantar Wan dan Atuk di Stansted Airport, kami bermalam di Day Inn hotel semalaman. Penat nak terus balik pasal perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit. Hotel ni dekat je dengan airport. Dalam 10 minit je.
So, paginya, plan asal nak ke rumah kawan di Essex tetapi terpaksa dibatalkan kerana Imran tak sihat. So, ubah plan, singgah dulu di Cambridge sebelum balik.
Call Michael (kawan UTM) di Cambridge tetapi dia juga tak sihat. So, round2 je di Cambridge. Takde la best sangat kat Cambridge. Setakat punting tu, UTM pun boleh buat. Hihi... Cumanya, Cambridge ni dah 800 tahun established. Banyak la penyelidikan diaorg.
Di Cambridge, susah nak parking di dalam university. Tak semua kereta boleh masuk. So kena park di luar kawasan universiti dengan bayaran 20 pence for 10 minit. Rupanya bandar Cambridge di dalam university. Hmmmmm.
Dah tu, nak masuk ke King's College pun kena bayar. Hmmm. Apa punya bisnes depa ni? Nak maintain konon. Semua tempat nak masuk kena bayar. Alahai.